Jumaat, 4 Disember 2009

pesanan


Alhamdulillah telah selesai smart circle bersama-sama adik-adik tahun satu perubatan dan farmasi.Banyak perkongsian ilmu dan nasihat dapat saya dan adik-adik usrah saya perolehi insyaallah.Sempat saya berkongsi dengan adik-adik bahawa jangan sesekali kita melakukan maksiat di bumi Allah,bukan sahaja ditempat tinggal kita,bahkan di mana-mana sahaja di muka bumi Allah ini,kita sebenarnya tidak layak untuk melakukan maksiat kepadaNYA.Siapakah kita?hebat sangatkah kita?muliakah kita? untuk melakukan dosa dan maksiat kepadaNYA.Sahabat-sahabat,kita bukan sesiapa untuk melakukan semua itu.Siapakah kita tanpa Allah,mampukah kita hadir di dunia ini jika Allah tidak mencipta kita,memberi rezeki kepada kita.Jika hendak berbicara mengenai rezeki saya rasa tidak cukup waktu dan tidak terbilang kita untuk menghitungnya.....Sahabat-sahabat,cuba bayangkan jika kita melakukan kebaikan kepada seseorang,kita selalu memberi hadiah,kita belanja kawan kita,tetapi pada akhirnya kawan kita tadi melakukan sesuatu yang tidak baik kepada kita.Apa perasaan kita pada ketika itu?gembirakah?atau sedih,kecewa,marah atau sebagainya?Semestinya kita marah dan kecewa.Begitulah Allah,DIAlah yang memberi kita rezeki,nikmat dan sebagainya,tetapi kita sebagai hambaNYA membalasnya dengan melakukan dosa dan maksiat kepadaNYA.Sahabat-sahabat,layakkah kita???Betapa kasih sayang Allah itu melebihi segalanya,melebihi kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya,kasih sayang seorang lelaki terhadap wanita yang dicintainya,dan sebagainya....Sahabat-sahabat,usah berbicara"nantilah aku berubah,tunggu dapat hidayah",nanti dah tua atau bila rasa-rasa nak bertaubat,aku berubahlah".Sahabat-sahabat,hidayah Allah itu sentiasa menyinari kita,cuma kita sahaja tidak membuka pintu atau tingkap hati kita.Ibarat sebuah rumah pada waktu pagi,jika kita tidak membuka tingkap pastinya tidak akan ada cahaya yang masuk.Ajal maut itu di tangan Allah,kita yakin ke,bahawa kita akan meninggal dunia pada usia tua nanti?kita boleh pastikan ke,amalan kita sudah tinggi menggunung,kita yakin ke,dosa-dosa kita itu sedikit dan adakah diampunkan oleh Allah?Jika hidup hanya untuk berhibur,bercinta,berfoya-foya,dan sebagainya,sia-sialah kita berada di muka bumi ini,Allah mencipta kita bukan tidak bertujuan,bukannya saja-saja.Pastinya Allah tahu bahawa kita adalah makhluk yang terbaik untuk menjadi khalifah.Sahabat-sahabat,jika kita meletakkan Allah itu tujuan kita,kita pastinya tidak akan berani untuk melakukan dosa dan maksiat kepadaNYA.Jika kita juga mengenang kembali segala nikmat dan kasih-sayang Allah kepada kita,kita tidak akan sanggup melakukan segala perbuatan yang dimurkai oleh Allah.Buat sahabat-sahabat,sebenarnya jika kita betul-betul menghayati apa yang kita pelajari sewaktu dikuliah(khususnya pelajar perubatan),kita tidak akan tergamak melakukan segala yang ditegah oleh syarak,kita akan dapat melihat betapa cantiknya Allah mencipta kita dari sekecil-kecil sel hingga menjadi satu sistem,bagaimana sistem itu berfungsi,dan sebagainya...Mari bersama kita menyedari hakikat kehidupan kita,sedarlah bahawa pihak kuffar sedang memerangkap kita untuk melemahkan Islam,jangan jadikan kita penyumbang kepada jatuhnya Islam,tetapi jadikanlah diri sebagai pejuang atau pendukung Islam.Buat sahabat-sahabat,diri ini memohon maaf sekiranya terkasar bahasa,tetapi kadang kala diri ini tidak sanggup lagi melihat bumi Allah ini dipenuhi dengan perbuatan yang jauh menyimpang dari Islam.Perbincangan saya bersama-sama adik-adik usrah saya amat menyeronokkan,adik-adik ini saling memberi pandangan dan cerita mereka masing-masing,saya menghargai mereka,tanpa mereka saya tidak akan dapat ilmu yang sangat berguna.Buat adik-adik kumpulan Zulaikha terima kasih akak ucapkan kerana memberi komitmen yang sangat baik,semoga kalian terus mencari kebenaran dan terpelihara daripada melakukan dosa dan maksiat kepada Allah....Buat sahabat-sahabat,kita harus menyedari hakikat kejadian kita,apakah matlamat hidup kita,dan siapakah kita disisi Allah?.Semua amalan dan perbuatan kita hendaklah kita sandarkan kepada Allah semata-mata,hanya untuk mencari keredhaan Allah,bukanlah untuk memperolehi pahala dan melepaskan dari azab api neraka semata-mata.Ingatlah sahabat-sahabat,jika kita menyandarkan amalan kita semata-mata hanya kepada Allah,semua yang kita inginkan akan menyusul.Kejayaan,kebahagian,rezeki yang melimpah ruah dan sebagainya pasti akan menyusul.Buat sahabat-sahabat seperjuangan di Malaysia dan di Mesir khususnya di Zagazig,bersabarlah di atas apa yang berlaku,semua ini adalah sunnah orang berjuang,semakin kita diuji semakin mendalam kecintaan Allah kepada kita,inilah jalan juang penuh dengan duri,nanah dan berbagai lagi rintangan yang pastinya amat memedihkan,tapi itulah yang paling dicintai Allah.Biarlah kita hina di pandangan mata manusia,tetapi kita mulia pada pandangan Allah.Semoga usaha kita sentiasa mendapat keredhaan Allah,kerana itulah matlamat utama kita.Buat sahabat-sahabat dan diri ini juga pergunakanlah waktu remaja ini dengan sebaiknya,jangan dibiarkan waktu yang ada semata-mata untuk berhibur,bercinta,dan apa-apa sahaja yang tidak berfaedah,jika hendak difikirkan banyak lagi perkara yang lebih berfaedah untuk kita lakukan.Dunia ini hanyalah tempat persinggahan semata-mata,carilah sebanyak mungkin bekalan untuk dibawa pergi ke destinasi yang abadi,gunakanlah ilmu yang kita pelajari untuk kita lebih mendekati Allah,bukan kita semakin jauh daripada Allah,ingatlah mati itu amat sakit,dan kita tidak tahu bilakah kita akan mati,semua itu di bawah pengetahuan Allah,kita sebagai hamba perlu bersedia,jangan sampai ketika nyawa kita ditarik dalam keadaan kita melakukan maksiat kepadaNYA..sesungguhnya...hidup dan mati kita adalah ditangan Allah...mudah-mudahan rahmat dan kasih sayang Allah menyinari hamba-hambaNYA yang sentiasa menyucikan diri....salam ukhwah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan