Isnin, 3 Ogos 2009

coretan rasa..


Manusia sering melupakan Allah,tetapi Allah tidak pernah sesaat sekalipun melupakan kita...sahabat-sahabat saya ingin menyeru sahabat-sahabat terutamanya diri saya sendiri bahawa carilah cinta Allah dan marilah kita bersama-sama mendekati dan menjaga perhubungan kita dengan Allah...mari kita berfikir sejenak betapa banyaknya nikmat yang diberi oleh Allah kepada kita...betapa banyak nikmat yang tidak terhitung oleh kita...kita lihat sahaja pada diri kita.Betapa sayangnya Allah kepada kita..Alhamdulillah saya amat menghargai dan bersyukur kerana setiap sahaja kuliah kami di universiti.Doktor pasti sahaja akan mengaitkan pelajaran hari tersebut kepada Allah Taala...betapa Allah amat bijak dan amat rapi perancangannya terhadap kita..Dr Ali dan Dr solah merupakan doktor phisiology saya.Dr Ali mengajar kami mengenai ANS(Autonomic Nervous System) dan Dr Solah mengajar kami CVS(Cardiovascular system)...mereka inilah doktor yang menyebabkan saya meminati phisiology...mereka sering memberi semangat kepada kami dan mengaitkan setiap pelajaran kami kepada Allah...Ya Allah,kadang saya berasa malu kepada Allah...betapa banyaknya nikmat yang Allah beri tetapi saya tidak membalasnya dengan sempurna....jika saya ingin menceritakan apa yang saya belajar kepada sahabat-sahabat tidak mungkin saya dapat menceritakan di sini...tetapi ketahuilah sahabat-sahabat,dengan melihat diri kita sendiri sudah cukup untuk kita memikirkan bahawa betapa banyaknya nikmat Allah terhadap kita....sanggupkah kita memalingkan diri daripada mencintai Allah?layakkah kita berbuat begitu?sekalipun kita sebagai manusia sentiasa bergelumang dengan dosa,seharusnya kita bersama-sama bertaubat....adakah kita sudah mengamalkan istigfar 100 kali sekurang-kurangnya pada setiap hari?kita harus juga mencuba untuk sentiasa beramal soleh...dan melaksanakan Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar...saya pernah terdengar satu lagu nasyid yang menceritakan kita harus mencari keredhaan Allah tidak kira manusia suka atau benci...kadang-kadang kita malu atau takut melakukan perkara yang baik dengan manusia....apabila mendengar lagu tersebut...satu nilai yang dapat saya selami ialah dalam mencari keredhaan Allah kita tidak harus takut atau malu dengan manusia...seperti contoh kita malu untuk menutup aurat dalam kalangan rakan-rakan yang tidak menutup aurat secara sempurna...takut diejek dan sebagainya....sahabat-sahabat jika kita berfikir bahawa Allah sentiasa berada bersama kita...apa yang kita cari pandangan manusia atau pandangan Allah?sudah tentulah jika menanamkan bahawa Allah bersama kita,insyaallah kita tidak akan malu dan takut...sahabat-sahabat ingatlah di dunia ini perkara utama yang perlu kita cari ialah keredhaan Allah,oleh itu walaupun apa sekali pekerjaan kita atau perbuatan kita tidaklah terpesong dari matlamat hidup kita sebagai hamba Allah iaitu mencari MARDHATILLAH.Jika setiap umat Islam berfikiran sebegitu insyaallah pastinya Islam pasti gemilang kembali....saya masih teringat sewaktu practical Anatomy,kami belajar mengenai cadaver(mayat)dengan bau formalin yang kuat menyebabkan semua orang tidak tahan kesedihan(menyebabkan semua orang menangis dan hidung berair....walaupun sudah menutup hidung...tetapi saya amat terharu dengan Doktor,masih sanggup mengajar kami walaupun beliau sudah berpeluh-peluh dan mengalirair mata.betapa seorang guru itu sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan dapat menyampaikan ilmu kepada pelajar....semoga Allah sentiasa merahmati dan meredhai beliau...buat akhirnya..sahabat-sahabat yang disayangi...marilah kita sama-sama memperbaiki diri dan amalan kita..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan