Ahad, 13 September 2009

pesanan untuk diriku dan dirimu....

Tinggal berapa hari sahaja lagi Ramadhan akan pergi....sedih tak terkata...apabila di mesir ini perasaan hendak menyambut hari raya hambar....tidak seperti di Malaysia dulu..Ramadhan disini amat memberi tarbiyah.Umat Islam yang membaca Al quran tidak kira di mana,di dalam kereta,semasa menjaga kedai,menunggu bas dan sebagainya....sungguh baiknya jika budaya ini dapat dipraktikkan di Malaysia.Alhamdulillah semalam dan kelmarin saya dan kawan-kawan dijemput untuk berbuka puasa di masjid....satu perasaan yang indah dan pengalaman yang semanis madu....kami dihidangkan dengan nasi arab,kofta(daging cincang yang digaul dgn rempah lalu dikepal dan dipanggang),salsa(seperti acar di malaysia),halawah(manisan),dan daging panggang.Betapa ammu(pak cik) yang menjamu kami ini sangat bersungguh -sungguh dalam memberi makan kepada orang yang ingin berbuka puasa.Majlis berbuka puasa di masjid itu dihadiri oleh pelajar asia(Malaysia,indonesia,dan Thailand).Pada bulan Ramadhan,golongan berada kebiasaanya menjamu orang untuk berbuka puasa.Ia lebih dikenali sebagai MAIDATUR RAHMAN.Lebih-lebih lagi pada 10 terakhir Ramadhan,pelbagai amal soleh dilakukan oleh penduduk di mesir ini.Saya masih teringat ammu tersebut berkata..."ya aulad"sambil memberi duit di dalam sampul."ya aulad "=wahai anak-anak.Berbincang mengenai qiamullail.Masjid-masjid di mesir ini akan mengadakan qiamullail secara berjamaah.Seawal jam 1 lebih,sudah bermula qiamullail tersebut.sahabat-sahabat,apa yang menariknya di sini,kebiasaannya jika di Malaysia 10 terakhir Ramadhan itu masyarakat kita penuhi dengan membeli belah,iklan raya sudah disiarkan,program-program hari raya di televisyen sudah disiarkan,lagu-lagu raya sudah kedengaran di corong-corong radio dan malam kita dimeriahkan dengan dentuman meriam dan mercun dan sebagainya.Tetapi apa yang menariknya di sini.Malam-malam disini dipenuhi dengan qiamullail,bahkan penuh masjid,anak-anak kecil pun mengikut orang tua mereka menunaikan solat.Kaum wanita,kanak-kanak dan warga tua turut menghidupkan malam-malam terakhir.Di sini tiada suasana hendak berhari raya.Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,saya memberi contoh berdasarkan pengalaman saya sepanjang saya yang baru setahun jagung berada di bumi Mesir.Sahabat-sahabat,marilah kita mengambil pengajaran dan mengambil langkah yang sepatutnya.Alhamdulillah sahabat-sahabat,kita diberi peluang oleh Allah untuk masih hidup di bulan Ramadhan yang penuh berkah ini,sedangkan terdapat rakan-rakan kita atau saudara kita yang dulunya masih hidup di bulan rejab dan syaaban,tetapi sudah pergi kepada RABBUL IZZATI pada bulan Ramadhan...insyaallah,sama-sama kita pertingkatkan ibadat dan pengharapan kita kepada Allah.Janganlah kita terlalu seronok untuk menyambut hari raya lalu mensia-siakan bulan yang penuh dengan keberkatan ini.Tidak salah untuk kita bergembira dalam menyambut hari raya,tetapi kita boleh bergembira kerana kita telah berjaya melepasi imtihan(ujian,peperiksaan)dalam madrasah Ramadhan.Segala kegembiraan harus kita sandarkan kepada Allah.Dialah yang memberi kita rezeki,setiap nafas,,jantung yang mengepam darah dan sebagainya.Tidak terhitung segala nikmat yang diberikan kepada kita daripada saat kita dijadikan hinggalah kepada saat kita dimatikan nanti,insyaallah.Sahabat-sahabat,dalam menyambut hari raya,kadang-kadang kita melanggar batas yang telah digariskan oleh syarak.Ikhtilat(percampuran lelaki dan perempuan)yang tidak syar'ei dengan bersembang sesama lelaki perempuan yang tidak ada tujuan,bersalaman,bertepuk tampar,memakai pakaian yang tidak menutup aurat dan sebagainya.Sahabat-sahabat,antara satu daripada tanda sesiapa yang berjaya didalam madrasah Ramadhan ini adalah dia menjadi seorang insan yang lebih baik.Dia menjadi insan yang hatinya hanya pada Allah dan Rasul.Jiwanya hanyalah untuk Islam.Pentingnya bagi kita untuk menggunakan waktu dengan sebaiknya.Dalam konteks kita sebagai pelajar,tidak semestinya kita hanya fokus dalam pelajaran sahaja tanpa memikirkan dakwah dan gerak kerja islam.Sebagai contoh sebagai seorang pelajar,aktiviti kemasyrakatan itu amatlah penting dalam melatih diri kita untuk menjadi insan yang cemerlang.Sahabat-sahabat,saya amat suka untuk mengulang kembali bahawa jika kita membantu agama Allah,maka Allah akan membantu kita.Bagaimana kita hendak membantu agama Allah??.Pertamanya harus dimulakan dengan diri atau akhlak atau bekalan kita sebagai seorang muslim.Kita sama-sama pertingkatkan amaln soleh dan taqwa kita kepada Allah dan tidak lupa juga dengan ilmu pengetahuan.Perkasakan akademik kita,sesungguhnya kecemerlangan dalam akademik ini merupakan satu bonus bagi kita,umat Islam perlu cemerlang.keduanya,kita harus berusaha untuk membantu insan yang lain untuk sama-sama mendekatkan diri kepada Allah,dan kita berjuang dalam mempertahankan dan membela Islam yang kini Islam dihina dan pandang rendah....sahabat-sahabat,maaflah sekiranya kata-kata saya mengguris hati dan kadang-kadang terkeluar dari tajuk yang sebenar.Buat yang terakhirnya,ingatlah marilah kita sama-sama memperbaiki diri dan memperbaharui niat kita kepada yang lebih baik dan seiring dengan Islam.Ingatlah sahabat-sahabat,tujuan kita diciptakan oleh Allah iaitu semata-mata untuk mengabdikan diri pada-NYA.Jika kita ingat dan kita sematkan di dalam hati bahawa tujuan penciptaan kita adalah untuk mengabdikan diri pada-NYA,insyaallah setiap amal atau pekerjaan yang kita lakukan adalah kerana Allah,hatta kita hendak menanam pokok bunga sekalipun adalah kerana untuk mencari keredhaan Allah.Ingatlah redha dan hidayah Allah itu sentiasa bersinar,hanya kita sahaja perlu membuka pintu hati kita untuk mencari dan membolehkan ia bersinar...mari kita bersama-sama mempertingkatkan amalan kita didalam 10 hari terakhir ramadhan ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan