Rabu, 18 Ogos 2010

Pengalaman..


Alhamdulillah,Ramadhan kali ini disambut di Malaysia,tapi apabila mengenangkan suasana ramadhan di Mesir,perasaan sedih tiba-tiba datang.Bukan sengaja diundang tapi ia datang sendiri,tak tahu kenapa.Mungkin memori yang indah di bulan ramadhan di sana begitu terkesan di hati.Apabila mata ini melihat blog-blog dpmz,perubatan dan Pmram mengenai pelbagai program dengan daurah kitab dan macam lagi,perasaan cemburu tu tiba-tiba menguasai diri.Tatkala mengenangkan Mesir,hati tiba-tiba hiba.Ramadhan di sana begitu mengusik jiwa.

Walaubagaimanapun,ramadhan di sini dirasakan begitu bahagia bersama keluarga.Kemeriahan dan celoteh adik-adik menyambut ramadhan begitu mengubat hati.Tahun ini,adikku yang bongsu mulai puasa,tahun lepas pun dia cuba puasa.Dengan tubuhnya yang begitu kurus dia cuba untuk puasa.Bermula dengan hari pertama dan kedua dia meminta untuk berbuka puasa kerana memang diakui cuaca amat panas.Mak dan saya cuba memujuknya agar tidak berbuka puasa,tapi puas sampai menangis-nangis,mak pun berasa kasihan."Dah la tu kak,mak tengok kesian adik tu,dah la kurus".Saya pula saja je nak phyco adik saya "sikit la,dah nak buka ni,minum la..Allah nampak".Tapi alhamdulillah,puasa ketiga dan seterusnya dia berjaya puasa hingga keakhirnya.

Macam-macam gelagat adik-adikku ini,"Bibik ambik beg".,"Bibik ambikkan baju".Adik saya Adam dan Azhani suka benar mengusik kakaknya tu...saya pulak,"amboi,panggil kakak bibik ye,ni nak kena ni..sampai hati panggil kakak bibik".Depa pun bergelak sakan la.Sepanjang Ramadhan ni depa meminta mahu dihantar ke sekolah dan diambil,sedangkan kebiasaanya berjalan kaki,kalau tak diambil..mula la tsunami kat rumah tu..katanya tak larat.Tapi tak apa la,asalkan depa nak pergi sekolah.

"Adam dah solat belum?"tanya saya.Jawabnya "Belum,kite nak solat dengan kakak,kakak jadi imam." Saya pun menjawab,"ialah..ok jom solat dengan kakak."dalam hati saya mana boleh perempuan jadi imam,tapi tak pe la..dia ikut saya solat..saya teringat kata-kata Imam Muda Asyraf dalam ceritanya mengenai Saidina Umar yang masih menunaikan solat selepas dirinya pengsan setelah perutnya dirobek oleh seorang yahudi dalam cubaan membunuhnya..di sini nak menunjukkan betapa pentingnya solat dalam kehidupan seorang muslim.Didiklah anak-anak dan ajarilah mereka mengenai solat.Didikan ini mestilah semenjak kecil lagi,sekiranya sudah besar baru nak ajar,maka susah jadinya.

Begitu juga dalam menutup aurat.Seringkali kita dengar ucapan ibu bapa"Biarlah dia tak pakai tudung,nak pakai baju yang seksi sikit,tak pe..dia kan kecik lagi."Meluntur buluh biarlah dari rebungnya.Jika mereka sudah dibiasakan dengan menutup aurat sejak kecil lagi apabila dewasa mereka sudah terbiasa dengan perkara tersebut.Teringat saya sewaktu kami hendak pulang ke kampung sehari setelah saya baru pulang ke Malaysia.Adik saya yang melihat saya memakai stokin,sambil saya berkata nanti ani dah besar kena pakai stokin..sebab kaki tu aurat.Terus adik saya memanggil ibu saya."Mak,ani nak pakai stokin..kaki kan aurat."Sewaktu di Cameron Hingland,mula la dia mahu membeli stokin strawberi.."kakak,ani nak stokin."katanya."Kakak tak ada duit Malaysia la,duit mesir ada la.cuba minta dengan mak."Terus dia meminta dibelikan stokin,apabila sudah dibelikan..terus dia pakai.."Kaki kan aurat."..alhamdulillah,pandainya adik kakak,mudahan ani pakai stokin ye bila dah besar nanti dan jadi anak yang solehah.

"Bapak,kakak nak keychain tu."ucap saya sewaku berada di pasar malam di Cameron Hingland."Bila kakak nak depa semua pun nak."ucap ibu saya."Kakak,tuliskan untuk ani."kata adik perempuan saya."Ani nak tulis macam mana?".tanya saya."Ala,kakak tulis je ape-ape."
Di dalam kereta perkataan yang saya tulis diulang-ulang dan siap main hafal-hafal dengan Adam."Ani tahu ke apa yang kakak tulis tu."tanya saya."Cuba baca,kakak nak dengar."pinta saya."Semoga jadi anak yang solehah dan cemerlang."

Gelagat mereka membuat hati saya gembira.Ibu saya berkata"Kak,nanti kat sana,mesti kakak teringatkan gelagat depa ni."Mana tak nya,dengan bergaduhnya semasa berbuka,bergurau-gurau dan macam-macam lagi gelagat budak-budak ni..Masyaallah.Kini,kerinduan kami terubat,setiap hari adik-adik saya akan tidur bersama-sama.Macam-macam gelagat dengan kaki keatas dan macam-macam.

"Adam,nanti nak jadi apa?"tanya ku."Kita nak buka kedai haiwan."jawabnya.Memang Adam ni suka sangat dengan haiwan dan dia la paling rajin antara adik-adik saya,suka membantu memasak,menyiang ikan dan paling istimewa kelebihan dia dapat menjinakkan haiwan."Kakak,dulu ayam mutiara ni takut dengan kite,sekarang dia dah jinak dengan kite,kite dah jinakkan dia dah."jawabnya.Memang pun,ucapannya sewaktu kali pertama saya berjumpa dengannya di lapangan terbang sewaktu saya beru sampai."Kakak,kite bela ayam mutiara."ucapnya dengan bersungguh-sungguh.Hobinya yang suka membela ikan-ikan dan menanam sayur sehinggakan dia la teman ibu saya dalam berkebun ni.

Alhamdulillah,saya masih dikurniakan Allah dengan keluarga.Di saat,insan lain bermuram durja kerana kehilangan keluarga,alhamdulillah kita yang masih dikurniakan keluarga seharusnya mengucapkan syukur dan bersungguh-sungguh dalam mentaati perintah Allah sebagai balasan kita kepada Allah atas anugerah yang tidak terhingga ini.Mudah-mudahan,kita berdoa sama-sama agar kita ditetapkan dalam iman dan terus thabat dalam jalan juangNya,tetap dalam mengerjakan ibadah dan terus tetap dalam membaca Al-Quran dan mengamalkannya.Kerana dari Muaz al -Juhani telah berkata,telah bersabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang membaca Al-Quran dan diamalkan apa yang terkandung di dalamnya,ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari,jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini.Sahabat-sahabat,jadi bayangkanlah pula jika kita mengamalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran.Masyaallah,mesti lagi hebat ganjaran yang diberi oleh Allah kepada sesiapa yang mengamalkan Quran itu.

Buat diri dan sahabat-sahabat,kita sering kali lalai dan saban kali berasa tidak semangat,maka carilah semangat itu kembali dengan mencari atau melakukan apa sahaja agar kita tidak lalai dan tidak bersemangat.Akhir kata,sama-sama kita perbaiki diri dan berusaha menjadi muslim yang terbaik.Buat muslimat,berusahalah untuk menjadi muslimah yang solehah.amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan