Jumaat, 23 April 2010

Permulaan hidup baruku di Salam Sadnawi


Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dalam nikmat Islam dan Iman.Alhamdulillah malam semalam telah selesai kenduri kesyukuran sempena masuk rumah baru.Ahli bait yang tercinta kerana Allah,Haizum selaku ahli bait yang paling baru,ahlan wasahlan le bait Munawwarah akak ucapkan.Moga kedatangan Haizum makin menambah seri rumah ni insyaallah dan sama-sama kita mengislah diri kita kearah kebaikan.Buat ahli bait yang lama Yana,Anati dan Izzah,ukhibukki lillah Aidhan.Semoga kita dapat sama-sama mewujudkan biah solehah di rumah kita,insyaallah amin.

Alhamdulillah kedatangan sahabat-sahabat tahun 2,tahun 4 dan tahun 1 serta kakak ku yang tercinta ummu wirdani(kak pae) dan juga ummu Aisyah(kak jun) insyaallah menambah seri rumah kami.Syukran kerana sudi memeriahkan majlis,moga ukhwah yang terjalin sentiasa diredhai dan di pelihara oleh Allah.Indahnya ukhwah kerana Allah,bertemu dan berpisah kerana-NYA.Pada hari pertama hidangan yang disediakan ialah dadih pelbagai rasa,ada rasa strawberi,jagung,coklat,laici dan juga anggur serta mee bandung,samosa dan buah tembikai.Hari kedua pula laksa,cek mek molek dan tembikai.Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.Majlis dimulakan dengan solat maghrib secara berjamaah,kemudian solat hajat seterusnya disambung dengan bacaan Al Baqarah dan yasin.

Syukran pada sahabat-sahabat,kami seluruh ahli bait dan juga ahli imarah yang lain sangat gembira dengan kedatangan sahabat-sahabat sekalian,semoga Allah memberi pertolongan dalam setiap perkara yang kalian kerjakan.Detil-detik peperiksaan kian hampir,tapi sudah bersediakah saya,dengan banyak buku yang masih belum saya sudahi,dengan silibus yang semakin susah sedikit berbanding dengan tahun 1,tapi sahaba-sahabat,insyaallah kita doa sama-sama moga usaha kita Allah akan bantu dan akhirnya membuahkan kejayaan yang diredhai Allah.Tidak guna sekiranya kita beroleh mumtaz tapi kita dimurkai Allah.

Sahabat-sahabat,renungi dan muhasabah diri.Saya tertarik dengan kata-kata Kak izan selaku Timb.pengerusi 2 Perubatan Cawangan Zagazig,Beliau berkata sewaktu sesi tazkirah pada solat Hifzi yang lepas."Kita mungkin dah bersedia dalam persediaan kita untuk menghadapi peperiksaan,tetapi kita lihat bagaimana hubungan kita dengan Allah untuk menghadapi peperiksaan".Sahabat-sahabat,cuba kita muhasabah bersama kita mungkin sudah bersedia untuk menghadapi imtihan tetapi kita yakin kah bahawa kita mampu memperolehi mumtaz?Tidak sahabat-sahabat,jika Allah tidak mengizinkan untuk kita beroleh mumtaz kita tidak akan dapat walaupun kita belajar 24 jam sekalipun kita tidak akan mampu perolehi.Semua itu dengan keizinan Allah.

Setiap kejayaan yang kita perolehi hendaklah kita sandarkan kepada Allah kerana Dialah yang berkuasa atas setiap perkara.Kejayaan yang kita perolehi hendaklah kita gunakan untuk membantu Islam,bekerja untuk Islam.Islam memerlukan kecemerlangan kita untuk membantu Islam,untuk membuktikan Islam bukanlah penghalang kepada kejayaan umatnya.Bahkan dengan Islam kita mampu lebih cemerlang.Apa yang saya lihat,ibu bapa hari ini bangga anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran tetapi lupa bahawa anak-anaknya tidak menutup aurat,bercouple,tidak solat ,tidak tahu membaca Al Quran dan sebagainya.Bagaikan kejayaan anak-anak adalah utama berbanding tuntutan agama.Sahabat-sahabat,apa salahnya kita cemerlang dalam agama dan juga akademik kita.Kerana kita adalah generasi harapan Islam.

Masyarakat Islam hari ini memerlukan golongan yang dapat membimbing mereka kearah Islam.Sedih rasanya melihat Islam hari ini,budaya tidak menutup aurat tidak lagi jadi kebanggaan,budaya berdating berpegangan tangan,bahkan berkucupan di khalayak ramai menjadi perbuatan yang bukan perlu dimalukan.Sahabat-sahabat,kita berdoa bersama-sama semoga Allah menetapkan keimanan kita kerana kita tidak tahu adakah kita masih dapat menikmati nikmat iman ini pada masa akan datang kerana Allah yang memegang hati kita.Usah bangga dengan iman yang ada,bahkan kita mesti merasakan iman yang kita ada sedikit sekali berbanding dengan iman para sahabat.

Buat sahabat dan adik-adik muslimah yang disayangi.Jaga dan tutuplah aurat seperti mana yang digariskan oleh Islam.Apa yang saya lihat,bila ditanya tentang batasan aurat semua orang boleh jawab iaitu menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan dan tidak boleh memakai pakaian yang ketat dan jarang.Tapi kita masih lagi melakukan perkara tersebut.Islam menggariskan arahan menutup aurat bukan untuk mengongkong wanita tetapi untuk memelihara kesucian dan ketinggian maruah seorang wanita.Cuba kita bayangkan apabila seorang wanita yang tidak menutup aurat tidak mempunyai keistimewaan untuk bakal suaminya kerana apa yang sepatutnya diperlihatkan untuk suami sudah dilihat oleh lelaki yang lain.Seharusnya kita menjaga keindahan dan kecantikan diri kita untuk lelaki yang halal bukan untuk ditayangkan kepada lelaki yang lain.Menutup aurat bahkan akan meninggikan darjat seorang wanita.Wanita yang solehah ibarat mutiara yang tersimpan di dalam tiram yang tersimpan jauh didasar lautan,hanya penyelam yang handal sahaja mampu memilikinya.Begitulah juga seorang wanita yang solehah,auratnya dipelihara,amalannya sentiasa ingin ditingkatkan,dirinya sentiasa dihiasi dengan akhlak yang mahmudah.Bukan senang untuk menjadi wanita solehah dan bukan juga susah untuk menjadi wanita solehah,ianya memerlukan mujahadah dan istiqamah dalam diri.

Buat akhirnya,sama-samalah kita sentiasa mengingati diri kerana manusia sentiasa memelukan seseorang untuk memberi peringatan kerana menjadi fitrah pada seorang manusia sentiasa lupa.Buat ibu bapa dan adik-adik saya di Malaysia,doakan kakak di sini moga dipermudahkan dalam imtihan,moga kita berjumpa insyaallah awal bulan 8 ni amin.Rinduku pada kalian hanya Allah sahaja yang tahu.Buat sahabat-sahabat seperjuangan di zagzig,moga kalian thabat dalam perjuangan menegakkan Islam,moga Allah membantu kita,apabila menghadapi masalah hadapilah dengan tenang kerana setiap masalah dan musibah yang diberi oleh Allah adalah tanda Allah sayang kepada kita.Ikhlaskan niat dalam bekerja utk Islam,sekiranya kita penat ingatlah berehat hanyalah di syurga....buat sahabat-sahabat ukhibbukum lillah.....strive for mumtaz with mardhatillah amin,insyaallah.Salam sayang dan rindu buat keluarga di Malaysia.....