Isnin, 27 Julai 2009

catatan ringkas....


Bismillahirahmanirrahim....menjelang imtihan ini,saya sering teringat keluarga di Malaysia.Hati rasa hendak saja pulang ke Malaysia,nak peluk ibu dan ayah dan adik-adik.....tapi apabila mengenangkan ramai lagi sahabat-sahabat yang sudah lama tidak pulang ke Malaysia,saya menjadi semangat kembali,tapi sebagai manusia kita tidak boleh menipu diri sendiri.Siapakah di dunia ini mampu menahan perasaan rindu lebih-lebih lagi kepada orang yang tersayang.Ibu saya sering berpesan kepada saya setiap kali saya mengatakan"mak,kakak rindula dengan mak"ibu saya akan menjawab"kakak,menuntut ilmu itu pun satu jihad,kakak kena sabar,kakak nak capai cita-cita kakak sebagai doktor ,insyaallah panjang umur kita akan jumpa."insyaallah saya akan pegang kata-kata ibu dan ayah saya....adik-adik saya sudah sibuk bertanyakan bila saya akan pulang ke Malaysia,lebih-lebih lagi adik perempuan saya(Azhani)."bila kakak nak balik,ani rindu dengan kakak,ani sayang dengan kakak."Sedih saya mendengar....biasa ketika di matrik dahulu,setiap kali pulang bercuti...kami akan bermain bersama-sama(berubah menjadi kanak-kanak sebentar)...benarlah hidup ini memerlukan banyak pengorbanan..tanpa pengorbanan kita tidak akan mampu bertahan dan berjaya.Islam juga disebarkan oleh Rasulullah dan para sahabat dengan pengorbanan.Bersyukurlah dan hargailah setiap pengorbanan yang dilakukan oleh umat terdahulu demi memastikan Islam menyinari kehidupan umat yang akan datang...ingatlah setiap titis peluh,seguris luka,dan harta yang dilaburkan demi Islam akan dibalas oleh Allah...seperti juga jihad menuntut ilmu....sahabat-sahabatku yang disayangi...belajar itu memanglah amat memenatkan,tetapi jika kita berfikir bahawa kita belajar ini adalah untuk membantu Islam,pasti kepenatan itu akan terubat...seperti contoh sebagai pelajar perubatan,mempelajari ilmu perubatan memang amat memenatkan ditambah lagi dengan cuaca yang amat panas ini,memang amat mencabar...jika sahabat-sahabat fikir kita akan menjadi seorang doktor kelak,kita tentunya ingin memberikan rawatan yang terbaik untuk pesakit kita,itu memerlukan pengorbanan yang tinggi untuk mempelajari ilmu perubatan dengan baik...insyaallah sama-sama kita jadi seorang daie kepada pesakit kita..sebagai akhirnya..ingatlah walaupun kita penat sekalipun tetapi jika apa yang kita niatkan itu semata-mata kerana Allah,semuanya akan terasa indah dan manis...sama-sama kita tingkatkan amalan dari sehari-sehari.perbanyakkan mengingati Allah...maafla sahabat-sahabat,post yang tidak seberapa disebabkan nak imtihan....ingatlah dekati Allah,perbanyakkan berzikir....dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan