Khamis, 4 Februari 2010

Belajarlah sesuatu


Alhamdulillah dengan nikmat dan kurnianya dapat saya menulis kembali setelah sekian lama tidak menulis diatas kekangan exam dan sebagainya.Buat sahabat2 dan adik2,bagi pelajar2 perubatan dan Al azhar di Mesir,cuti winter telah bermula.Pelbagai rancangan telah di buat sempena musim cuti ini,ada yang mahu berjaulah ke sinai,Iskandariah,jaulah makam,menghadiri kelas2 pengajian agama dan sebagainya.Perlu diingatkan cuti cuti juga tapi pelajaran jangan kita lupakan.Buat sahabat dan adik2 pelajaran jangan kita lupakan,teruskan mengulang kaji pelajaran.Kita adalah pelajar perubatan,setiap apa yang kita pelajari adalah impaknya kepada pesakit kita.Jika kita sambil lewa dan main-main ketika belajar,adakah kita mampu untuk memberi diagnose dan rawatan yang tepat.



Teringat saya satu drama bertemakan "Surgeon Bong",kisah yang sangat memberi inspirasi kepada saya sebagai pelajar perubatan.Kisah yang sangat memberi inspirasi kepada pelajar perubatan ataupun yang sudah bergelar doktor untuk kita sentiasa bersungguh-sungguh dalam pelajarann dan memberi perkhidmatan rawatan yang terbaik buat pesakit kita.

.
Kisah yang menceritakan seorang doktor tahun 1 di sebuah hopspital,kalau di Malaysia,kiranya masa dalam tempoh (HO,Housemanship).Pengajaran yang sangat memberi kesan kepada saya ialah,setiap apa yang kita pelajari akan digunakan ketika kita bekerja.Bagaimana kita hendak mengaplikasikan apa yang kita pelajari untuk memberi rawatan kepada pesakit kita.Sebagai contoh apakah tanda-tanda pesakit yang menghidapi cardiac tamponade,pneumothorax,cardiac arrest dan sebagainya,dan bagaimana cara untuk merawatnya.Semua itu hanya akan dapat kita selasaikan dengan ilmu yang mantap.Keduanya,bidang kedoktoran adalah satu bidang yang memerlukan kita sentiasa berkorban,berkorban waktu makan,tidur,rehat dan sebagainya,ada kala kita tidak tidur dalam tempoh waktu 40 jam.Bayangkan jika kita tidak mempunyai minat dan kesungguhan yang mendalam,bagaimana kita hendak mengatasi semua ini.Perlu persiapkan mental dan jasmani,perlu bersedia untuk sentiasa dimarahi,diherdik,di hina dan melihat pesakit meninggal dunia di hadapan kita.


Sahabat-sahabat,belajarlah kerana Allah,adakah kita belajar kerana Allah itu sekadar kita mengucapkan "Sahaja akau belajar kerana Allah",bukan itu semata-mata sahabat2 dan adik2.Bahkan belajar kerana Allah mempunyai pengertian yang luas.Adakah semasa belajar kita sanggup untuk menghadapi segala kesusahan ketika belajar,menginfakkan diri kita kepada perjuangan Islam,meninggalkan segala maksiat dan sentiasa berusaha untuk menjadi hamba yang taat pada perintah Allah.Ingatlah jika kita belajar kerana Allah,pastinya kita akan mendapati diri kita ini sentiasa suka dan cinta kearah kebaikan.Bukannya kita berkata,"Aku belajar kerana Allah",tapi kita masih lagi melakukan maksiat,apabila diajak ke majlis ilmu atau menghadiri usrah kita tidak mahu dengan alasan kita mahu fokus dengan pelajaran.Ingatlah sahabat2 dan adik2 sesaat kita meluangkan masa demi agama Allah,pastinya Allah akan memberi beberapa banyak saat yang berharga.Jangan kita lupakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah,anak dan seorang Dae.


Pelajaran dan perjuangan perlu sama beriringan,tidak boleh satu yang kurang dan lebih.Belajarlah bersungguh-sungguh tanpa mengira erti penat dan jemu walau apa pun dugaan yang menimpa demi untuk kebaikan pesakit kita,jangan kita menyebabkan kematian pesakit kita semata-mata ilmu yang kurang pada kita,dan berjuanglah bersungguh-sungguh demi melihat tertegaknya Islam di bumi Allah.Kita adalah wasilah kebahagiaan dan kesihatan pesakita kita,tetapi penentunya Allah.Apakah kita tidak berasa bahagia dan gembira melihat pesakit kita yang dulunya tidak dapat melakukan ibadah dengan sempurna atasa masalah kesihatan kini dapat melakukannya dengan sempurna,adakah kita tidak berasa tersentuh melihat lahirnya bayi yang mungkin bakal menjadi generasi pejuang agama Allah dan generasi yang mungkin melihat tertegaknya Islam.Ada satu sahaja golongan yang mempunyai anak sebelum berkahwin yang dibenarkan.....???apa ye?itulah doktor.walaupun belum lagi berkahwin tapi sudah mempunyai ramai anak,kita menyambut kelahiran yang menjadi kebanggaan setiap ibu dan ayah.Insan yang pastinya bahagia dengan ketibaan baru umat Nabi Muhammad selain ibu dan ayah ialah pastinya kita....


Belajarlah untuk mentarbiyah pesakit kita,kita bukan sahaja merawat jasmani tetapi rohani.Satu perbezaan kita sebagai seorang doktor yang muslim ialah sentiasa ingin merawat rohani pesakit.Sayang sekali jika kita hanya mampu merawat jasmani sahaja,tetapi tidak dari segi rohani.Apakah kita tidak berasa kasihan melihat pesakit kita,ingatlah jika kita sama2 mencintai dan menyayangi sesama Islam tidak cukup dengan hanya mengucapkan rasa kasih sayang tetapi sama2 kita mahu mendapat keredhaan Allah dan ingin sama2 merasai nikmat manisnya syurga dan pahitnya menerima azab api neraka.


Buat akhirnya,tanamkan niat dan azam yang kukuh,sentiasa perbaiki diri.Sama -sama kita belajar bersungguh-sungguh kerana Allah.Ingatlah menuntut ilmu adalah satu jihad di jalan Allah.Apabila kita telah berpeluang untuk menuntut ilmu,maka pergunakan dengan sebaiknya.Jika kita meletakkan Allah sebagai matlamat teragung kita,pastinya Allah pasti ada dalam setiap langkah yang kita jalani tidak kira di waktu susah ataupun senang pastinya Allah itu ada..


I don't want to be an ordinary doctor,but I want to be an extraordinary doctor,so I have to study well,so let's us study hard and smart.Patient is always our teacher.Every single thing that we have learned will be asked in our future practice.Don't despair and never lose hope cause Allah is always by our side.For my colleague,let's us start now.ok,aja-aja fighting....study lillahi Taala.Selamat bercuti winter....penuhi masa dengan perkara yang berfaedah,ok.