Ahad, 22 Ogos 2010

apakah nilaiku disisimu?


"Astagfirullahil azim,Ya Allah..hari-hari ada kes buang bayi,depa ni tak hormat lansung bulan Ramadhan,tak ada perasaan langsung betul."bebel saya sewaktu membaca berita di internet.Pernah saya menonton satu video ni Youtube berkenaan dengan pembuangan bayi.Kisah ini berlaku tatkala dua orang penduduk kampung terdengar suara bayi menangis di sungai.Mereka mencari arah suara itu,rupa-rupanya suara itu datang dari arah plastik yang sedang dihayutkan oleh air.Dengan pantas mereka menarik plastik itu ke tebing sungai.Plastik yang berwarna hitam dan diikat dengan batu bata rupa-rupanya di dalamnya terdapat seorang bayi perempuan yang sangat comel.Habis plastik itu dipenuhi oleh Air.Alhamdulillah,umur bayi tersebut masih panjang.Bayi tersebut masih hidup.Dengan tangkasnya lelaki tersebut segera memberi bantuan kepada bayi tersebut.Kisah ini bukan berlaku di Malaysia tetapi berlaku di negara lain.


Tetapi kisah yang sama juga pernah terjadi kepada bayi-bayi yang dibuang di Malaysia.

Kalau dahulu masyarakat arab jahiliah menanam anak perempuan mereka hidup-hidup,kini zaman jahiliah moden menyaksikan pembuangan bayi di merata-rata tempat tidak kira di mana-mana.Mereka dibuang bagaikan sampah yang tidak punyai harga dan nilai,dibuang di tong sampah,longkang,paya bakau,tempat pelupusan sampah sehinggakan jentolak menyebabkan tubuh bayi tersebut putus,di perhentian bas dan di mana-mana sahaja.Adakah mereka tidak mempunyai perasaan sehinggakan sanggup membuang bayi yang tidak berdosa hasil daripada hubungan mereka yang keji.


Terkesan dengan masalah pembuangan bayi yang semakin meruncing,pelbagai pihak tampil memberi pendapat untuk menyelesaikan masalah yang semakin hari semakin hebat.Ada cadangan untuk membuat sekolah untuk ibu-ibu yang hamil(hamil daripada zina),melakukan ujian DNA bagi setiap bayi yang lahir dan sebagainya.Saya terfikir pelbagai cadangan danbuah fikiran diutarakan untuk menyelesaikan masalah ini,tapi sebenarnya cara untuk menghalang dan membendung masalah ini sudah wujud sejak dulu lagi.Allah telah menggariskan kepada kita di dalam Al-Quran yang mana Allah mewajibkan setiap wanita untuk menutup auratnya dengan melabuhkan kain tudung hingga ke dada dan menutup aurat diseluruh badan kecuali muka dan tapak tangan,menundukkan pandangan,menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan dan sebagainya.


Di dalam Al-Quran,Allah tidak mengatakan "Janganlah kamu melakukan zina."Tetapi Allah mengatakan "Jangan kamu menghampiri zina."Dua ayat tersebut adalah berbeza maknanya.Apabila Allah mengatakan jangan kamu menghampiri zina bermaksud apa-apa perbuatan yang boleh menjuruskan kepada zina itu adalah diharamkan.Contohnya seperti bercouple,berdating,tidak menutup aurat,bergaul dengan bebas dan sebagainya adalah haram."Berapa ramai muda-mudi hari ini yang masih tidak pernah bercouple,saya rasa boleh dikira dengan jari."Ish,kau tak ada pakwe/makwe lagi ke?","Ish pak we kau handsome tak?" dan berbagai-bagai lagi ayat-ayat yang sering dikatakan oleh remaja hari ini.


Bermula dengan budaya bercouple inilah lahirnya penzinaan."Ish,kami bercouple je,bukannya sampai nak buat benda-benda tu,nak study sama-sama tak boleh ke?".Mula-mula memanglah belajar sama-sama,selalu berjumpa dan sebagainya tetapi ingatlah selagi kita tidak diikat dengan ikatan pernikahan syaitan akan cuba menghasut anak adam untuk terjebak ke arah penzinaan.Sahabat-sahabat,kita harus mempunyai matlamat yang jelas.Apakah tujuan kita bercouple?adakah untuk suka-suka ataupun apa?.Lelaki dan wanita yang taat akan perintah Allah mempunyai matlamat yang jelas kerana mereka menjaga diri mereka daripada melakukan perkara yang boleh menjebakkan diri mereka ke arah menzinaan.Cinta itu adalah fitrah,sebab itu Allah menyediakan jalannya melalui pernikahan.Seseorang yang mencintai Allah,pasti rasa tidak memerlukan cinta sebelum pernikahan kerana dia tahu bahawa Allah pasti akan menemukan pasangannya yang mencintai dirinya kerana Allah.


Cinta sebelum pernikahan adalah palsu dan mengheret kita kearah kemaksiatan.Kalau sudah bercinta pasti ingin selalu berjumpa,makan dan minum sama-sama,belajar sama-sama,sering menghubungi dan akhirnya sanggup mengorbankan maruah.Apabila sudah terbit benih-benih cinta,maka lahirlah bayi yang tidak berdosa yang akhirnya dibuang begitu sahaja.Lelaki yang dahulu mengatakan I love you,sehidup semati dan apa-apa sahajalah....apabila mengetahui teman wanitanya hamil,akan pergi jauh meninggalkan teman wanitanya itu bersama dengan zuriat haram mereka.Lelaki seperti itu ibarat "habis madu sepah dibuang".Lelaki yang tahu mementingkan diri dan tidak menghormati dan menjaga maruah wanita.Tetapi sayang,yang wanita mengapa termakan pujuk rayu lelaki tersebut.Ingatlah,lelaki yang baik adalah yang tahu menjaga batas-batas pergaulan dan maruah seorang wanita,dia tahu menghormati wanita dan berusaha untuk melindunginya.


Ingatlah,jauhilah apa-apa perbuatan yang menuju kearah penzinaan.Jagalah peribadi sebagai seorang muslim dan muslimah,sama-sama kita hiasi diri dengan akhlak yang mahmudah,insyaallah jika kita menyibukkan diri kita untuk bersama dengan Allah nescaya tiada ruang di hati kita untuk meletakkan cinta yang tidak syar'ie.Ingatlah firman Allah dalam surah at-Takwir ayat(8-9) yang bermaksud "Apabila bayi-bayi perempuan yang dikuburkan hidup-hidup disoal,kerana dosa apakah mereka dibunuh?"


Ayat ini Allah turunkan kepada masyarakat arab jahiliah yang menanam anak perempuan mereka hidup-hidup,tetapi mereka yang membuang bayi di masa zaman jahiliah moden ini pasti tidak akan terlepas daripada disoal oleh Allah.Ketika bayi-bayi itu disoal oleh Allah dihadapan penjenayah jahiliah itu,pastinya mereka akan lebih terseksa.Walaupun soalan itu dikemukakan kepada bayi-bayi yang tidak berdosa itu,namun pada hakikatnya yang bakal memberi jawapan adalah ibu-bapa yang melakukan kekejaman tersebut.


Insyaallah,sahabat-sahabat...jagalah maruah kita dan pergaulan kita.Sama-sama kita berdoa di bulan yang mulia ini agar Allah melindungi kita daripada melakukan penzinaan dan kemaksiatan yang lain.Waallahu A'lam,selamat beramal.

1 ulasan: