Jumaat, 13 November 2009

kenangan indah....

Burung-burung sedang berehat-rehat menikmati keindahan ciptaan Allah.
bot-bot nelayan

pemandangan semasa menaiki ferri


Masjid di Port Fuad



Bersama dengan kak Hana(Raisah perubatan Akhowat Zagazig)




Sementara menunggu ferri untuk ke seberang.





Bismillahirahmanirrahim.Alhamdulillah setelah sebulan lebih tidak menulis blog,alhamdulillah dapat juga saya kembali menulis.Buat post yang kali ini,saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya.Alhamdulillah semalam,saya telah diberi peluang oleh Allah untuk mengikuti jaulah ke Port Said dan Port Fuad anjuran Organisasi Perubatan Zagazig.Buat pembaca blog saya yang paling setia iaitu ibu-bapa dan adik-adik saya,terimalah gambar -gambar kakak ni sebagai pengubat rindu.Jaulah ke Port said dan Port Fuad ini bertujuan untuk membeli





baju sejuk sempena musim sejuk yang bakal datang.Jaulah ini khususnya diadakan untuk adik-adik tahun satu,tapi kakak-kakak tahun 2 dan tahun 4 juga turut serta.Alhamdulillah selesai tahun satu,kini saya sudah berada di tahun 2 di kuliah perubatan.Tahun ini dengan harapan,azam dan semangat yang baru.Natijah yang saya peroleh pada tahun yang lepas menjadikan saya ingin terus melakar kecemerlangan buat ibu-bapa,adik-adik dan juga keluarga.Tapi apa yang lebih penting adalah untuk Islam.Teringat saya kata-kata seorang ulamak besar pada masa kini iaitu Dr Yusuf Al Qardhawi dalam kitabnya wajibus syabab al yaum(kewajipan remaja muslim hari ini) iaitu "kita inginkan daripada remaja muslim yang bekerja untuk Islam cemerlang dalam pelajarannya.Hendaklah dia menjadi contoh yang berbeza dari pelajar-pelajar cemerlang yang lain sehingga manusia mengenal bahawa beragama bukanlah menjadi penghalang kepada pengajian".Bagi saya kata-kata seorang ulamak ini amat memberi kesan mendalam kepada saya,sering kali kita terdengar bahawa agama itu menjadi penghalang untuk kita cemerlang,buat sahabat-sahabat sebenarnya agama bukan penghalang untuk kita menjadi cemerlang tetapi dengan agamalah kita akan lebih cemerlang.Sering kali saya mengingatkan adik-adik smart circle(usrah) saya bahawa jika kita membantu agama Allah,nescaya Allah akan membantu kita.Perkara ini adalah perlu kita titik beratkan,sering kali kita berpandangan bahawa jika kita sibuk terlibat dengan gerak kerja Islam atau sebagainya,pelajaran kita akan terabai.Sahabat-sahabat mungkin masa untuk mentelaah telah kurang,tetapi lihatlah ada keberkatan dalam setiap masa yang kita korbankan.Mungkin kita kekurangan masa,tetapi lihatlah bahawa Allah memberikan kefahaman yang lebih dan kita mampu untuk lebih memahami berbanding sahabat-sahabat kita yang lain.Sering kali,adik-adik tahun satu,menanyakan kepada saya,"macam mana akak study?" ,"apa rahsia dapat mumtaz?".Jawapan yang saya sering beri study dan prepare untuk lecture untuk esok,tumpu perhatian masa lecture,dan ulang kaji balik apa yang sudah belajar.Lepas tu,kalau tak faham terus tanya doktor,dan selalu baca buku international.Tapi apa yang lebih penting buat adik-adik,adalah hubungan kita dengan Allah,itulah yang lebih penting.Kalau kita study banyak-banyak pun,kalau Allah tak izinkan,kita tak akan dapat,betul tak?".saya menambah lagi,selalu baca quran dan kalau boleh cuba hafaz quran,sebabnya nerve cell kita tak akan mati kalau kita selalu baca quran,nerve cell kalau mati,ia tak akan regenerate balik,tak akan proliferate,once dia mati,dia tak akan hidup macam sel-sel yang lain,sebab tu lah bila kita dah tua,kita akan mudah lupa,nyanyuk dan sebagainya.Sebab tu lah untuk mengelakkan kita nyanyuk masa tua,kita kena selalu baca quran."saya bercerita.Sahabat-sahabat,kita sebagai hamba Allah tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan,tapi apa yang lebih penting kita cepat-cepat bertaubat dan menginsafi kesalahan diri kita,sebagai seorang remaja Islam penting bagi kita untuk sentiasa mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu,seperti yang saya katakan tadi bahawa sebagai seorang remaja Islam kita perlulah cemerlang dalam pelajaran dan juga gerak kerja Islam.Teringat saya satu kata-kata semangat yang sering kami katakan jika terlalu penat dengan kuliah dan kerja-kerja yang lain iaitu "Berehat di syurga".Doktor saya pernah mengatakan kepada saya bahawa sebagai seorang doktor ini,memang amat memenatkan,bekerja selama 12 jam,kurang tidur dan rehat,tapi kalau kita meletakkan apa yang kita lakukan kerana Allah dan kita tahu bahawa Allah sentiasa bersama dengan kita,insyaallah segala kepenatan itu akan terubat,kerana kita tahu misi hidup kita adalah untuk mencapai keredhaan Allah.Buat adik-adik dan sahabat-sahabat,mari kita sama-sama perbetulkan niat kita,adakah kita belajar semata-mata kerana dunia atau kita belajar untuk membantu Islam,mungkin kita tidak dapat merasai nikmatnya dalam khilafah islamiah,tetapi biarlah kita menjadi salah satu tenaga yang membantu ke arah pembentukan khilafah islamiyah.Ingatlah ALLAH TIDAK MEMANDANG KEPADA KEPUTUSAN TETAPI KEPADA USAHA KITA.Buat akhirnya,mari sama-sama kita berdoa agar kita menjadi anak yang soleh dan solehah buat ibu-bapa kita dan menjadi hamba Allah yang sentiasa bertaqwa dan sanggup berjihad di jalanNYA.Salam ukhwah fillah......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan