Isnin, 17 Ogos 2009

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan...


Pada tahun ini merupakan tahun yang istimewa buat saya,tahun ini buat pertama kalinya saya insyaallah akan menunaikan ibadat puasa di rantauan...Ramadhan yang bakal menjelang saya rasakan amat gembira dan teruja ingin menyambut tetamu yang sangat mulia...semoga Allah memberi kesempatan buat saya dan juga buat sahabat-sahabat sekalian untuk mengabdikan diri dalam bulan yang penuh barakah ini.Pada hari pertama dalam bulan Ramadhan inilah saya dan rakan-rakan tahun satu di zagazig akan menghadapi peperiksaan phisiology..mudah-mudahan dengan keberkatan bulan Ramadhan ini,Allah akan memberi kejayaan kepada kami.Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun yang lepas...mari sama-sama kita mengambil kesempatan yang ada untuk sama-sama kita memperbaiki diri dan mempertingkatkan amalan.Saya mengucapakan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada pembaca blog ini terutama ibu-bapa dan adik-adik saya yang merupakan pembaca setia blog saya.....kutiplah rahmat dan keberkatan yang ada di bulan Ramadhan.....semoga kita berjaya dalam proses pentarbiyahan dalam madrasah Ramadhan ini....SALAM RAMADHAN..

Selasa, 11 Ogos 2009

Fikir-fikirkan....(=

Surah Al-Qasas ayat 60"Dan apa saja(kekayaan,kedudukan,keturunan)yang diberikan kepada kamu,maka itu adalah kesenangan duniawi dan perhiasannya,sedang apa yang disisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal.Tidakkah kamu mengerti?

Surah Al-Isra' ayat 19"Dan barangsiapa mengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh,sedangkan dia beriman,maka mereka itulah orang yang usahanya,dibalas dengan baik.

pengalaman (=


Alhamdulillah telah selesai satu madah yang penting iaitu Anatomy....moga diberi kecemerlangan oleh Allah buat saya dan rakan-rakan seperjuangan...saya masih teringat kata-kata doktor sewaktu oral exam untuk anatomy....doktor masih mengingatkan saya tentang hebatnya Allah dalam mencipta manusia...Subhanallah.Seusai dr bertanya mengenai upper limb...dr membacakan satu petikan daripada ayat suci Al-quran mengenai kehebatan Allah dalam penciptaan...dr juga memberi kalam-kalam taujihad(kata-kata semangat)."You have to apply,what you have learned in anatomy to examine the patient...Dr sempat menanyakan "what is the most important nerve for the upper limb?alhamdulillah dipertemukan dengan doktor tersebut...segala perasaan resah terubat jua...kata-kata semangat membuatkan saya bersemangat menjawab segala pertanyaan beliau...semua itu adalah bantuan dari Allah...apa yang saya amat suka dan tertarik sepanjang saya menuntut di bumi Anbiya' ini adalah keunikan para doktor yang mengajar...boleh dikatakan semua doktor dalam setiap pelajaran pasti mengaitkan dengan Allah...membuatkan kita berfikir bahawa dengan mempelajari ilmu perubatan ini sebenarnya adalah satu wasilah untuk kita lebih mengenali kekuasaan Allah.Masih lagi 3 madah untuk diselesaikan iaitu biochemistry,phisiology dan histology.Semoga Allah permudahkan..insyaallah.Untuk practical,pengalaman yang paling saya tidak sangka dalam hidup saya,bahawa saya tidak akan menjangkakan hidup saya sentiasa berkaitan dengan manusia...untuk kali pertamanya saya memegang cadaver(mayat),membelek-belek right common iliac artery,right psoas major muscle,ulnar nerve...terpaksa bertahan dengan bau formalin yang menusuk hidung...saya tak sangka saya akan memegang right and left lung...spleen,dan kidney....kalau sebelum ini,sebelum saya menuntut dalam bidang ini,saya amat takut dan geli melihat tubuh manusia dan organ-organ dalam jar dan sebagainya,tetapi alhamdulillah...semua telah menjadi sebahagian daripada kehidupan saya seharian...walau apa pun sahabat-sahabat,ingatlah bahawa,kita harus ingat dalam apa pun perbuatan kita atau pekerjaan kita,hendaklah perkara yang kita lakukan mengingatkan kita kepada Allah...sahabat-sahabat,tujuan sebenar kita diciptakan oleh Allah adalah untuk mengabdikan diri kepadaNYA.Kita seharusnya melakukan atau memulakan setiap apa pekerjaan atau perbuatan kita adalah semata-mata kerana Allah...insyaallah jika kita meniatkan sebegitu,insyaallah segala perbuatan kita tidak akan lari dari landasan yang sebenar...sebagai contoh apa salahnya jika kita memasak,kita lazimi zikrullah atau kita berselawat....tidak kira apa pun,cuba kita sama-sama memulakan pekerjaan dengan Basmallah dan selawat.Alhamdulillah,di zagazig sekarang ini musim padi dan jagung...dari rumah saya,alhamdulillah dapat melihat kehijauan ciptaan Allah tersebut.. dalam perjalanan ke kuliah...saya menaiki tremco(pengangkutan utama di mesir ini)..melihat ragam-ragam manusia....melihat ragam kuda dan keldai....comel betul keldai....sungguh setia dengan tuannya...sanggup memikul barangan yang berat,walaupun berjalan ibarat model berjalan...macam mana pula kita sebagai hamba Allah....adakah kita setia juga kepada Allah dalam melakukan perkara yang diperintahkan dan meninggalkan larangan.Betapa banyak nikmat yang diberikan oleh Allah tetapi kita masih tidak mampu menjadi setia kepada Allah...sahabat-sahabat,saya sungguh risau mengenangkan virus H1N1 yang kini mengganas di Malaysia khususnya..pernahkah kita terfikir bahawa mengapa Allah menurunkan penyakit tersebut?kita seharusnya tidak hanya memikirkan pengenai bagaimana cara-cara pencegahan daripada penyakit tersebut..tetapi ingatlah muhasabah terhadap diri kita kepada Allah itu jauh lebih penting.Apakah dosa kita sehingga Allah menurunkan musibah itu...Allah tidak menurunkan sesuatu musibah tanpa sebab...setiap musibah yang diturunkan adalah sebagai peringatan terhadap kita sebagai hambaNYA..sahabat-sahabat,kita renungkan kembali,kembalilah kepada Allah dan sama-sama kita memohon ampun di atas dosa-dosa,segala maksiat kita terhadap Allah...seharusnya kita tidak melupakan Allah selain kita melakukan segala pencegahan terhadap influenza tersebut...Allah sangat sayang terhadap hamba-hambaNYA,tetapi kita selalu melupakan Allah...segala musibah penyakit ini bukan tanda kebencian Allah kepada kita,tetapi sebagai tanda Allah masih sayangkan kita,diberi kepada kita peringatan...sedarlah bersama-sama betapa cinta Allah terhadap kita amat mendalam...jangan kita lupa pada Allah...sesungguhnya Allah tidak pernah lupa pada kita...walaupun banyak dosa yang kita lakukan,pernahkah Allah memberhentikan oksigen untuk kita bernafas,buah pinggang yang menapis darah,jantung yang mengepam darah dan sebagainya...ingatlah sahabat-sahabat Firman Allah Taala dalam surah Al-Anbiya' ayat 1"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka,sedang mereka dalam keadaan lalai(dengan dunia,berpaling dari akhirat)...sahabat-sahabat inilah masanya untuk kita berubah dan mempertingkatkan amalan kita....ingatlah sesungguhnya...ALLAH AMAT SAYANGKAN KITA....

SANAH HELWAH YA GAMILAH,YA UMMI...


Selamat hari lahir buat mak,kakak doakan mak sentiasa dipanjangkan umur dalam ketaatan dan ketaqwaan.Semoga mak sentiasa di bawah pemeliharaan dan perlindungan Allah....semoga dengan pertambahan umur seiring dengan pertambahan amal,insyaallah....jaga kesihatan,jaga pemakanan mak....semoga mak sihat sentiasa agar mudah melakukan ibadah...semoga keluarga kita sentiasa diredhai Allah dan bahagia hingga ke syurga,insyaallah...walaupun kakak tak dapat nak peluk dan cium mak,ingatlah hati dan sayang kakak sentiasa untuk mak.Insyaallah,kakak akan buat yang terbaik sepanjang kakak berada di sini,insyaallah.Semoga mak menjadi wanita solehah.Segala jasa dan pengorbanan mak kepada kami hanya Allah yang mampu membalasnya...syukran kasira ya ummi....kakak dan adik-adik sayang sangat dengan mak,maafkan kami dan halalkan makan minum kami.....RINDUNYA KAKAK DENGAN MAK.......SELAMAT HARI LAHIR YG KE-45.

Isnin, 3 Ogos 2009


Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat menghadapi imtihan kepada kawan-kawan di zagazig university for the january intake....have a good luck..may us get an excellent result insyaallah...semoga dengan kejayaan kita akan dapat membantu Islam..ingatlah Allah sentiasa bersama kita..buat ibu ayah dan adik-adik di Malaysia,doakan kakak dipermudahkan menjawab dan mendapat kecemerlangan insyaallah...amin..dan juga buat sahabat-sahabat seperjuangan sewaktu di matrik dahulu...doakan ana ye!semoga kita cemerlang dalam akademik dan dakwah...amin...doakan kami mumtaz...amin.Insyaallah the exam will be started on 10th august 2009...and insyaallah will be ended on 29th august 2009...semoga Allah merahmati kita semua..

coretan rasa..


Manusia sering melupakan Allah,tetapi Allah tidak pernah sesaat sekalipun melupakan kita...sahabat-sahabat saya ingin menyeru sahabat-sahabat terutamanya diri saya sendiri bahawa carilah cinta Allah dan marilah kita bersama-sama mendekati dan menjaga perhubungan kita dengan Allah...mari kita berfikir sejenak betapa banyaknya nikmat yang diberi oleh Allah kepada kita...betapa banyak nikmat yang tidak terhitung oleh kita...kita lihat sahaja pada diri kita.Betapa sayangnya Allah kepada kita..Alhamdulillah saya amat menghargai dan bersyukur kerana setiap sahaja kuliah kami di universiti.Doktor pasti sahaja akan mengaitkan pelajaran hari tersebut kepada Allah Taala...betapa Allah amat bijak dan amat rapi perancangannya terhadap kita..Dr Ali dan Dr solah merupakan doktor phisiology saya.Dr Ali mengajar kami mengenai ANS(Autonomic Nervous System) dan Dr Solah mengajar kami CVS(Cardiovascular system)...mereka inilah doktor yang menyebabkan saya meminati phisiology...mereka sering memberi semangat kepada kami dan mengaitkan setiap pelajaran kami kepada Allah...Ya Allah,kadang saya berasa malu kepada Allah...betapa banyaknya nikmat yang Allah beri tetapi saya tidak membalasnya dengan sempurna....jika saya ingin menceritakan apa yang saya belajar kepada sahabat-sahabat tidak mungkin saya dapat menceritakan di sini...tetapi ketahuilah sahabat-sahabat,dengan melihat diri kita sendiri sudah cukup untuk kita memikirkan bahawa betapa banyaknya nikmat Allah terhadap kita....sanggupkah kita memalingkan diri daripada mencintai Allah?layakkah kita berbuat begitu?sekalipun kita sebagai manusia sentiasa bergelumang dengan dosa,seharusnya kita bersama-sama bertaubat....adakah kita sudah mengamalkan istigfar 100 kali sekurang-kurangnya pada setiap hari?kita harus juga mencuba untuk sentiasa beramal soleh...dan melaksanakan Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar...saya pernah terdengar satu lagu nasyid yang menceritakan kita harus mencari keredhaan Allah tidak kira manusia suka atau benci...kadang-kadang kita malu atau takut melakukan perkara yang baik dengan manusia....apabila mendengar lagu tersebut...satu nilai yang dapat saya selami ialah dalam mencari keredhaan Allah kita tidak harus takut atau malu dengan manusia...seperti contoh kita malu untuk menutup aurat dalam kalangan rakan-rakan yang tidak menutup aurat secara sempurna...takut diejek dan sebagainya....sahabat-sahabat jika kita berfikir bahawa Allah sentiasa berada bersama kita...apa yang kita cari pandangan manusia atau pandangan Allah?sudah tentulah jika menanamkan bahawa Allah bersama kita,insyaallah kita tidak akan malu dan takut...sahabat-sahabat ingatlah di dunia ini perkara utama yang perlu kita cari ialah keredhaan Allah,oleh itu walaupun apa sekali pekerjaan kita atau perbuatan kita tidaklah terpesong dari matlamat hidup kita sebagai hamba Allah iaitu mencari MARDHATILLAH.Jika setiap umat Islam berfikiran sebegitu insyaallah pastinya Islam pasti gemilang kembali....saya masih teringat sewaktu practical Anatomy,kami belajar mengenai cadaver(mayat)dengan bau formalin yang kuat menyebabkan semua orang tidak tahan kesedihan(menyebabkan semua orang menangis dan hidung berair....walaupun sudah menutup hidung...tetapi saya amat terharu dengan Doktor,masih sanggup mengajar kami walaupun beliau sudah berpeluh-peluh dan mengalirair mata.betapa seorang guru itu sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan dapat menyampaikan ilmu kepada pelajar....semoga Allah sentiasa merahmati dan meredhai beliau...buat akhirnya..sahabat-sahabat yang disayangi...marilah kita sama-sama memperbaiki diri dan amalan kita..