Selasa, 24 Ogos 2010

Cinta yang suci

Kerisauanmu kepada ku tanda kasih dan sayangmu terhadapku kerana itulah tanggungjawab seorang ayah sebagai pelindung terhadap anak gadisnya.
Pengorbananmu bertarung nyawa,berjaga malam demi membesarkan ku tiada ternilai,hingga kini dingin waktu malam menyaksikan kau berdoa untuk kebahagiaan anak-anakmu.

Kepulangan saya ke Malaysia ini saya penuhi dengan menambah koleksi buku-buku saya,saya asyik mengajak ayah saya untuk ke Kuala Lumpur dan Shah Alam,kalau nak pergi sendiri ayah saya memang tak benarkan dengan alasan bahaya.Saya faham dengan alasan ayah saya maklumlah Malaysia kini memang terkenal dengan jenayah bermulalah dengan jenayah bunuh,ragut,rogol,buang bayi dan macam-macam lagi la.Bak kata saya macam-macam ada macam rojak buah..





Pernah satu hari saya meminta izin daripada ayah saya untuk bertemu sahabat-sahabat seperjuangan dunia akhirat(insyaallah,amin) sewaktu menuntut di Matrik Gopeng,Perak di Gopeng,Perak ayah saya tidak benarkan kerana untuk ke sana saya terpaksa menaiki bas sendiri dari Tanjung Malim,kalau nak minta ayah hantarkan,ayah saya kerja..jadi terpaksalah dibatalkan sahaja.Kata-kata ayah saya membuatkan saya sedih dan terharu walaupun pada asalnya saya berasa sedikit terkilan"Bapak nak izinkan pun serba salah,bapak risau kakak pergi sorang-sorang,sekarang ni macam-macam berlaku,kakak pergi mesir pun bapak risau sebenarnya tapi bila untuk belajar dengan kawan-kawan,bapak lega la sikit."kata ayah saya.Pada masa tu,air mata saya hampir menitis tapi saya tahan je,malu la nangis...





Sahabat-sahabat,ibu bapa kita sebenarnya terlalu sayang dengan kita.Tapi kita kadang-kadang sebagai anak kadang-kadang sedar,kadang-kadang tak.Pernah saya mendengar kalam dari seorang sahabat,beliau berkata "Apabila kita sudah mempunyai anak,barulah kita tahu betapa sayangnya mereka terhadap kita seperti mana kita sayang terhadap anak kita,kita mahu anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah dan berjaya dunia dan akhirat begitulah juga harapan ibu bapa kita terhadap kita."Kasih seorang ibu dan bapa adalah kasih yang tidak berpenghujung,kasih yang tidak dimint balas hanya cukuplah kita menjadi permata Islam iaitu menjadi anak yang soleh dan solehah.





"Kakak,belajar bersungguh-sungguh,kakak jadi contoh untuk adik-adik,tiap-tiap waktu lepas solat mak solatkan solat hajat untuk kejayaan anak-anak mak dunia dan akhirat."kata ibu saya pada saya.Ya Allah seorang ibu sanggup buat apa sahaja untuk anak-anaknya tetapi anak-anaknya bagaimana pula?kadang-kadang doakan ibu dan ayah kita setiap kali waktu pun kita kadang-kadang terlupa dan culas apatah lagi melakukan solat hajat demi kesejahteraan ibu bapa kita di dunia dan akhirat.Pada satu malam ketika saya masih tidak tidur lagi dan pada waktu itu saya bertemankan adik-adik saya yang kesemuanya sudah tidur.Tiba-tiba,lampu terpadam kerana bekalan elektrik terputus."Maaaaaaaaaak,mak,mak,elekrik tak ada,gelap kakak takut."jerit saya ketakutan.Mungkin ada yang mengatakan dah besar pun takut gelap,ya memang saya sangat fobia dengan gelap ni disebabkan satu peristiwa dan pengalaman yang begitu menghantui saya,sejak itu saya menjadi takut kepada gelap.Walaupun di Mesir sekalipun,apabila terputus bekalan elektrik,sayalah orang pertama yang akan memanggil-manggil ahli bait saya,ish malu betul saya...





Berbalik kepada cerita saya tadi,ibu saya yang mendengar anak gadisnya itu memanggil namanya walaupun pada halikatnya ibu saya telah dibuai lena terjaga dan terus pergi kepada saya."Kenapa kak?"ibu saya bertanya.Pada saat ibu saya pergi kepada saya,alhamdulillah bekalan elektrik kembali pulih."Tadi gelap,tak ada elektrik..kakak takut."kata saya.Walaupun lampu sudah kembali menyala,ibu saya tetap menemani saya,dia tidur bersama saya malam itu.Disaat ibu saya tidur,saya merenung dalam diri saya"Ya Allah,berkatilah ibuku,kasihilah dia seperti mana dia mengasihiku semenjak ku kecil lagi"Saat itu air mata saya tidak dapat ditahan lagi..ibu saya kembali dibuai mimpi..terharu dengan keprihatinan dan kasih sayang seorang ibu walaupun anak gadisnya ini sudah meningkat dewasa...terima kasih mak,moga mak sentiasa berada di dalam lindungan dan redha Allah.





Kasih seorang ibu dan bapa tidak bertepi,kasih yang tidak boleh disama erti.Kini,keadaan sudah berubah.Kita sanggup menderhakai ibu bapa kita semata-mata kerana kekasih dan kawan-kawan.Sanggup menengking ibu bapa kerana ibu bapa tadi menegur kesalahan kerana kasih dan sayang terhadap anaknya itu.Saya pun sebenarnya sangat takut,apakah nasib kita pada masa akan datang,adakah kita sanggup menjaga ibu bapa kita di saat mereka tua nanti.Ibu bapa yang sanggup mengikat perut demi melihat anak-anaknya membesar dengan sempurna.Adakah si anak mampu menjaga mereka di hari mereka tua kelak.Sahabat-sahabat,kita sama-sama berdoa moga kita menjadi anak yang sentiasa sayang dan tidak melupai jasa dan pengorbanan mereka.





Seorang ustaz dalam tazkirahnya pernah berkata,ada anak yang sanggup menyepak,menampar ibunya sehingga ibunya terpaksa ditahan di hospital.Masyaallah,Nauzubillah,moga kita tidak tergolong dalam golongan insan yang derhaka itu kerana salah satu golongan yang Allah percepatkan atau Allah beri siksa sejak dari dunia ini lah mereka yang menderhaka kepada ibu bapanya.Kisah yang paling popular di zaman nabi ialah kisah Al-Qomah yang tidak boleh mengucapkan syahadah kerana ibunya berasa kecil hati kerana beliau melebihkan isterinya daripada ibunya walaupun pada hakikatnya itu beliau seorang yang alim dan warak.





Sahabat-sahabat,doa daripada ibu bapalah yang menjadi titian kejayaan anak-anak,tanpa doa mereka,siapalah kita sahabat-sahabat?Saya pernah terbaca satu kisah yang diceritakan di majalah anis."Siapalah nak doakan kau bila mak tak ada."kata seorang ibu kepada anaknya..Subhanallah,betapa hebatnya seorang ibu,bukannya dia berkata siapalah nak doakan mak ni,tapi dia berkata siapalah yang mahu mendoakan anak-anaknya apabila dia sudah tiada.





Sahabat-sahabat,sama-sama kita berdoa moga kita semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat yang sanggup menjaga dan bersama mereka tidak kira senang ataupun susah.Buat permata hatiku,redhailah anakmu ini,ampunkanlah segala dosa dan khilaf sepanjang hidupku sejak kecil hingga kini dan akan datang.Moga kita bertemu di syurga dan moga diri ini serta adik-adik menjadi anak yang soleh dan solehah buatmu,amin...sayang mak dan bapak kerana ALLAH.

1 ulasan:

  1. salam ukhti,
    ya Allah, ana terkesan baca entry ini..
    syukran..

    mmg mak abah akan buat yg terbaik utk anak-anaknya..tapi, adakah anak2nya mampu utk membuat balik sedemikian rupa...

    alhamdulillah, Allah mengurniakn kite mak abah yg memahami...ya Allah....terima kasih Allah...

    semoga berjaya buat sahabat disana...
    rindu
    syg syafi krn Allah=)

    fakr illh,
    N. Azizah A.Samah

    BalasPadam