Rabu, 18 Ogos 2010

Pengalaman..


Alhamdulillah,Ramadhan kali ini disambut di Malaysia,tapi apabila mengenangkan suasana ramadhan di Mesir,perasaan sedih tiba-tiba datang.Bukan sengaja diundang tapi ia datang sendiri,tak tahu kenapa.Mungkin memori yang indah di bulan ramadhan di sana begitu terkesan di hati.Apabila mata ini melihat blog-blog dpmz,perubatan dan Pmram mengenai pelbagai program dengan daurah kitab dan macam lagi,perasaan cemburu tu tiba-tiba menguasai diri.Tatkala mengenangkan Mesir,hati tiba-tiba hiba.Ramadhan di sana begitu mengusik jiwa.

Walaubagaimanapun,ramadhan di sini dirasakan begitu bahagia bersama keluarga.Kemeriahan dan celoteh adik-adik menyambut ramadhan begitu mengubat hati.Tahun ini,adikku yang bongsu mulai puasa,tahun lepas pun dia cuba puasa.Dengan tubuhnya yang begitu kurus dia cuba untuk puasa.Bermula dengan hari pertama dan kedua dia meminta untuk berbuka puasa kerana memang diakui cuaca amat panas.Mak dan saya cuba memujuknya agar tidak berbuka puasa,tapi puas sampai menangis-nangis,mak pun berasa kasihan."Dah la tu kak,mak tengok kesian adik tu,dah la kurus".Saya pula saja je nak phyco adik saya "sikit la,dah nak buka ni,minum la..Allah nampak".Tapi alhamdulillah,puasa ketiga dan seterusnya dia berjaya puasa hingga keakhirnya.

Macam-macam gelagat adik-adikku ini,"Bibik ambik beg".,"Bibik ambikkan baju".Adik saya Adam dan Azhani suka benar mengusik kakaknya tu...saya pulak,"amboi,panggil kakak bibik ye,ni nak kena ni..sampai hati panggil kakak bibik".Depa pun bergelak sakan la.Sepanjang Ramadhan ni depa meminta mahu dihantar ke sekolah dan diambil,sedangkan kebiasaanya berjalan kaki,kalau tak diambil..mula la tsunami kat rumah tu..katanya tak larat.Tapi tak apa la,asalkan depa nak pergi sekolah.

"Adam dah solat belum?"tanya saya.Jawabnya "Belum,kite nak solat dengan kakak,kakak jadi imam." Saya pun menjawab,"ialah..ok jom solat dengan kakak."dalam hati saya mana boleh perempuan jadi imam,tapi tak pe la..dia ikut saya solat..saya teringat kata-kata Imam Muda Asyraf dalam ceritanya mengenai Saidina Umar yang masih menunaikan solat selepas dirinya pengsan setelah perutnya dirobek oleh seorang yahudi dalam cubaan membunuhnya..di sini nak menunjukkan betapa pentingnya solat dalam kehidupan seorang muslim.Didiklah anak-anak dan ajarilah mereka mengenai solat.Didikan ini mestilah semenjak kecil lagi,sekiranya sudah besar baru nak ajar,maka susah jadinya.

Begitu juga dalam menutup aurat.Seringkali kita dengar ucapan ibu bapa"Biarlah dia tak pakai tudung,nak pakai baju yang seksi sikit,tak pe..dia kan kecik lagi."Meluntur buluh biarlah dari rebungnya.Jika mereka sudah dibiasakan dengan menutup aurat sejak kecil lagi apabila dewasa mereka sudah terbiasa dengan perkara tersebut.Teringat saya sewaktu kami hendak pulang ke kampung sehari setelah saya baru pulang ke Malaysia.Adik saya yang melihat saya memakai stokin,sambil saya berkata nanti ani dah besar kena pakai stokin..sebab kaki tu aurat.Terus adik saya memanggil ibu saya."Mak,ani nak pakai stokin..kaki kan aurat."Sewaktu di Cameron Hingland,mula la dia mahu membeli stokin strawberi.."kakak,ani nak stokin."katanya."Kakak tak ada duit Malaysia la,duit mesir ada la.cuba minta dengan mak."Terus dia meminta dibelikan stokin,apabila sudah dibelikan..terus dia pakai.."Kaki kan aurat."..alhamdulillah,pandainya adik kakak,mudahan ani pakai stokin ye bila dah besar nanti dan jadi anak yang solehah.

"Bapak,kakak nak keychain tu."ucap saya sewaku berada di pasar malam di Cameron Hingland."Bila kakak nak depa semua pun nak."ucap ibu saya."Kakak,tuliskan untuk ani."kata adik perempuan saya."Ani nak tulis macam mana?".tanya saya."Ala,kakak tulis je ape-ape."
Di dalam kereta perkataan yang saya tulis diulang-ulang dan siap main hafal-hafal dengan Adam."Ani tahu ke apa yang kakak tulis tu."tanya saya."Cuba baca,kakak nak dengar."pinta saya."Semoga jadi anak yang solehah dan cemerlang."

Gelagat mereka membuat hati saya gembira.Ibu saya berkata"Kak,nanti kat sana,mesti kakak teringatkan gelagat depa ni."Mana tak nya,dengan bergaduhnya semasa berbuka,bergurau-gurau dan macam-macam lagi gelagat budak-budak ni..Masyaallah.Kini,kerinduan kami terubat,setiap hari adik-adik saya akan tidur bersama-sama.Macam-macam gelagat dengan kaki keatas dan macam-macam.

"Adam,nanti nak jadi apa?"tanya ku."Kita nak buka kedai haiwan."jawabnya.Memang Adam ni suka sangat dengan haiwan dan dia la paling rajin antara adik-adik saya,suka membantu memasak,menyiang ikan dan paling istimewa kelebihan dia dapat menjinakkan haiwan."Kakak,dulu ayam mutiara ni takut dengan kite,sekarang dia dah jinak dengan kite,kite dah jinakkan dia dah."jawabnya.Memang pun,ucapannya sewaktu kali pertama saya berjumpa dengannya di lapangan terbang sewaktu saya beru sampai."Kakak,kite bela ayam mutiara."ucapnya dengan bersungguh-sungguh.Hobinya yang suka membela ikan-ikan dan menanam sayur sehinggakan dia la teman ibu saya dalam berkebun ni.

Alhamdulillah,saya masih dikurniakan Allah dengan keluarga.Di saat,insan lain bermuram durja kerana kehilangan keluarga,alhamdulillah kita yang masih dikurniakan keluarga seharusnya mengucapkan syukur dan bersungguh-sungguh dalam mentaati perintah Allah sebagai balasan kita kepada Allah atas anugerah yang tidak terhingga ini.Mudah-mudahan,kita berdoa sama-sama agar kita ditetapkan dalam iman dan terus thabat dalam jalan juangNya,tetap dalam mengerjakan ibadah dan terus tetap dalam membaca Al-Quran dan mengamalkannya.Kerana dari Muaz al -Juhani telah berkata,telah bersabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang membaca Al-Quran dan diamalkan apa yang terkandung di dalamnya,ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari,jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini.Sahabat-sahabat,jadi bayangkanlah pula jika kita mengamalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran.Masyaallah,mesti lagi hebat ganjaran yang diberi oleh Allah kepada sesiapa yang mengamalkan Quran itu.

Buat diri dan sahabat-sahabat,kita sering kali lalai dan saban kali berasa tidak semangat,maka carilah semangat itu kembali dengan mencari atau melakukan apa sahaja agar kita tidak lalai dan tidak bersemangat.Akhir kata,sama-sama kita perbaiki diri dan berusaha menjadi muslim yang terbaik.Buat muslimat,berusahalah untuk menjadi muslimah yang solehah.amin.

Sabtu, 24 Julai 2010

Alhamdulillah selesai sudah program daurah kitab musim panas anjuran unit pembangunan insan Perubatan Cawangan Zagazig.Alhamdulillah banyak manfaatnya yang insyaallah kita semua akan peroleh.Tajuk yang dibawa ialah mengenai "Apa erti kebangkitan islam pada zaman moden"Kitab ini asalnya dalam bahasa arab tetapi telah dibincangkan dan diulas oleh Ustaz Mohd Azrul Ismail.Saya berpendapat kitab ini patut dibaca oleh semua remaja dan semua umat Islam.Kitab yang menerangkan bagaimana kebangkitan Islam setelah kejatuhan Khilafah Islamiah di Turki pada 3 Ogos 1924.

Khilafah Islamiah adalah satu gagasan yang menghimpunkan seluruh negara-negara Islam di bawah satu pemerintahan.Khilafah Islamiah ini adalah penyelamat bagi umat Islam di seluruh dunia.Di bawah agenda pihak barat dan musuh dalaman sendiri iaitu Mustafa Kamal atartuk Laknatullahialaih,khilafah Islamiah yang merupakan zaman kegemilangan umat Islam dahulunya hancur dan sehingga kini hasil daripada kejatuhan Khilafah Islamiah ini umat Islam dihina,ditindas,dibunuh sesuka hati,wanita dirogol dan sebagainya yang kita dapat lihat kekejaman dan kemelaratan umat Islam di seluruh dunia.

Hasil daripada agenda barat yang ingin memecah belahkan umat Islam,mereka memecahkan atau mewujudkan pecahan-pecahan negara seperti Mesir,Syiria,Jordan,Lubnan dan sebagainya sebagai langkah mewujudkan sikap asobiah dalam kalangan umat Islam.Hasil daripada ini,negara masing-masing mementingkan periuk nasi mereka sendiri.Contoh yang kita dapat lihat ialah bagaimana Mesir tidak membuka pintu laluan yang menghubungkan antara Mesir dengan Palestin bagi membolehkan penyaluran bahan makanan.Betapa mereka sanggup bersekongkol dengan agenda pihak barat demi menjaga periuk nasi mereka sendiri.

Sahabat-sahabat,betapa pentingnya kita sebagai syabab dan fatayat Islam ataupun pemuda dan pemudi Islam sedar akan peri pentingnya kita untuk mengembalikan khilafah Islamiah ini demi kesejahteraan umat Islam dan demi memastikan hukum Allah itu dapat dilaksanakan.Kita harus bangkit dan mengubah cara fikiran kita kearah Islam.Berani dalam mempertahankan dan berubah,jangan asyik berfikir mengenai hiburan dan cinta hingga lupa matlamat utama kita sebagai remaja Islam iaitu menegakkan Islam di muka bumi Allah ini.Masyarakat kini perlu diislahkan(dibaiki),tanggungjawab untuk mengislah masyarakat harus dipegang oleh remaja Islam.

Rabu, 21 Julai 2010

bangkitlah wahai syabab dan fatayat Islam.

Hari untuk pulang ke Malaysia semakin hampir,hampir saya tidak sedar bahawa saya akan pulang ke Malaysia untuk bertemu keluarga.Kesibukan waktu menyebabkan saya tidak sedar akan hari itu.Alhamdulillah,Allah masih memberi saya tugasan untuk Islam.Saya pernah berdoa sewaktu saya di tahun satu supaya saya menjadi insan yg sibuk,alhamdulillah Allah telah beri.Tetapi sesibuk saya hanyalah sedikit berbanding dengan sibuknya pejuang agama Allah yang lain seperti Rasulullullah,para sahabat,aktivitis Islam yang lain.Bahkan sahabat-sahabat seperjuangan saya yang lain juga bahkan lebih sibuk.

Alhamdulillah,sahabat-sahabat sibukkanlah diri kita dengan Allah dan juga Islam sebelum perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat menyibukkan diri kita hinggalah kita menjadi hambaNYa yang rugi.Mudahan kita semua tidak tergolong dalam kalangan insan yang begitu.Semoga kita menjadi insan yang sentiasa melakukan sesuatu perkara kerana Allah.Apabila dia bergurau,makan,menziarahi sahabat dan lain-lain lagi semuanya adalah kerana Allah.Cuba sahabat-sahabat fikir antara kehidupan yang meletakkan Allah sebagai matlamat utamanya dan berusaha mengamalkan Islam secara syumul jauh berbeza dengan kehidupan seorang muslim yang hanya mengamalkan Islam secara biasa.Kita penat kerana kita bekerja untuk Islam,fikiran kita hanyalah untuk Islam,bagaimana caranya menyelesaikan masalah umat yang kini jauh terpesong dari Al-Quran.Berbanding dengan kehidupan seorang muslim yang biasa,penatnya mungkin kerana letih bekerja,bershopping dan sebagainya.Cuba fikirkan bersama.

Saya amat kagum dengan kehebatan tokoh dakwah alaf ini iaitu Imam Hassan Al Banna yang hidupnya diwakafkan untuk sebuah perjuangan di jalan Allah.Beliau hanya tidur di dalam keretapi.Cuba bayangkan,hanya mereka yang berada dalam jalan juang ini yang bisa memahami pengorbanan ini.Hidupnya adalah semata-mata kerana Allah.Islam kini hanya tinggal pada nama,sesiapa yang ingin menegakkan Islam dianggap pengganas dan musuh negara yang wajib diperangi.Pihak pemerintah kononnya melaungkan merekalah pembela agama,tetapi merekalah sebenarnya pembelot agama.Bertindak mengikut hawa nafsu sendiri.Isu judi,masalah hiburan yang berleluasa,zina dan sebagainya berleluasa.Rakyat kini menjadikan hiburan sebagai matlamat utama mereka.

Sahabat-sahabat,kita perlu sedar bahawa jangalah kita masih menjadi insan yang hanya mengikut telunjuk pemerintah yang jauh dari Islam,kita harus berubah demi Islam.Sedarlah masalah yang menimpa pemerintah kini sama sahaja seperti keadaan pada zaman Solahuddin Al Ayubi yang di mana pemerintah yang rakuskan dunia sanggup meminta pertolongan tentera salib untuk menghancurkan negara dan Islam.Sejarah sering diulang,sebab itulah Al Quran sesuai sehingga ke akhir zaman kerana perangai manusia itu sama sahaja mengikut zaman cuma orangnya yang berbeza.bersambung.....

Rabu, 9 Jun 2010

bingkisan..

Benarlah kata-kata seindah hiasan di dunia adalah wanita yang solehah...benarlah sahabat-sahabat.Kadang-kadang saya apabila rasa lemah semangat pantas jari -jemari saya mencari laman you tube dan membuka mengenai woman in Islam.Terdapat berbagai-bagai video mengenai wanita Islam di seluruh dunia.Bagi saya melihat mereka hati dan perasaan saya kembali bersemangat...kadang-kadang kita lihat wanita itu hanya mempunyai wajah atau paras rupa yang sederhana tetapi melalui cara pemakaiannya yang seiring dengan syariat dan akhlak mahmudahnya serta ketegasan dan istiqamah mereka dalam berjuang membuat kita berasa semangat.

Seorang wanita yang solehah itu mampu membuatkan sesiapa yang memandang tertarik kepada Islam tanpa dia perlu bertutur mengajak kepada kebenaran,kerana akhlaklah yang membuat seseorang akan terpikat dengan Islam.Muslimah hari ini marilah kita sama-sama kembali untuk mengamalkan Islam sehingga orang lain terutamanya orang bukan Islam dapat melihat Islam pada diri kita.Jangan kita biarkan setiap tindakan,pakaian,pertuturan dan sebagainya menjadi fitnah kepada Islam sedangkan Islam tidak pernah sesekali menuju kearah keburukan.

Sedih rasanya melihat muslimah hari ini melupai batas-batas Islam sedangkan Allah telah memuliakan kita dengan nikmat Iman dan Islam sedangkan masih ramai lagi insan di luar sana yang masih menjumpai Islam,beruntunglah kita sahabat-sahabat.Kita mengaku kita ini Islam tetapi segala perbuatan kita tidak langsung menggambarkan Islam.Maaf sekiranya saya mengatakan ini,ramai antara muslimah hari ini yang tidak segan silu berpelukan,bergambar,keluar bersama-sama dengan teman lelaki sedangkan belum tentu lelaki tersebut menjadi suami kita...ingatlah sahabat-sahabat kebahagiaan itu adalah milik Allah,bagaimana kita akan mengecapi kebahagiaan sekiranya permulaanya dimulakan dengan perkara yang maksiat dan jauh dari Islam.

Mungkin sesetengah daripada kita akan mengatakan,ada je org yg kahwin,bahagia je mereka walaupun bercouple dulu....sahabat-sahabat,kebahagiaan itu maknanya amat luas...mungkin kita bahagia dengan suami atau isteri kita.Tetapi bagaimana pula dengan anak-anak?mungkin anak-anak menjadi anak yg jauh dari Islam...ingatlah bapa Imam Syafie pernah ditanya bagaimana mendidik Imam Syafie hingga menjadi ulamak yang hebat...maka beliau berkata dia mendidik Imam Syafie sebelum Imam Syafie dilahirkan lagi iaitu semasa hendak memilih ibu kepada Imam Syafie lagi.

Kadang-kadang kita lupa mengenai kesengsaraan saudara-saudara kita di Palestin,chechnya yang sehingga kini masih dalam peperangan...kita tidak tahu kerana media-media barat menutup kes-kes ini.Jika kita melihat gambar-gambar mangsa-mangsa kekejaman golongan kuffar ini barulah timbul rasa keinsafan didalam diri,sampai bila umat Islam harus ditindas...sedangkan kita di Malaysia boleh lagi menonton wayang,berdating,bersuka-ria didalam program-program hiburan dan sebagainya..kita mengakui kita orang terpelajaran tetapi sebenarnya kita masih tidur dan ditipu oleh barat dan yahudi yang sememangnya mahukan umat Islam lemah dan tidak mempedulikan saudara seislam yang ditindas.

Saya teringat kata-kata doktor yang mengajar saya didalam bab Metabolism di dalam pelajaran phisiology.Beliau berkata,orang yahudi menyangka umat Islam sedang tidur.Memang benar majoriti umat Islam sedang tidur tetapi mereka lupa bahawa bukan semua umat Islam itu sedang tidur...kemenangan pasti akan berpihak pada Islam..study for the sake of Allah and muslims all over the world.Kata-kata doktor saya itu membuatkan saya bersemangat,tetapi ada masanya semangat itu jatuh kembali...inilah manusia yang sering lupa dan lemah..walau apa pun umat Islam perlu bersatu.Bersatu untuk mengamalkan Islam secara syumul...bersatu untuk membangunkan Islam di Malaysia sehinggalah bersatu hingga dapat mewujudkan khilafah islamiyah insyaallah amin.

Buat sahabat-sahabat,hargailah setiap detik dan waktu yang kita...mudahan-mudahan kita mejadi cermin buat Islam,apabila orang melihat kita ,mereka melihat Islam.Musim peperiksaan kian menghampiri hujungnya,menandakan kepulangan saya ke Malaysia semakin hampir....berbagai-bagai perasaan timbul...gembira untuk bertemu dengan ayah bonda,adik beradik serta keluarga setelah hampir 2 tahun tidak pulang,tetapi takut untuk berhadapan dengan suasana Malaysia hari ini..moga dipermudahkan dan dipelihara oleh Allah..zagazig telah sebati dengan saya....bertemankan kerbau,lembu dan kambing biri-biri yang setiap petang saya akan melihat mereka pulang ke rumah memandangkan rumah saya berhadapan dengan sawah gandum dan tanaman masyarakat kampung di zagazig.Perhatikanlah segala ciptaan Allah kerana dengan melihatnya kita sebenarnya dapat mendekatkan diri pada Allah.


Kini di Mesir adalah musim anggur,hampir setiap hari saya membeli anggur dengan mak cik menjual sayur...alhamdulillah,kalau di Malaysia mahal anggur ni,anggur tidak dapat dirasai oleh masyarakat yang miskin tetapi di sini dapat dinikmati oleh semua golongan tidak kira miskin ataupun kaya,inilah nikmat Allah yang diberi kpd rakyat Mesir..Bumi yang penuh memberi pelajaran dan kenangan yang manis buat saya...alhamdulillah,dari lahir sampai belajar di universiti semuanya di kawasan kampung...mungkin ini ketentuan Allah yang terbaik untuk saya..segala debu-debu,asap,bunyi bising akan saya rindui sepanjang kepergiaan saya ke Malaysia...yang paling dirindui adalah I'sh Biladi...sungguh sedap dimakan dengan batotis(Kentang)...

alhamdulillah...salam perubahan dan kesatuan...




Jumaat, 23 April 2010

Permulaan hidup baruku di Salam Sadnawi


Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dalam nikmat Islam dan Iman.Alhamdulillah malam semalam telah selesai kenduri kesyukuran sempena masuk rumah baru.Ahli bait yang tercinta kerana Allah,Haizum selaku ahli bait yang paling baru,ahlan wasahlan le bait Munawwarah akak ucapkan.Moga kedatangan Haizum makin menambah seri rumah ni insyaallah dan sama-sama kita mengislah diri kita kearah kebaikan.Buat ahli bait yang lama Yana,Anati dan Izzah,ukhibukki lillah Aidhan.Semoga kita dapat sama-sama mewujudkan biah solehah di rumah kita,insyaallah amin.

Alhamdulillah kedatangan sahabat-sahabat tahun 2,tahun 4 dan tahun 1 serta kakak ku yang tercinta ummu wirdani(kak pae) dan juga ummu Aisyah(kak jun) insyaallah menambah seri rumah kami.Syukran kerana sudi memeriahkan majlis,moga ukhwah yang terjalin sentiasa diredhai dan di pelihara oleh Allah.Indahnya ukhwah kerana Allah,bertemu dan berpisah kerana-NYA.Pada hari pertama hidangan yang disediakan ialah dadih pelbagai rasa,ada rasa strawberi,jagung,coklat,laici dan juga anggur serta mee bandung,samosa dan buah tembikai.Hari kedua pula laksa,cek mek molek dan tembikai.Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.Majlis dimulakan dengan solat maghrib secara berjamaah,kemudian solat hajat seterusnya disambung dengan bacaan Al Baqarah dan yasin.

Syukran pada sahabat-sahabat,kami seluruh ahli bait dan juga ahli imarah yang lain sangat gembira dengan kedatangan sahabat-sahabat sekalian,semoga Allah memberi pertolongan dalam setiap perkara yang kalian kerjakan.Detil-detik peperiksaan kian hampir,tapi sudah bersediakah saya,dengan banyak buku yang masih belum saya sudahi,dengan silibus yang semakin susah sedikit berbanding dengan tahun 1,tapi sahaba-sahabat,insyaallah kita doa sama-sama moga usaha kita Allah akan bantu dan akhirnya membuahkan kejayaan yang diredhai Allah.Tidak guna sekiranya kita beroleh mumtaz tapi kita dimurkai Allah.

Sahabat-sahabat,renungi dan muhasabah diri.Saya tertarik dengan kata-kata Kak izan selaku Timb.pengerusi 2 Perubatan Cawangan Zagazig,Beliau berkata sewaktu sesi tazkirah pada solat Hifzi yang lepas."Kita mungkin dah bersedia dalam persediaan kita untuk menghadapi peperiksaan,tetapi kita lihat bagaimana hubungan kita dengan Allah untuk menghadapi peperiksaan".Sahabat-sahabat,cuba kita muhasabah bersama kita mungkin sudah bersedia untuk menghadapi imtihan tetapi kita yakin kah bahawa kita mampu memperolehi mumtaz?Tidak sahabat-sahabat,jika Allah tidak mengizinkan untuk kita beroleh mumtaz kita tidak akan dapat walaupun kita belajar 24 jam sekalipun kita tidak akan mampu perolehi.Semua itu dengan keizinan Allah.

Setiap kejayaan yang kita perolehi hendaklah kita sandarkan kepada Allah kerana Dialah yang berkuasa atas setiap perkara.Kejayaan yang kita perolehi hendaklah kita gunakan untuk membantu Islam,bekerja untuk Islam.Islam memerlukan kecemerlangan kita untuk membantu Islam,untuk membuktikan Islam bukanlah penghalang kepada kejayaan umatnya.Bahkan dengan Islam kita mampu lebih cemerlang.Apa yang saya lihat,ibu bapa hari ini bangga anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran tetapi lupa bahawa anak-anaknya tidak menutup aurat,bercouple,tidak solat ,tidak tahu membaca Al Quran dan sebagainya.Bagaikan kejayaan anak-anak adalah utama berbanding tuntutan agama.Sahabat-sahabat,apa salahnya kita cemerlang dalam agama dan juga akademik kita.Kerana kita adalah generasi harapan Islam.

Masyarakat Islam hari ini memerlukan golongan yang dapat membimbing mereka kearah Islam.Sedih rasanya melihat Islam hari ini,budaya tidak menutup aurat tidak lagi jadi kebanggaan,budaya berdating berpegangan tangan,bahkan berkucupan di khalayak ramai menjadi perbuatan yang bukan perlu dimalukan.Sahabat-sahabat,kita berdoa bersama-sama semoga Allah menetapkan keimanan kita kerana kita tidak tahu adakah kita masih dapat menikmati nikmat iman ini pada masa akan datang kerana Allah yang memegang hati kita.Usah bangga dengan iman yang ada,bahkan kita mesti merasakan iman yang kita ada sedikit sekali berbanding dengan iman para sahabat.

Buat sahabat dan adik-adik muslimah yang disayangi.Jaga dan tutuplah aurat seperti mana yang digariskan oleh Islam.Apa yang saya lihat,bila ditanya tentang batasan aurat semua orang boleh jawab iaitu menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan dan tidak boleh memakai pakaian yang ketat dan jarang.Tapi kita masih lagi melakukan perkara tersebut.Islam menggariskan arahan menutup aurat bukan untuk mengongkong wanita tetapi untuk memelihara kesucian dan ketinggian maruah seorang wanita.Cuba kita bayangkan apabila seorang wanita yang tidak menutup aurat tidak mempunyai keistimewaan untuk bakal suaminya kerana apa yang sepatutnya diperlihatkan untuk suami sudah dilihat oleh lelaki yang lain.Seharusnya kita menjaga keindahan dan kecantikan diri kita untuk lelaki yang halal bukan untuk ditayangkan kepada lelaki yang lain.Menutup aurat bahkan akan meninggikan darjat seorang wanita.Wanita yang solehah ibarat mutiara yang tersimpan di dalam tiram yang tersimpan jauh didasar lautan,hanya penyelam yang handal sahaja mampu memilikinya.Begitulah juga seorang wanita yang solehah,auratnya dipelihara,amalannya sentiasa ingin ditingkatkan,dirinya sentiasa dihiasi dengan akhlak yang mahmudah.Bukan senang untuk menjadi wanita solehah dan bukan juga susah untuk menjadi wanita solehah,ianya memerlukan mujahadah dan istiqamah dalam diri.

Buat akhirnya,sama-samalah kita sentiasa mengingati diri kerana manusia sentiasa memelukan seseorang untuk memberi peringatan kerana menjadi fitrah pada seorang manusia sentiasa lupa.Buat ibu bapa dan adik-adik saya di Malaysia,doakan kakak di sini moga dipermudahkan dalam imtihan,moga kita berjumpa insyaallah awal bulan 8 ni amin.Rinduku pada kalian hanya Allah sahaja yang tahu.Buat sahabat-sahabat seperjuangan di zagzig,moga kalian thabat dalam perjuangan menegakkan Islam,moga Allah membantu kita,apabila menghadapi masalah hadapilah dengan tenang kerana setiap masalah dan musibah yang diberi oleh Allah adalah tanda Allah sayang kepada kita.Ikhlaskan niat dalam bekerja utk Islam,sekiranya kita penat ingatlah berehat hanyalah di syurga....buat sahabat-sahabat ukhibbukum lillah.....strive for mumtaz with mardhatillah amin,insyaallah.Salam sayang dan rindu buat keluarga di Malaysia.....

Isnin, 15 Mac 2010

coretan

Alhamdulillah kita masih diberi waktu utk meneruskan hidup ini,disaat di mana di mana-mana tempat di seluruh dunia telah ada insan yang telah menemui Illahi.Alhamdulillah sahabat-sahabat kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk memperbaiki amalan kita dan menginsafi segala dosa-dosa yang kita lakukan.Alhamdulillah setelah lama tidak menulis,kini alhamdulillah saya dapat meluangkan sedikit waktu untuk menulis.Tarikh peperiksaan untuk peperiksaan akhir tahun telah keluar,insyaallah akhir pada 29 jun 2010.Saya berasa seolah-olah tidak percaya saya bakal mengakhiri tahun 2 dan mudah mudahan dapat meneruskan perjuangan saya di sini ketahun yang berikutnya,insyaallah.Sahabat-sahabat,pernah tak kita terfikir,apa yang telah lakukan sepanjang 20,21,22 tahun kita hidup di bumi Allah ini.

Apakah sumbangan kita kepada Islam?sejarah telah membuktikan sahabat-sahabat Rasulullah terdahulu atau golongan tabi'n dan ulamak yang terdahulu telah berkorban dan memberi sumbangan terhadap Islam pada umur yang sangat muda.Kita bagaimana sahabat-sahabat?sahabat-sahabat,semoga kita menjadi golongan yang sentiasa mendukung Islam.Kita ibaratkan pendukung Islam ini seperti pemain bola sepak yang seramai 12 orang,pemain bola sepak inilah berasa penat,letih,sakit,dan sebagainya,sedangkan penyokong bola sepak begitulah ramai,tetapi berapa ramai yang mampu untuk menjadi pemain bola sepak.

Begitulah dengan pendukung Islam,tidak ramai yang mampu untuk menjadi pendukung Islam.Saya telah mendengar satu pengajian yang mana ustaz tersebut pernah berkata iaitu bukanlah pendukung Islam itu jika tidak pernah berasa penat dan letih,keduanya jika tidak pernah berhabis duit untuk Islam.Subhanallah sahabat-sahabat,bukan mudah untuk menjadi pendukung Islam tetapi mudah untuk penyokong Islam.Tetapi inilah tanggungjawab yang perlu kita pikul,jika bukan kita sapa lagi?kita adalah umat yang telah dimuliakan oleh Allah untuk memegang tanggungjawab dakwah,jika umat terdahulu tidak tanggungjawab hanya terletak pada Nabi.

Khamis, 4 Februari 2010

Belajarlah sesuatu


Alhamdulillah dengan nikmat dan kurnianya dapat saya menulis kembali setelah sekian lama tidak menulis diatas kekangan exam dan sebagainya.Buat sahabat2 dan adik2,bagi pelajar2 perubatan dan Al azhar di Mesir,cuti winter telah bermula.Pelbagai rancangan telah di buat sempena musim cuti ini,ada yang mahu berjaulah ke sinai,Iskandariah,jaulah makam,menghadiri kelas2 pengajian agama dan sebagainya.Perlu diingatkan cuti cuti juga tapi pelajaran jangan kita lupakan.Buat sahabat dan adik2 pelajaran jangan kita lupakan,teruskan mengulang kaji pelajaran.Kita adalah pelajar perubatan,setiap apa yang kita pelajari adalah impaknya kepada pesakit kita.Jika kita sambil lewa dan main-main ketika belajar,adakah kita mampu untuk memberi diagnose dan rawatan yang tepat.



Teringat saya satu drama bertemakan "Surgeon Bong",kisah yang sangat memberi inspirasi kepada saya sebagai pelajar perubatan.Kisah yang sangat memberi inspirasi kepada pelajar perubatan ataupun yang sudah bergelar doktor untuk kita sentiasa bersungguh-sungguh dalam pelajarann dan memberi perkhidmatan rawatan yang terbaik buat pesakit kita.

.
Kisah yang menceritakan seorang doktor tahun 1 di sebuah hopspital,kalau di Malaysia,kiranya masa dalam tempoh (HO,Housemanship).Pengajaran yang sangat memberi kesan kepada saya ialah,setiap apa yang kita pelajari akan digunakan ketika kita bekerja.Bagaimana kita hendak mengaplikasikan apa yang kita pelajari untuk memberi rawatan kepada pesakit kita.Sebagai contoh apakah tanda-tanda pesakit yang menghidapi cardiac tamponade,pneumothorax,cardiac arrest dan sebagainya,dan bagaimana cara untuk merawatnya.Semua itu hanya akan dapat kita selasaikan dengan ilmu yang mantap.Keduanya,bidang kedoktoran adalah satu bidang yang memerlukan kita sentiasa berkorban,berkorban waktu makan,tidur,rehat dan sebagainya,ada kala kita tidak tidur dalam tempoh waktu 40 jam.Bayangkan jika kita tidak mempunyai minat dan kesungguhan yang mendalam,bagaimana kita hendak mengatasi semua ini.Perlu persiapkan mental dan jasmani,perlu bersedia untuk sentiasa dimarahi,diherdik,di hina dan melihat pesakit meninggal dunia di hadapan kita.


Sahabat-sahabat,belajarlah kerana Allah,adakah kita belajar kerana Allah itu sekadar kita mengucapkan "Sahaja akau belajar kerana Allah",bukan itu semata-mata sahabat2 dan adik2.Bahkan belajar kerana Allah mempunyai pengertian yang luas.Adakah semasa belajar kita sanggup untuk menghadapi segala kesusahan ketika belajar,menginfakkan diri kita kepada perjuangan Islam,meninggalkan segala maksiat dan sentiasa berusaha untuk menjadi hamba yang taat pada perintah Allah.Ingatlah jika kita belajar kerana Allah,pastinya kita akan mendapati diri kita ini sentiasa suka dan cinta kearah kebaikan.Bukannya kita berkata,"Aku belajar kerana Allah",tapi kita masih lagi melakukan maksiat,apabila diajak ke majlis ilmu atau menghadiri usrah kita tidak mahu dengan alasan kita mahu fokus dengan pelajaran.Ingatlah sahabat2 dan adik2 sesaat kita meluangkan masa demi agama Allah,pastinya Allah akan memberi beberapa banyak saat yang berharga.Jangan kita lupakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah,anak dan seorang Dae.


Pelajaran dan perjuangan perlu sama beriringan,tidak boleh satu yang kurang dan lebih.Belajarlah bersungguh-sungguh tanpa mengira erti penat dan jemu walau apa pun dugaan yang menimpa demi untuk kebaikan pesakit kita,jangan kita menyebabkan kematian pesakit kita semata-mata ilmu yang kurang pada kita,dan berjuanglah bersungguh-sungguh demi melihat tertegaknya Islam di bumi Allah.Kita adalah wasilah kebahagiaan dan kesihatan pesakita kita,tetapi penentunya Allah.Apakah kita tidak berasa bahagia dan gembira melihat pesakit kita yang dulunya tidak dapat melakukan ibadah dengan sempurna atasa masalah kesihatan kini dapat melakukannya dengan sempurna,adakah kita tidak berasa tersentuh melihat lahirnya bayi yang mungkin bakal menjadi generasi pejuang agama Allah dan generasi yang mungkin melihat tertegaknya Islam.Ada satu sahaja golongan yang mempunyai anak sebelum berkahwin yang dibenarkan.....???apa ye?itulah doktor.walaupun belum lagi berkahwin tapi sudah mempunyai ramai anak,kita menyambut kelahiran yang menjadi kebanggaan setiap ibu dan ayah.Insan yang pastinya bahagia dengan ketibaan baru umat Nabi Muhammad selain ibu dan ayah ialah pastinya kita....


Belajarlah untuk mentarbiyah pesakit kita,kita bukan sahaja merawat jasmani tetapi rohani.Satu perbezaan kita sebagai seorang doktor yang muslim ialah sentiasa ingin merawat rohani pesakit.Sayang sekali jika kita hanya mampu merawat jasmani sahaja,tetapi tidak dari segi rohani.Apakah kita tidak berasa kasihan melihat pesakit kita,ingatlah jika kita sama2 mencintai dan menyayangi sesama Islam tidak cukup dengan hanya mengucapkan rasa kasih sayang tetapi sama2 kita mahu mendapat keredhaan Allah dan ingin sama2 merasai nikmat manisnya syurga dan pahitnya menerima azab api neraka.


Buat akhirnya,tanamkan niat dan azam yang kukuh,sentiasa perbaiki diri.Sama -sama kita belajar bersungguh-sungguh kerana Allah.Ingatlah menuntut ilmu adalah satu jihad di jalan Allah.Apabila kita telah berpeluang untuk menuntut ilmu,maka pergunakan dengan sebaiknya.Jika kita meletakkan Allah sebagai matlamat teragung kita,pastinya Allah pasti ada dalam setiap langkah yang kita jalani tidak kira di waktu susah ataupun senang pastinya Allah itu ada..


I don't want to be an ordinary doctor,but I want to be an extraordinary doctor,so I have to study well,so let's us study hard and smart.Patient is always our teacher.Every single thing that we have learned will be asked in our future practice.Don't despair and never lose hope cause Allah is always by our side.For my colleague,let's us start now.ok,aja-aja fighting....study lillahi Taala.Selamat bercuti winter....penuhi masa dengan perkara yang berfaedah,ok.