Jumaat, 31 Julai 2009

cerpen pilihan


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah."Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya."Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak."Tak.Maksud saya…" "Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar."Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ..Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya."Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah."Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu."Sudi," jawab Nusaibah ringkas."Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni."Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu."Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu."Baiklah," jawab Syazni tersenyum.Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya."Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah."Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu."Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya."Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum."Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini."Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta."Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut "Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni."Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya."Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang."PERJUANGAN, " jawab Syazni.***************Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan! Jika dirimu bakal seorang isteri… Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam! Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan… Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri ..mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam! Jika dirimu bakal seorang suami… Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam.Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu… Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!(renung-renungkan bersama)....sumber dari internet

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..

Lelaki Soleh :
Lelaki Soleh Bagaikan Mutiara indah berkilau nan mempersona. Keperibadiannya dihiasi dengan ketulusan, keinsafan, dan kesabaran, kedudukannya juga dimuliakan oleh Allah sebagai Khalifah. Lantaran Mereka mempunyai peranan dalam menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Mindanya yg kreatif, hati nuraninya yg suci bersih serta budi pekertinya yg luhur mampu menunduk serta menewaskan hasutan nafsu dan tipu daya syaitan yg sentiasa menghasut kearah kehancuran dan kesesatan. Al-quran dan sunnah Rasul sentiasa tersemat dihatinya sebagai pelita kehidupan dalam mengharapkan keredhaan Allah SWT..Al_qurthubi

Isnin, 27 Julai 2009

catatan ringkas....


Bismillahirahmanirrahim....menjelang imtihan ini,saya sering teringat keluarga di Malaysia.Hati rasa hendak saja pulang ke Malaysia,nak peluk ibu dan ayah dan adik-adik.....tapi apabila mengenangkan ramai lagi sahabat-sahabat yang sudah lama tidak pulang ke Malaysia,saya menjadi semangat kembali,tapi sebagai manusia kita tidak boleh menipu diri sendiri.Siapakah di dunia ini mampu menahan perasaan rindu lebih-lebih lagi kepada orang yang tersayang.Ibu saya sering berpesan kepada saya setiap kali saya mengatakan"mak,kakak rindula dengan mak"ibu saya akan menjawab"kakak,menuntut ilmu itu pun satu jihad,kakak kena sabar,kakak nak capai cita-cita kakak sebagai doktor ,insyaallah panjang umur kita akan jumpa."insyaallah saya akan pegang kata-kata ibu dan ayah saya....adik-adik saya sudah sibuk bertanyakan bila saya akan pulang ke Malaysia,lebih-lebih lagi adik perempuan saya(Azhani)."bila kakak nak balik,ani rindu dengan kakak,ani sayang dengan kakak."Sedih saya mendengar....biasa ketika di matrik dahulu,setiap kali pulang bercuti...kami akan bermain bersama-sama(berubah menjadi kanak-kanak sebentar)...benarlah hidup ini memerlukan banyak pengorbanan..tanpa pengorbanan kita tidak akan mampu bertahan dan berjaya.Islam juga disebarkan oleh Rasulullah dan para sahabat dengan pengorbanan.Bersyukurlah dan hargailah setiap pengorbanan yang dilakukan oleh umat terdahulu demi memastikan Islam menyinari kehidupan umat yang akan datang...ingatlah setiap titis peluh,seguris luka,dan harta yang dilaburkan demi Islam akan dibalas oleh Allah...seperti juga jihad menuntut ilmu....sahabat-sahabatku yang disayangi...belajar itu memanglah amat memenatkan,tetapi jika kita berfikir bahawa kita belajar ini adalah untuk membantu Islam,pasti kepenatan itu akan terubat...seperti contoh sebagai pelajar perubatan,mempelajari ilmu perubatan memang amat memenatkan ditambah lagi dengan cuaca yang amat panas ini,memang amat mencabar...jika sahabat-sahabat fikir kita akan menjadi seorang doktor kelak,kita tentunya ingin memberikan rawatan yang terbaik untuk pesakit kita,itu memerlukan pengorbanan yang tinggi untuk mempelajari ilmu perubatan dengan baik...insyaallah sama-sama kita jadi seorang daie kepada pesakit kita..sebagai akhirnya..ingatlah walaupun kita penat sekalipun tetapi jika apa yang kita niatkan itu semata-mata kerana Allah,semuanya akan terasa indah dan manis...sama-sama kita tingkatkan amalan dari sehari-sehari.perbanyakkan mengingati Allah...maafla sahabat-sahabat,post yang tidak seberapa disebabkan nak imtihan....ingatlah dekati Allah,perbanyakkan berzikir....dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang...

Jumaat, 24 Julai 2009

usrati habibati....

lelaki yang paling disayangi iaitu ayahku...penaik semangat dikala ku lemah..
insan yang sentiasa bertahta di dalam hatiku,menjadi sumber kekuatanku utk bertahan..


ni dekat tepi tasik putrajaya dekat taman botani,masa tingkatan 4 dulu,semua comel-comel(adik-adik je)..








comelnya adik-adik kakak,sekarang ni dah besar dah..belajar rajin-rajin,jgn malas...tunggu kakak balik ye!kakak rindu sangat..

Rabu, 22 Julai 2009




renungan bersama...


Apabila bahang peperiksaan kian terasa,setiap hari saya ingin mencari sumber inspirasi,boleh dikatakan setiap hari setelah pulang dari kuliah,saya akan membuka blog sahabat-sahabat saya untuk mencari semangat.Apabila melihat wajah-wajah mereka saya menjadi lebih semangat....kadang-kadang saya berasa malu,rendah diri dan cemburu dengan sahabat-sahabat saya.Apakah yang telah saya lakukan untuk Islam,banyakkah perkara,sumbangan dan pengorbanan sepanjang saya berada di Mesir ini berbandin dengan sahabat-sahabat saya di Malaysia,saya kadang-kadang berasa kesunyian tanpa ditemani oleh sahabat-sahabat seperti di matrik dahulu..melihat gambar-gambar mereka saya jadi cemburu,betapa seronoknya mereka dapat membuat gerak kerja bersama-sama,tetapi disudut hati saya,saya berasa seronok sekali melihat mereka,betapa kemesraan diantara mereka bertambah dengan jalinan ukhwah kerana Allah.Makin ayu dan solehah sahabat-sahabat ku sekalian,ana tumpang gembira melihat antunna sekalian,alangkah seronoknya jika ana dapat bersama kalian.Tinggal hanya beberapa hari lagi saya hendak menempuh gerbang imtihan.Anatomy,phisiology,histology dan biochemistry.Betapa banyak cabang-cabang dalam setiap madah atau matapelajaran yang harus saya hadam...sahabat-sahabat doakan ana beroleh lulus dengan mumtaz..Hidup ini adalah sebagai medan untuk kita mencari keredhaan Allah..adakah kita terfikir setelah kita bangkit dari tidur,kita sebenarnya semakin menghampiri hari kematian kita...seharusnya apabila kita menyambut hari lahir,kita akan berasa sedih,kerana kita akan menghampiri kematian,adakah waktu atau umur yang lepas telah kita gunakan untuk mentaati Allah dan menyumbangkan sesuatu untuk Islam,tetapi tidak salah untuk kita bergembira dengan hari lahir kita tetapi kita haruslah menyambutnya dengan penuh kesyukuran kerana Allah masih memberi lagi peluang kepada kita untuk memperbaiki amalan kita,seharusnya kita seharusnya mengucapkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada ibu kita yang telah bersusah payah,bertarung nyawa demi melahirkan kita..sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,kita muhasabah bersama-sama masa remaja inilah kita harus mempergunakan dengan sebaik mungkin,kita cari sebanyak ilmu selain dengan ilmu yang kita pelajari di universiti,kita niatkan kita menuntut ilmu itu adalah semata-mata kerana Allah dan Islam,Islam tidak akan maju sekiranya umatnya tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang selengkapnya.Hidup ini adalah untuk memberi,memberi kepada siapa?pertama kita memberi kepada Allah dengan cara kita mentaati segala perintah dan menjauhi segala larangan..kita berjuang untuk Islam dengan apa cara sekalipun asalkan seiring dengan syariat.Kita juga harus memberi kepada manusia dengan cara memberi pertolongan,mengajak kepada yang ma'ruf dan menjauhi yang mungkar.Sahabat-sahabat sekalian kita tanamkan bersama,bahawa setelah kita berkerja nanti dan mempunyai wang,kita sama-sama infakkan untuk Islam,untuk bantu umat Islam yang lain dan kita harus saling mendoakan antara satu sama lain,umat Islam perlu kaya,kaya yang beriman supaya gerak kerja Islam lebih mudah,kerana salah satu strategi golongan kuffar untuk menyebarkan agama kristian dengan mengumpan mangsa dengan harta.Insyaallah saya yakin jika kita bersama-sama menginfakkan harta kita untuk Islam,kita akan dapat membantu umat Islam yang masih berada dalam kemiskinan.Apa yang penting kita sentiasa memperbaiki amalan kita dari sehari ke sehari.Ingatlah Allah sentiasa,tidak kira di mana sahaja kita berada ingatlah Allah sentiasa bersama kita,perbanyakkan mengingati Allah,insyaallah kita akan beroleh ketenangan...dan kita akan dapat merasai betapa dekatnya Allah dengan kita..buat sahabat-sahabat muslimin dan muslimat dan khususnya muslimin,jadikan masjid itu sebagai tempat kita mencari ketenangan,makmurkanlah rumah Allah itu...rugi rasanya jika kita tidak ke masjid,jika saya di mesir ini,tidak berpeluang untuk solat di masjid...teringat kenangan di masjid Al-Maghfirah dahulu sewaktu di masjid...pergilah ke masjid...jika bukan kita yang memakmurkan masjid siapa lagi?Allah akan menaungi sesiapa yang hatinya berpaut pada masjid...jika golongan bukan Islam sering melawati rumah ibadat mereka,mengapa kita sengaja mencari alasan untuk tidak ke masjid...renungkan bersama...buat renungan bersama...ingatlah Allah sentiasa bersama orang yang sabar dan berusaha untuk mendekati -NYA....ingatlah sahabat-sahabat kita doakan bersama-sama semoga kita sentiasa istiqamah pada jalan ini yang Allah sebenarnya telah memilih kita,alangkah bertuahnya kita,dalam ramainya manusia yang masih berada dalam kesesatan tetapi Allah telah memilih dan menyelamatkan kita untuk berada di dalam bahtera keamanan dan keselamatan....salam mardhatillah..

Isnin, 20 Julai 2009

mujahidah sejati...




Subhanallah...betapa kuatnya imannya Dr Marwa el-sharbini yang syahid kerana mempertahankan hijab yang menjadi pelindung muslimat seluruh dunia...betapa sanggupnya beliau berkorban demi untuk mempertahankan iman dan maruah sebagai seorang wanita islam...Ya Allah..apabila saya merenung kembali adakah saya sanggup berbuat begitu seperti beliau...akhirnya beliau kembali kepada Allah dalam keadaan mulia...beliau kembali dengan cara yang menjadi idaman setiap umat Islam yang merindui syahid....sahabat-sahabat,Islam kini dianggap sebagai pengganas dunia,Islam dianggap ketinggalan zaman,lemah dan sebagainya....mari kita bermuhasabah..apakah sebenarnya punca Islam dianggap begini??punca sebenarnya adalah kita...kitalah yang menyebabkan Islam jadi begini...kita muhasabah bersama...betapa susah payah Rasulullah dan para sahabat berjuang untuk menyebarkan Islam dan para ulama dan pejuang terdahulu bermati-matian berjuang untuk menegakkan Islam...kita dengan mudah menghancurkannya...sahabat-sahabat...Islam kini dipandang serong kerana kita sebagai umat Islam lalai dengan hiburan,kita terlalu mengagungkan undang-undang barat dan dengan mudah mengatakan undang-undang Islam itu sudah ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan peredaran zaman...sahabat-sahabat yang diredhai Allah...mari bersama kita mengamalkan Islam seperti yang terkandung didalam AL-quran dan hadith..Islam bukan seperti satu menu hidangan makanan seperti di restoren yang boleh kita pilih yang mana kita suka dan menolak yang mana kita tidak suka..Islam wajiblah diamalkan dengan kesemuanya,bermulalah dengan undang-undang terhadap diri kita seperti menutup aurat,larangan mencuri,tidak memakan riba dan sebagainya hinggalah undang-undang dalam pentadbiran sesebuah negara...bagi saya kesyahidan Dr Marwa el-syarbini adalah pembangkit semangat jihad bagi kaum muslimat agar terus tetap dalam perjuangan.Mengamalkan Islam dalam dunia masa kini adalah satu cabaran yang sangat mencabar lebih-lebih lagi jika kita berada di negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam...sahabat-sahabat muslimat semoga kita juga dapat memperolehi kesyahidan..semoga kita ditetapkan hati dan keimanan kita sehingga ke akhir hayat...perkara yang paling saya takut ialah saya takut sekiranya saya berubah dari landasan perjuangan Islam...saya takut sangat....doakan saya semoga saya tetap dalam jalan ini...amin.Umat Islam harus kuat dalam setiap bidang,sebagai seorang muslimah kita harus bangkit,kita harus maju dalam segala bidang seperti wanita bukan Islam telah capai,ketahuilah sebagai seorang muslimah kita seharusnya lebih hebat...jangan jadikan kita sebagai bahan fitnah kepada Islam...sahabat-sahabat muslimah,marilah kita bersama-sama memelihara maruah,peribadi dan aurat yang menjadi perhiasan diri kita...kita adalah cerminan bagi Islam....bentuklah diri mengikut acuan Al-Quran...perbanyakkan berzikir,berselawat,membaca Al-Quran,bersedekah,banyakkan bersabar dan kejarlah cinta kepada Allah...sibukkan diri dalam mengingati Allah...saya bukanlah seorang muslimah yang baik,tetapi sebagai seorang Islam kita harus saling mengingati antara satu sama lain,kita harus sentiasa memperbaiki amalan kita dan seharusnya amalan kita haruslah meningkat seiring pertambahan usia...(good deeds must be directly proportional to the age)...anatomy pagi tadi membincangkan mengenai cadaver..satu pelajaran yang amat penting yang saya dapat ialah kita sebagai manusia ini tiada nilainya setelah kita mati,kita akan dimakan oleh ulat...dimamah tanah...tetapi jika kita bertaqwa kita adalah manusia yang paling mulia disisi Allah....di dunia ini hanyalah medan tarbiyah dan ujian bagi kita.Segala harta,keluarga dan segalanya adalah sebenarnya ujian buat kita,adakah dengan itu kita semakin dekat atau semakin jauh dari Allah....semoga kita sentiasa menggunakan nikmat Allah untuk lebih mentaati-Nya.....................P/S buat sahabat-sahabat ana sewaktu di matriks,doakan ana,ana dah nak imtihan ni..tahniah untuk antunna yg further study di universiti..semoga kita sama2 cemerlang dalam dakwah dan akademik...sayang dan rindu dari ana..semoga kita menjadi mujahidah sejati.syukran atas segalanya..ada masa ym la ana...ni id ana assyafi90

Rabu, 15 Julai 2009

semoga menjadi serikandi Islam.....




wahai sahabat-sahabatku,betapa rindunya ku pada kalian..











Alhamdulillah,pada minggu yang lalu pada hari jumaat saya dapat mengikuti program nisa de champion(hari sukan bagi akhowat di zagazig) dan alhamdulillah dapat mengikuti seminar ibadah pesakit anjuran persatuan perubatan Mansurah.Saya berasa amat gembira sekali kerana dengan program sebegini kita dapat mengeratkan ukhwah sesama Islam.Bercakap mengenai ukhwah ini,hati saya ini amat merindui sahabat-sahabat saya sewaktu saya menuntut di Kolej Matrikulasi Perak.Ya Allah betapa rindunya saya yang teramat-amat sangat kepada mereka,merekalah sahabat-sahabat saya dunia dan akhirat....merekalah yang bersama-sama saya diwaktu saya dalam keadaan suka dan duka,bersama dalam perjuangan Islam....buat sahabat-sahabat sekalian,ana amat merindui kalian....tak terkata rindunya...ana rasa nak peluk dan cium kalian....teringat kenangan kita berusrah,solat bersama-sama di masjid,kita berehlah dan beriadah,tapi yang paling ana tidak dapat lupakan kenangan kita berjual-jualan sewaktu di karnival matrikulasi....kita seperti adik-beradik yang saling lengkap-melengkapi...saling tegur menegur....Ya Allah,betapa rindunya ana pada kalian....setiap kali ana mengingati dan kenangan pahit manis bersama kalian air mata ini pasti mengalir.....rindunyaaa...kak atul,kak banan,kak wahyu,kak dayah,aqilah,elya,suraya,mastura,rahmah,fateh,azizah,auni,zahra',dan sahabat2 seperjuangan yang lain,semoga kalian thabat dalam perjuangan,ingatlah Allah sentiasa bersama-sama kalian,doakan semoga kita bertemu kembali,semoga kalian menjadi serikandi-serikandi islam yang sanggup berjuang demi Islam,hati ini rindu untuk bersama kalian....bilalah rasanya untuk kita berusrah kembali...dan solat bersama-sama,dan berada bersama di dalam....semoga kita ditetapkan Allah dalam keimanan dan ketaqwaan..semoga kita memperoleh cita-cita tertinggi kita iaitu mati syahid...kak atul,syafiyah ingat lagi dan syafiyah tak pernah lupa yang akak selalu ingatkan bahawa kita kena sentiasa YAKIN DENGAN ALLAH...bilalah agaknya kita hendak bergurau senda dan saling bermanja-manja seperti dahulu.....manisnya kenangan itu...betapa ketetapan Allah itu sangatlah terbaik untuk kita....jika dahulu saya tidak mahu menyambung pelajaran saya ke kolej Matrikulasi kerana saya ingin menyambung sahaja pelajaran saya ke kias dalam usuluddin....tetapi atas nasihat ibu dan ayah saya,akhirnya saya melanjutkan pelajaran ke kolej matrikulasi...pada mulanya saya risau dan saya takut untuk berada di kolej matrikulasi....SUBHANALLAH...betapa rupa-rupanya Allah ingin menghadiahkan saya sahabat-sahabat yang amat saya kasihi dan rindui hingga ke hari ini...sahabat-sahabat yang dikasihi dan dirindui,KITA BERTEMU KERANA ALLAH,DAN BERPISAH JUA KERANA ALLAH.....BETAPA ALLAH LEBIH MENGETAHUI PERANCANGAN YANG LEBIH BAIK UNTUK KITA,KITA BERPISAH ADALAH KERANA ALLAH UNTUK MENYEBARKAN LAGI NUR ISLAM KESERATA BUMI ALLAH INI,KITA BERPISAH UNTUK MENGUMPULKAN ILMU YANG AKAN MENJADI MODAL KITA DALAM PERJUANGAN YANG SUCI INI,WAHAI SAHABAT-SAHABATKU....SEMOGA KITA DITETAPKAN DALAM JALAN JUANG INI...DAN TETAPKAN ALLAH UNTUK BERSAMA DENGAN HAMBA-HAMBANYA YANG SYAHID,JADILAH KITA SAYAP-SAYAP KIRI DALAM PERJUANGAN ISLAM...SEMOGA KITA DIPERTEMUKAN DENGAN INSAN YANG BERADA DALAM JALAN JUANG INI JUGA AGAR KITA SEMAKIN THABAT(TETAP)DALAM JALAN JUANG INI.....Doakan ana di sini,doakan ana berjaya menjadi seorang doktor pakar sakit puan (obstetric and gynaecology),semoga kalian juga berjaya dan cemerlang dalam bidang yang kalian ceburi...apa yang penting jadikan itu sebagai wadah untuk kita menegakkan Islam.Kita adalah umat Islam...kita dilahirkan untuk menghambakan diri kepada Allah dan mewaqafkan diri untuk Islam.....doakan ana disini......ana sayang sangat dengan antunna...tak terkata rasa rindu ni....doakan ana mumtaz ye!insyaallah..amin...

Selasa, 7 Julai 2009

selamat hari lahir..adikku...


selamat hari lahir buat Nur Azhani...sekarang umur ani dah 6 tahun...dah besar ani sekarang.kakak doakan ani berjaya dunia dan akhirat,jadi anak yang solehah dan cemerlang dalam pelajaran..ani belajar rajin-rajin...tolong mak...jangan malas baca buku,kakak sayang sangat dengan ani.Sekarang kakak tak boleh bagi hadiah,tunggu tahun depan insyaallah kakak balik.doakan kakak ye!Semoga ani sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat Allah,smg dipanjangkan umur dalam ketaatan...walaupun ani kecil lagi,tapi ingat jangan lupa solat,baca Quran dan tutup aurat.ok,salam sayang dan rindu yang teramat dari kakak di Bumi Anbiya'.KAKAK SAYANG ANI...

Jumaat, 3 Julai 2009

Pentingnya pergantungan kita pada ALLAH..


Alhamdulillah setelah 2 bulan smart circle ditangguhkan disebabkan imtihan(peperiksaan)akhirnya pada petang ini smart circle(usrah) akan bermula.Usrah sebenarnya dapat mengisi hati-hati yang sentiasa rindu untuk berukhwah dan mendekatkan diri pada Allah.Bagi saya usrah dapat menenangkan fikiran,setelah seminggu sibuk dengan urusan kuliah,dan apabila mengikuti usrah,kita dapat bertukar-tukar fikiran,dan dapat menambah ilmu terhadap Islam sebagai persiapan kita untuk menjadi umat Islam yang dapat berjuang kerana Islam.Alhamdulillah apabila dapat melanjutkan pelajaran di Mesir ini amat saya hargai,alhamdulilah terdapat pelbagai program pengajian agama yang dapat kita ikuti...insyaallah saya mengajak diri dan dan juga sahabat-sahabat agar mengambil segala kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita untuk kita mendalami ilmu agama.Kutiplah segala mutiara-mutiara di bumi Anbiya' ini dengan sebaiknya,jangan kita melepaskan peluang ini...insyaallah jika kita meluangkan masa kita ini untuk mendalami ilmu Allah ini,insyaallah Allah akan membantu kita dalam apa jua urusan kita.Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,apa yang penting dalam kehidupan kita sebagai seorang islam ialah,pentingnya pergantungan kita kepada Allah,yakin dengan Allah...sebagai contoh kita hendak menghadapi peperiksaan,setelah berusaha,pergantungan kita pada Allah amatlah penting kerana Allah yang menentukan segalanya...ingatlah walaupun kita telah berusaha,tetapi jika tanpa izin Allah,kita mungkin akan cemerlang...insyaallah jika kita niatkan bahawa apa yang kita belajar adalah semata-mata kerana Allah,untuk membangunkan Islam,membantu masyrakat Islam,insyaallah Allah akan menbantu kita..niat kita perlu diperbetulkan,kerana Allah menilai perbuatan kita melalu niat terlebih dahulu..pernah diceritakan kepada saya,seorang pelajar yang sangat sibuk dengan kerja-kerja islam,berdakwah dan sebagainya,seluruh masanya adalah untuk islam,sehingga masa untuk membuat persediaan untuk peperiksaan tidak mencukupi,tetapi pergantungannya terhadap Allah amat tinggi...alhamdulillah pelajar ini memperolehi mumtaz dalam peperiksaan...itulah pentingnya kita mencurahkan tenaga kita untuk Islam dan meluangkan masa kita untuk Islam,insyaallah Allah akan menggantikan apa yang kita luangkan untuk islam dengan kejayaan..apa yang penting pergantungan kita terhadap Allah,jangan kita berputus asa dengan RAHMAT ALLAH,yakin dengan ALLAH,perbaiki hubungan kita dengan Allah,semoga kita sama-sama menjadi hamba-NYA yang sentiasa mendekatkkan diri pada-NYA..Insyaallah sahabat-sahabat,kita tajdid(perbaharui)niat bersama-sama,tidak lain hanyalah kepada Allah semata-mata.Semoga Allah menuntun kita kearah kecemerlangan dalam bidang kita masing-masing,insyaallah,semoga dengan kecemerlangan itu kita dapat bersama-sama membangunkan Islam dengan bidang kita masing-masing.....ingatlah YAKINLAH DENGAN ALLAH...DEKATILAH ALLAH,SEMOGA ALLAH MELINDUNGI KITA DAN SENTIASA BERSAMA KITA....

nasihat...


Asyraaf,Adib,Adam dan Azhani...belajar rajin-rajin,jangan malas-malas,kakak tahu adik-adik kakak sebenarnya boleh cemerlang...tapi kalau asyik main,macam mana nak cemerlang...gembirakan hati mak dengan bapak..jadilah anak-anak yang soleh dan solehah..jangan buat mak susah hati,kakak nak adik-adik kakak semua berjaya dunia dan akhirat,adib dan asyraaf,tahun depan adib dengan asyraaf nak periksa upsr dengan pmr..kakak nak adib dengan asyraaf dapat 5A dan 9A...insyaallah adib dengan asyraaf boleh capai..tapi dengan syarat belajar sungguh-sungguh,dan jangan buang masa..mak,bapak dengan kakak hanya boleh doakan je..tapi adik-adik kakak kena usaha...rajin baca buku...jangan malas nak baca buku...kakak kat sini doakan adik-adik kakak cemerlang....doakan kakak juga kat sini...kakak nak exam ni...doakan kakak dapat mumtaz ye..insyaallah...selalu tolong mak...dgn bapak ye!jangan main game je...semoga kita dapat gembirakan hati mak dengan bapak dengan mendapat kecemerlangan dalam pelajaran dan juga cemerlang dalam agama,dan sahsiah diri..smg kita menjadi anak yang soleh dan solehah...amin..BELAJAR KERANA ALLAH,insyaallah Allah akan tolong kita,jaga solat dan selalu baca Quran ye!kakak sayang adik-adik kakak.ok,belajar betul-betul,jangan malas-malas,rajin baca buku,Allah akan tolong hambaNYa yang rajin berusaha!insyaallah,sapa dapat keputusan cemerlang,nanti kakak balik kakak bagi hadiah!ok,ingat tu!...doakan kakak ye!