Sabtu, 19 Disember 2009


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru Islam buat muslimin dan muslimat semua.Semoga dengan tibanya tahun baru ini,kita raikan dengan azam dan semanhat yang baru.Seharusnya kita perlu mengucapkan ucapan Alhamdulillah dan mensyukuri segala nikmat pemberian Allah kerana kita dapat berada dalam tahun baru ini,sedangkan jika ada sahabat kita yang lain yang masih hidup pada tahun lepas tidak berpeluang bersama kita pada tahun ini.Semoga kita sama2 memperbaiki amal ibadat kita,sahsiah peribadi kita kearah yang lebih baik.Gunakanlah segala nikmat yang Allah beri untuk kita lebih mentaatiNYA.Buat rakan-rakan seperjuangan di bumi Mesir ini,insyaallah tidak lama lagi kita akan menghadapi peperiksaan pertengan tahun,semoga kita lebih bersemangat untuk study...jadikanlah ilmu yang kita pelajari sehari2 itu membuatkan kita berasa lebih dekat kepada Allah.Sama2 kita perbaiki diri kearah yang lebih baik.Buat sahabat-sahabat muslimat,sama2 kita jadi wanita yg solehah yang sentiasa menginfakkan waktu,tenaga,harta dan sebagainya untuk Islam,jadikanlah Allah itu matlamat utama kita,letakkan cinta kepada Allah itu melebihi segalanya,pastinya cinta yang lain akan kita temui....untuk adik-adik yang tersayang baik di Malaysia ataupun adik-adik di zagzig,belajar rajin2 jangan malas2,belajar kerana Allah,belajarlah untuk membantu Islam.Semoga kita menjadi pelajar yang cemerlang...amin..untuk akhirnya basahi lidahmu dengan zikrullah,penuhi masamu dengan melakukan perkara kebaikan.....selamat beribadah...sama-sama kita memperbanyakkan ibadah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan