Ahad, 22 November 2009

bingkisan untuk mu sahabat.....

S
Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk menghirup udara dan masih sihat untuk meneruskan kehidupan saya sebagai hambaNya di muka bumi ini.Alhamdulillah insyaallah pada hari jumaat ini,seluruh umat Islam akan menyambut Aidiladha.Saat yang ditunggu bagi saya,tidak sabar rasanya hendak menyambut hari raya korban.Terkenangkan kisah pengorbanan antara Nabi Allah Ibrahim dan anaknya iaitu Ismail.Kerana ketaqwaan dan keimanan yang mendalam terhadap Allah,Nabi Ibrahim sanggup melaksanakan perintah yang diperintahkan oleh Allah iaitu menyembelih anaknya.Jika kitalah,sanggupkah seorang bapa menyembelih anak sendiri,anak yang ditatang bagai minyak yang penuh.Tetapi bagi Nabi Ibrahim walaupun perintah itu amat berat,tetapi disebabkan keimanan yang mendalam terhadap Allah,baginda sanggup melaksanakan perintah Allah.Bagi Nabi Ismail pula,disebabkan keimanan dan ketaqwaan yang mendalam,baginda sanggup disembelih dengan penuh kerelaan.Jika kita sebagai anak,sanggupkah kita merelakan diri kita untuk disembelih.Kalau saya pasti saya akan melarikan diri,dipenuhi dengan rasa takut dan sebagainya.Ini menunjukkan iman kita ini tidak setebal keimanan mereka.Ya Allah ampuni hambamu ini,keimananku yang masih lemah dan nipis.Sahabat-sahabat,iman dan ketaqwaan kita terhadap Allah sering turun dan naik,inilah manusia.Iman kita seperti malaikat yang sentiasa tetap,dan tidak juga seperti nabi yang sentiasa meningkat.Kadang-kadang kita berasa malas dan culas untuk melakukan ibadah,hati kita sentiasa berpaut terhadap cinta dunia.Kenikmatan dan kesenangan yang diberi oleh Allah sering kita salah guna untuk lebih jauh dari Allah.Allah mengurniakan kita tubuh badan yang sihat,tetapi kita berasa malas untuk menunaikan solat,untuk pergi solat berjemaah di masjid,menuntut ilmu atau menghadiri kelas-kelas pengajian agama dan sebagainya.Rasulullah pernah menyebut bahawa dua nikmat yang sering dilalaikan oleh manusia ialah nikmat kesihatan dan waktu lapang.Sahabat-sahabat,ketika kita masih sihat kita selalu lupa akan Allah,kita jarang berdoa dan melakukan ibadah.Tapi apabila kita sakit,barulah kita mula berdoa terhadap Allah meminta supaya diberi kesembuhan,tetapi apabila Allah memberi kesembuhan terhadap kita,kita lupa semula terhadap Allah,kita kembali melakukan dosa dan semakin jauh dariNYA.Sahabat-sahabat,sayangnya Allah terhadap kita amat mendalam.Pernahkan Allah memberhentikan nafas kita semasa kita sedang melakukan dosa terhadapNYA,pernahkan Allah memberhentikan jantung kita semasa kita melupakanNYA.Tidak sama sekali sahabat-sahabat.Allah tidak melakukan sebegitu walaupun kita sebagai hambaNYA sering melakukan dosa terhadapNYA.Inikah balasan kita terhadapNYA,sedangkan nikmat yang diberikan olehNYA tidak terhitung rasanya.Kalau kita hendak mengira banyaknya nikmat yang diberikan nescaya tidak terhitung kita akan nikmatnya.Cuba sahabat-sahabat fikir,jika seseorang berbuat jahat terhadap kita,pasti kita mempunyai perasaan marah dan kebiasaannya kita tidak akan mempedulikannya,Tetapi Allah tidak begitu,walaupun kita banyak melakukan dosa tetapi Allah tetap melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya,lalu Allah memberi kita sakit,ini tidaklah lain untuk mengkifarahkan(menghapuskan) dosa kita.Inilah yang perlu kita fahamkan bahawa setiap penyakit yang Allah beri kepada kita adalah tanda Allah sayang kepada kita,dosa kita akan dihapuskan dan jika kita bersabar dan redha kita akan ditinggikan martabat kita.Sahabat-sahabat,kehidupan ini hanya sekali,masa muda hanya sekali.Bukan masa hidup dan muda hanya sekali dan kita menghabiskan waktu itu dengan bersuka ria.Itu adalah salah sama sekali.Waktu muda inilah kita harus menyiapkan dengan ilmu,amal ibadah,pengalaman dan sebagainya.Kerana jika kita sudah tua baru hendak menuntut ilmu,beramal ibadah dan sebagainya mungkin akan terhalang sedikit kerana faktor kesihatan dan kesibukan dan sebagainya.Buat sahabat-sahabat yang dipilih oleh Allah untuk menggalas tanggungjawab dalam amar maaruf dan nahi munkar beruntunglah kalian,kerana masa kalian tidak disia-siakan.Janganlah berasa penat dan futur,kerana di saat sahabat-sahabat lain sibuk berhibur,bershopping dan sebagainya,kita disini disibukkan memikirkan bagaimana hendak membawa rakan-rakan lain kembali kepada Allah.Sahabat-sahabat,jangan berasa futur,sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.BEREHAT HANYA DI SYURGA....bersusah -susah dahulu di dunia,dan berehatlah sepuas-puasnya di syurga...Salam Aidiladha dari bumi penuh barakah....kullu sanah wa antum bikhair...

Jumaat, 13 November 2009

kenangan indah....

Burung-burung sedang berehat-rehat menikmati keindahan ciptaan Allah.
bot-bot nelayan

pemandangan semasa menaiki ferri


Masjid di Port Fuad



Bersama dengan kak Hana(Raisah perubatan Akhowat Zagazig)




Sementara menunggu ferri untuk ke seberang.





Bismillahirahmanirrahim.Alhamdulillah setelah sebulan lebih tidak menulis blog,alhamdulillah dapat juga saya kembali menulis.Buat post yang kali ini,saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya.Alhamdulillah semalam,saya telah diberi peluang oleh Allah untuk mengikuti jaulah ke Port Said dan Port Fuad anjuran Organisasi Perubatan Zagazig.Buat pembaca blog saya yang paling setia iaitu ibu-bapa dan adik-adik saya,terimalah gambar -gambar kakak ni sebagai pengubat rindu.Jaulah ke Port said dan Port Fuad ini bertujuan untuk membeli





baju sejuk sempena musim sejuk yang bakal datang.Jaulah ini khususnya diadakan untuk adik-adik tahun satu,tapi kakak-kakak tahun 2 dan tahun 4 juga turut serta.Alhamdulillah selesai tahun satu,kini saya sudah berada di tahun 2 di kuliah perubatan.Tahun ini dengan harapan,azam dan semangat yang baru.Natijah yang saya peroleh pada tahun yang lepas menjadikan saya ingin terus melakar kecemerlangan buat ibu-bapa,adik-adik dan juga keluarga.Tapi apa yang lebih penting adalah untuk Islam.Teringat saya kata-kata seorang ulamak besar pada masa kini iaitu Dr Yusuf Al Qardhawi dalam kitabnya wajibus syabab al yaum(kewajipan remaja muslim hari ini) iaitu "kita inginkan daripada remaja muslim yang bekerja untuk Islam cemerlang dalam pelajarannya.Hendaklah dia menjadi contoh yang berbeza dari pelajar-pelajar cemerlang yang lain sehingga manusia mengenal bahawa beragama bukanlah menjadi penghalang kepada pengajian".Bagi saya kata-kata seorang ulamak ini amat memberi kesan mendalam kepada saya,sering kali kita terdengar bahawa agama itu menjadi penghalang untuk kita cemerlang,buat sahabat-sahabat sebenarnya agama bukan penghalang untuk kita menjadi cemerlang tetapi dengan agamalah kita akan lebih cemerlang.Sering kali saya mengingatkan adik-adik smart circle(usrah) saya bahawa jika kita membantu agama Allah,nescaya Allah akan membantu kita.Perkara ini adalah perlu kita titik beratkan,sering kali kita berpandangan bahawa jika kita sibuk terlibat dengan gerak kerja Islam atau sebagainya,pelajaran kita akan terabai.Sahabat-sahabat mungkin masa untuk mentelaah telah kurang,tetapi lihatlah ada keberkatan dalam setiap masa yang kita korbankan.Mungkin kita kekurangan masa,tetapi lihatlah bahawa Allah memberikan kefahaman yang lebih dan kita mampu untuk lebih memahami berbanding sahabat-sahabat kita yang lain.Sering kali,adik-adik tahun satu,menanyakan kepada saya,"macam mana akak study?" ,"apa rahsia dapat mumtaz?".Jawapan yang saya sering beri study dan prepare untuk lecture untuk esok,tumpu perhatian masa lecture,dan ulang kaji balik apa yang sudah belajar.Lepas tu,kalau tak faham terus tanya doktor,dan selalu baca buku international.Tapi apa yang lebih penting buat adik-adik,adalah hubungan kita dengan Allah,itulah yang lebih penting.Kalau kita study banyak-banyak pun,kalau Allah tak izinkan,kita tak akan dapat,betul tak?".saya menambah lagi,selalu baca quran dan kalau boleh cuba hafaz quran,sebabnya nerve cell kita tak akan mati kalau kita selalu baca quran,nerve cell kalau mati,ia tak akan regenerate balik,tak akan proliferate,once dia mati,dia tak akan hidup macam sel-sel yang lain,sebab tu lah bila kita dah tua,kita akan mudah lupa,nyanyuk dan sebagainya.Sebab tu lah untuk mengelakkan kita nyanyuk masa tua,kita kena selalu baca quran."saya bercerita.Sahabat-sahabat,kita sebagai hamba Allah tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan,tapi apa yang lebih penting kita cepat-cepat bertaubat dan menginsafi kesalahan diri kita,sebagai seorang remaja Islam penting bagi kita untuk sentiasa mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu,seperti yang saya katakan tadi bahawa sebagai seorang remaja Islam kita perlulah cemerlang dalam pelajaran dan juga gerak kerja Islam.Teringat saya satu kata-kata semangat yang sering kami katakan jika terlalu penat dengan kuliah dan kerja-kerja yang lain iaitu "Berehat di syurga".Doktor saya pernah mengatakan kepada saya bahawa sebagai seorang doktor ini,memang amat memenatkan,bekerja selama 12 jam,kurang tidur dan rehat,tapi kalau kita meletakkan apa yang kita lakukan kerana Allah dan kita tahu bahawa Allah sentiasa bersama dengan kita,insyaallah segala kepenatan itu akan terubat,kerana kita tahu misi hidup kita adalah untuk mencapai keredhaan Allah.Buat adik-adik dan sahabat-sahabat,mari kita sama-sama perbetulkan niat kita,adakah kita belajar semata-mata kerana dunia atau kita belajar untuk membantu Islam,mungkin kita tidak dapat merasai nikmatnya dalam khilafah islamiah,tetapi biarlah kita menjadi salah satu tenaga yang membantu ke arah pembentukan khilafah islamiyah.Ingatlah ALLAH TIDAK MEMANDANG KEPADA KEPUTUSAN TETAPI KEPADA USAHA KITA.Buat akhirnya,mari sama-sama kita berdoa agar kita menjadi anak yang soleh dan solehah buat ibu-bapa kita dan menjadi hamba Allah yang sentiasa bertaqwa dan sanggup berjihad di jalanNYA.Salam ukhwah fillah......

Ahad, 13 September 2009

pesanan untuk diriku dan dirimu....

Tinggal berapa hari sahaja lagi Ramadhan akan pergi....sedih tak terkata...apabila di mesir ini perasaan hendak menyambut hari raya hambar....tidak seperti di Malaysia dulu..Ramadhan disini amat memberi tarbiyah.Umat Islam yang membaca Al quran tidak kira di mana,di dalam kereta,semasa menjaga kedai,menunggu bas dan sebagainya....sungguh baiknya jika budaya ini dapat dipraktikkan di Malaysia.Alhamdulillah semalam dan kelmarin saya dan kawan-kawan dijemput untuk berbuka puasa di masjid....satu perasaan yang indah dan pengalaman yang semanis madu....kami dihidangkan dengan nasi arab,kofta(daging cincang yang digaul dgn rempah lalu dikepal dan dipanggang),salsa(seperti acar di malaysia),halawah(manisan),dan daging panggang.Betapa ammu(pak cik) yang menjamu kami ini sangat bersungguh -sungguh dalam memberi makan kepada orang yang ingin berbuka puasa.Majlis berbuka puasa di masjid itu dihadiri oleh pelajar asia(Malaysia,indonesia,dan Thailand).Pada bulan Ramadhan,golongan berada kebiasaanya menjamu orang untuk berbuka puasa.Ia lebih dikenali sebagai MAIDATUR RAHMAN.Lebih-lebih lagi pada 10 terakhir Ramadhan,pelbagai amal soleh dilakukan oleh penduduk di mesir ini.Saya masih teringat ammu tersebut berkata..."ya aulad"sambil memberi duit di dalam sampul."ya aulad "=wahai anak-anak.Berbincang mengenai qiamullail.Masjid-masjid di mesir ini akan mengadakan qiamullail secara berjamaah.Seawal jam 1 lebih,sudah bermula qiamullail tersebut.sahabat-sahabat,apa yang menariknya di sini,kebiasaannya jika di Malaysia 10 terakhir Ramadhan itu masyarakat kita penuhi dengan membeli belah,iklan raya sudah disiarkan,program-program hari raya di televisyen sudah disiarkan,lagu-lagu raya sudah kedengaran di corong-corong radio dan malam kita dimeriahkan dengan dentuman meriam dan mercun dan sebagainya.Tetapi apa yang menariknya di sini.Malam-malam disini dipenuhi dengan qiamullail,bahkan penuh masjid,anak-anak kecil pun mengikut orang tua mereka menunaikan solat.Kaum wanita,kanak-kanak dan warga tua turut menghidupkan malam-malam terakhir.Di sini tiada suasana hendak berhari raya.Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,saya memberi contoh berdasarkan pengalaman saya sepanjang saya yang baru setahun jagung berada di bumi Mesir.Sahabat-sahabat,marilah kita mengambil pengajaran dan mengambil langkah yang sepatutnya.Alhamdulillah sahabat-sahabat,kita diberi peluang oleh Allah untuk masih hidup di bulan Ramadhan yang penuh berkah ini,sedangkan terdapat rakan-rakan kita atau saudara kita yang dulunya masih hidup di bulan rejab dan syaaban,tetapi sudah pergi kepada RABBUL IZZATI pada bulan Ramadhan...insyaallah,sama-sama kita pertingkatkan ibadat dan pengharapan kita kepada Allah.Janganlah kita terlalu seronok untuk menyambut hari raya lalu mensia-siakan bulan yang penuh dengan keberkatan ini.Tidak salah untuk kita bergembira dalam menyambut hari raya,tetapi kita boleh bergembira kerana kita telah berjaya melepasi imtihan(ujian,peperiksaan)dalam madrasah Ramadhan.Segala kegembiraan harus kita sandarkan kepada Allah.Dialah yang memberi kita rezeki,setiap nafas,,jantung yang mengepam darah dan sebagainya.Tidak terhitung segala nikmat yang diberikan kepada kita daripada saat kita dijadikan hinggalah kepada saat kita dimatikan nanti,insyaallah.Sahabat-sahabat,dalam menyambut hari raya,kadang-kadang kita melanggar batas yang telah digariskan oleh syarak.Ikhtilat(percampuran lelaki dan perempuan)yang tidak syar'ei dengan bersembang sesama lelaki perempuan yang tidak ada tujuan,bersalaman,bertepuk tampar,memakai pakaian yang tidak menutup aurat dan sebagainya.Sahabat-sahabat,antara satu daripada tanda sesiapa yang berjaya didalam madrasah Ramadhan ini adalah dia menjadi seorang insan yang lebih baik.Dia menjadi insan yang hatinya hanya pada Allah dan Rasul.Jiwanya hanyalah untuk Islam.Pentingnya bagi kita untuk menggunakan waktu dengan sebaiknya.Dalam konteks kita sebagai pelajar,tidak semestinya kita hanya fokus dalam pelajaran sahaja tanpa memikirkan dakwah dan gerak kerja islam.Sebagai contoh sebagai seorang pelajar,aktiviti kemasyrakatan itu amatlah penting dalam melatih diri kita untuk menjadi insan yang cemerlang.Sahabat-sahabat,saya amat suka untuk mengulang kembali bahawa jika kita membantu agama Allah,maka Allah akan membantu kita.Bagaimana kita hendak membantu agama Allah??.Pertamanya harus dimulakan dengan diri atau akhlak atau bekalan kita sebagai seorang muslim.Kita sama-sama pertingkatkan amaln soleh dan taqwa kita kepada Allah dan tidak lupa juga dengan ilmu pengetahuan.Perkasakan akademik kita,sesungguhnya kecemerlangan dalam akademik ini merupakan satu bonus bagi kita,umat Islam perlu cemerlang.keduanya,kita harus berusaha untuk membantu insan yang lain untuk sama-sama mendekatkan diri kepada Allah,dan kita berjuang dalam mempertahankan dan membela Islam yang kini Islam dihina dan pandang rendah....sahabat-sahabat,maaflah sekiranya kata-kata saya mengguris hati dan kadang-kadang terkeluar dari tajuk yang sebenar.Buat yang terakhirnya,ingatlah marilah kita sama-sama memperbaiki diri dan memperbaharui niat kita kepada yang lebih baik dan seiring dengan Islam.Ingatlah sahabat-sahabat,tujuan kita diciptakan oleh Allah iaitu semata-mata untuk mengabdikan diri pada-NYA.Jika kita ingat dan kita sematkan di dalam hati bahawa tujuan penciptaan kita adalah untuk mengabdikan diri pada-NYA,insyaallah setiap amal atau pekerjaan yang kita lakukan adalah kerana Allah,hatta kita hendak menanam pokok bunga sekalipun adalah kerana untuk mencari keredhaan Allah.Ingatlah redha dan hidayah Allah itu sentiasa bersinar,hanya kita sahaja perlu membuka pintu hati kita untuk mencari dan membolehkan ia bersinar...mari kita bersama-sama mempertingkatkan amalan kita didalam 10 hari terakhir ramadhan ini...

Sabtu, 5 September 2009

Ramadhan...kareem...

Alhamdulillah dapat kita berada dalam bulan Ramadhan ini.Sahabat-sahabat,adakah kita menggunakan sebaik-baik waktu sepanjang bulan ini?Adakah kita menyibukkan diri kita dengan amalan-amalan soleh seperti membaca Al-quran,solat sunat,solat terawikh,pergi ke kelas-kelas tafaqquh dan sebagainya,atau kita menyibukkan diri dengan membeli belah,menonton TV,mendengar lagu-lagu yang tidak berfaedah dan sebagainya....saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sepanjang saya berpuasa di sini,walaupun tidak banyak tetapi ingin saya kongsikan sedikit.Bagi saya pengalaman berpuasa disini cukup bermakna....Ramadhan di sini amat dirai-raikan oleh umat islam di sini.Jika di Malaysia,pada hari pertama kita berpuasa,sudah kedengaran lagu-lagu raya.Tetapi apabila di sini,mereka berlumba-lumba untuk bersedekah.Apabila tiba bulan Ramadhan maka golongan kaya di sini akan memberi sedekah kepada golongan yang tidak mampu.Bagi pelajar Malaysia yang menyewa rumah,tuan rumah akan memberi barang-barang dapur seperti kekacang,tepung,kurma,daging,gula,minyak dan sebagainya kepada kami...mereka juga akan menjemput kami berbuka puasa bersama-sama.Budaya di sini,mereka akan menghidangkan makanan dengan banyak...sampai tak larat kami dibuatnya....mereka sebolehnya menyuruh kami untuk menghabiskan makanan tersebut.Masjid di sini sentiasa penuh dengan bermacam-macam golongan.Pada satu hari,saya terlewat sedikit pergi ke masjid,memandangkan di bahagian muslimat sangat sesak dan penuh,kami terpaksa solat di bahagian lelaki.Saya ingin menunjukkan betapa umat islam di mesir ini amat meraikan bulan ini...seharusnya kita di Malaysia mencontohi mereka.Sahabat-sahabat,seharusnya pada bulan ini kita betul-betul menggunakan kesempatan yang ada untuk kita mendekatkan diri kepada Allah,kerana kita tidak dapat menjamin bahawa kita akan dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.Sahabat-sahabat,saya ingin menasihati diri saya sendiri dan juga sahabat-sahabat,bahawa bantulah agama Allah,maka Allah akan membantu kita,pada waktu remaja ini,sama-sama kita memperlibatkan diri dengan kelas-kelas agama,usrah,meningkatkan amalan soleh seperti membaca Quran,solat tahajud dan sebagainya.Perlibatkan diri dalam dakwah dan aktiviti kemasyarakatan....sahabat-sahabat,hidup ini adalah untuk memberi sebanyak-banyaknya.....kita seharusnya menqinfakkan diri kita untuk Islam,segala apa yang kita lakukan kita buat hanya untuk Allah dan Islam..insyaallah sahabat-sahabat,jika kita membantu agama Allah,Allah akan membantu kita.Sahabat-sahabat,Islam amat memerlukan kita,kitalah harapan agama.Kita adalah mata rantai perjuangan Islam.Jangan biarkan diri kita sebagai bahan fitnah terhadap Islam....buat akhirnya sahabat-sahabat mari bersama renungkan satu ayat Quran yang bermaksud"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi,yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa,"Iaitu orang yang berinfak,baik di waktu lapang mahupun sempit,dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain.Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.Surah Ali Imran ayat 133 dan 134.Sahabat-sahabat mari kita bersama menghayati bulan Ramadhan ini...gunakan waktu dengan sebaiknya......

Isnin, 17 Ogos 2009

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan...


Pada tahun ini merupakan tahun yang istimewa buat saya,tahun ini buat pertama kalinya saya insyaallah akan menunaikan ibadat puasa di rantauan...Ramadhan yang bakal menjelang saya rasakan amat gembira dan teruja ingin menyambut tetamu yang sangat mulia...semoga Allah memberi kesempatan buat saya dan juga buat sahabat-sahabat sekalian untuk mengabdikan diri dalam bulan yang penuh barakah ini.Pada hari pertama dalam bulan Ramadhan inilah saya dan rakan-rakan tahun satu di zagazig akan menghadapi peperiksaan phisiology..mudah-mudahan dengan keberkatan bulan Ramadhan ini,Allah akan memberi kejayaan kepada kami.Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun yang lepas...mari sama-sama kita mengambil kesempatan yang ada untuk sama-sama kita memperbaiki diri dan mempertingkatkan amalan.Saya mengucapakan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada pembaca blog ini terutama ibu-bapa dan adik-adik saya yang merupakan pembaca setia blog saya.....kutiplah rahmat dan keberkatan yang ada di bulan Ramadhan.....semoga kita berjaya dalam proses pentarbiyahan dalam madrasah Ramadhan ini....SALAM RAMADHAN..

Selasa, 11 Ogos 2009

Fikir-fikirkan....(=

Surah Al-Qasas ayat 60"Dan apa saja(kekayaan,kedudukan,keturunan)yang diberikan kepada kamu,maka itu adalah kesenangan duniawi dan perhiasannya,sedang apa yang disisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal.Tidakkah kamu mengerti?

Surah Al-Isra' ayat 19"Dan barangsiapa mengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh,sedangkan dia beriman,maka mereka itulah orang yang usahanya,dibalas dengan baik.

pengalaman (=


Alhamdulillah telah selesai satu madah yang penting iaitu Anatomy....moga diberi kecemerlangan oleh Allah buat saya dan rakan-rakan seperjuangan...saya masih teringat kata-kata doktor sewaktu oral exam untuk anatomy....doktor masih mengingatkan saya tentang hebatnya Allah dalam mencipta manusia...Subhanallah.Seusai dr bertanya mengenai upper limb...dr membacakan satu petikan daripada ayat suci Al-quran mengenai kehebatan Allah dalam penciptaan...dr juga memberi kalam-kalam taujihad(kata-kata semangat)."You have to apply,what you have learned in anatomy to examine the patient...Dr sempat menanyakan "what is the most important nerve for the upper limb?alhamdulillah dipertemukan dengan doktor tersebut...segala perasaan resah terubat jua...kata-kata semangat membuatkan saya bersemangat menjawab segala pertanyaan beliau...semua itu adalah bantuan dari Allah...apa yang saya amat suka dan tertarik sepanjang saya menuntut di bumi Anbiya' ini adalah keunikan para doktor yang mengajar...boleh dikatakan semua doktor dalam setiap pelajaran pasti mengaitkan dengan Allah...membuatkan kita berfikir bahawa dengan mempelajari ilmu perubatan ini sebenarnya adalah satu wasilah untuk kita lebih mengenali kekuasaan Allah.Masih lagi 3 madah untuk diselesaikan iaitu biochemistry,phisiology dan histology.Semoga Allah permudahkan..insyaallah.Untuk practical,pengalaman yang paling saya tidak sangka dalam hidup saya,bahawa saya tidak akan menjangkakan hidup saya sentiasa berkaitan dengan manusia...untuk kali pertamanya saya memegang cadaver(mayat),membelek-belek right common iliac artery,right psoas major muscle,ulnar nerve...terpaksa bertahan dengan bau formalin yang menusuk hidung...saya tak sangka saya akan memegang right and left lung...spleen,dan kidney....kalau sebelum ini,sebelum saya menuntut dalam bidang ini,saya amat takut dan geli melihat tubuh manusia dan organ-organ dalam jar dan sebagainya,tetapi alhamdulillah...semua telah menjadi sebahagian daripada kehidupan saya seharian...walau apa pun sahabat-sahabat,ingatlah bahawa,kita harus ingat dalam apa pun perbuatan kita atau pekerjaan kita,hendaklah perkara yang kita lakukan mengingatkan kita kepada Allah...sahabat-sahabat,tujuan sebenar kita diciptakan oleh Allah adalah untuk mengabdikan diri kepadaNYA.Kita seharusnya melakukan atau memulakan setiap apa pekerjaan atau perbuatan kita adalah semata-mata kerana Allah...insyaallah jika kita meniatkan sebegitu,insyaallah segala perbuatan kita tidak akan lari dari landasan yang sebenar...sebagai contoh apa salahnya jika kita memasak,kita lazimi zikrullah atau kita berselawat....tidak kira apa pun,cuba kita sama-sama memulakan pekerjaan dengan Basmallah dan selawat.Alhamdulillah,di zagazig sekarang ini musim padi dan jagung...dari rumah saya,alhamdulillah dapat melihat kehijauan ciptaan Allah tersebut.. dalam perjalanan ke kuliah...saya menaiki tremco(pengangkutan utama di mesir ini)..melihat ragam-ragam manusia....melihat ragam kuda dan keldai....comel betul keldai....sungguh setia dengan tuannya...sanggup memikul barangan yang berat,walaupun berjalan ibarat model berjalan...macam mana pula kita sebagai hamba Allah....adakah kita setia juga kepada Allah dalam melakukan perkara yang diperintahkan dan meninggalkan larangan.Betapa banyak nikmat yang diberikan oleh Allah tetapi kita masih tidak mampu menjadi setia kepada Allah...sahabat-sahabat,saya sungguh risau mengenangkan virus H1N1 yang kini mengganas di Malaysia khususnya..pernahkah kita terfikir bahawa mengapa Allah menurunkan penyakit tersebut?kita seharusnya tidak hanya memikirkan pengenai bagaimana cara-cara pencegahan daripada penyakit tersebut..tetapi ingatlah muhasabah terhadap diri kita kepada Allah itu jauh lebih penting.Apakah dosa kita sehingga Allah menurunkan musibah itu...Allah tidak menurunkan sesuatu musibah tanpa sebab...setiap musibah yang diturunkan adalah sebagai peringatan terhadap kita sebagai hambaNYA..sahabat-sahabat,kita renungkan kembali,kembalilah kepada Allah dan sama-sama kita memohon ampun di atas dosa-dosa,segala maksiat kita terhadap Allah...seharusnya kita tidak melupakan Allah selain kita melakukan segala pencegahan terhadap influenza tersebut...Allah sangat sayang terhadap hamba-hambaNYA,tetapi kita selalu melupakan Allah...segala musibah penyakit ini bukan tanda kebencian Allah kepada kita,tetapi sebagai tanda Allah masih sayangkan kita,diberi kepada kita peringatan...sedarlah bersama-sama betapa cinta Allah terhadap kita amat mendalam...jangan kita lupa pada Allah...sesungguhnya Allah tidak pernah lupa pada kita...walaupun banyak dosa yang kita lakukan,pernahkah Allah memberhentikan oksigen untuk kita bernafas,buah pinggang yang menapis darah,jantung yang mengepam darah dan sebagainya...ingatlah sahabat-sahabat Firman Allah Taala dalam surah Al-Anbiya' ayat 1"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka,sedang mereka dalam keadaan lalai(dengan dunia,berpaling dari akhirat)...sahabat-sahabat inilah masanya untuk kita berubah dan mempertingkatkan amalan kita....ingatlah sesungguhnya...ALLAH AMAT SAYANGKAN KITA....