Jumaat, 31 Julai 2009


Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..

Lelaki Soleh :
Lelaki Soleh Bagaikan Mutiara indah berkilau nan mempersona. Keperibadiannya dihiasi dengan ketulusan, keinsafan, dan kesabaran, kedudukannya juga dimuliakan oleh Allah sebagai Khalifah. Lantaran Mereka mempunyai peranan dalam menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Mindanya yg kreatif, hati nuraninya yg suci bersih serta budi pekertinya yg luhur mampu menunduk serta menewaskan hasutan nafsu dan tipu daya syaitan yg sentiasa menghasut kearah kehancuran dan kesesatan. Al-quran dan sunnah Rasul sentiasa tersemat dihatinya sebagai pelita kehidupan dalam mengharapkan keredhaan Allah SWT..Al_qurthubi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan