Jumaat, 29 Mei 2009

adik-adikku sayang




Ya Allah rindunya ku pada adik-adikku...tak terkata....semalam adik-adikku menelefonku,tapi yang sedihnya tak berapa jelas sangat.Tapi alhamdulillah sempat juga bercakap dengan adik adikku..kakak kite sayang dengan rindu kakak...Ya Allah sedihnya hati ini...rasa terubat jua mendengar suara ani yang comel tu...dan apabila suara ku tidak berapa jelas..adiku berkata "kakak suara kakak macam tikus(maksudnya perlahan),mcm -mcm adikku yang seorang ni..dulu sewaktu balik daripada matriks,ani terus sahaja meminta untuk didukung..dia terus menciumku..kami main bersama-sama...Ya Allah rindunya dengan azhani...kata mak,adikku sudah pandai membaca...rajin belajar sekarang ni..teringat kata-kata mak kepadaku...mak menyuruh adiku adib untuk belajar,tapi adib menjawab."kite tak nak belajar rajin2,nanti kite jauh macam kakak dengan abang(adikku yang sedang menuntut di sbpi gombak).Adiku yang bernama adam sangat rajin orangnya ,walaupun baru darjah 3 tapi kata mak,dia selalu tolong mak siang ikan,masak,basuh kain,mcm-mcm lagi...rajinnya adik kakak ni....nanti kakak bagi hadiah dan anugerah rajin utk adam ye....buat adik-adik kakak,belajar rajin-rajin,jangan malas-malas,tolong mak,dengar cakap mak ye...jadi anak yang soleh dan solehah...buat asyraaf belajar rajin-rajin dan dapatkan 9A,adib,adam dan azhani..pun sama...nanti insyaallah kalau kakak balik kakak belikan unta mainan ye...tapi dgn syarat...kena belajar rajin2...solat jgn tinggal...kakak sayang sangat dan rindu sangat dengan adik-adik kakak ni...smg kita berjaya dunia dan akhirat,dapat tolong mak dan bapak,tapi yang paling penting tolong islam....ingat tu...kakak doakan adik-adik kakak semua berjaya dgn cemerlang..

Rabu, 27 Mei 2009

RENUNGAN BUAT SAHABAT MUSLIMAH....


WANITA IBARAT EPAL.EPAL YANG TIDAK BERKUALITI AMAT MUDAH DIPEROLEHI KERANA IA BERGUGURAN DI TANAH. TAPI EPAL YANG TIDAK MAMPU DIBELI BERADA DI PUNCAK. EPAL ITULAH ALLAH JADIKAN BAGINYA TINGGI MARTABATNYA SEHINGGA TIDAK ADA SIAPA YANG BERANI MEMETIKNYA.BANYAK DARIPADA HADIS RASULULLAH SAW MEMUJI KAUM WANITA YANG SOLEHAH. ANTARANYA:
Pujian Rasulullah:
“Dunia itu seluruhnya perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita/isteri solehah.”[1]
“Tiada kekayaan yang diambil seorang mukmin setelah bertakwa kepada Allah yang lebih baik dari isteri solehah;iaitu taat jika diperintah, menyenangkan jika dilihat, suka berterima kasih bila diberi, dan jika suaminya pergi akan menjaga dirinya dan harta suaminya.”[2]
Nasihat Buat Wanita
Nasihat Umamah binti Harits kepada puterinya Ummu Iyyas bin ‘Auf ketika dipinang oleh Amr bin Hijr, Raja Kindah:
“Wahai puteriku, sekiranya memberi nasihat boleh ditinggalkan, maka aku tinggalkan untukmu. Nasihat itu merupakan peringatan bagi yang lain dan pertolongan bagi yang berakal sekalipun seorang perempuan tidak memerlukan harta suaminya kerana orang tuanya sudah kaya. Dan aku adalah orang yang paling tidak memerlukan itu semua, tetapi perempuan itu diciptakan untuk laki-laki dan sebaliknya.
Wahai puteriku, engkau keluar menghadapi suasana baru dan tempat baru yang belum pernah engkau kenal liku-likunya. Engkau juga menghadapi sahabat baru yang liku-likunya tidak engkau kenal sebelumnya. Akan tetapi, suamimu dengan kekuasaannya akan dapat menguasai dan mengawasi dirimu. Oleh kerana itu, jadilah kamu laksana seorang budak, dia pun tentu akan menjadi budak bagi dirimu dan teman kesayanganmu.
Jagalah dengan baik 10 sifat, nescaya engkau menjadi penyuluh.
Pertama dan kedua, hendaklah kamu bersifat tenang dan menerima apa adanya serta mahu mendengar dan taat.
Ketiga dan keempat, hendaklah kamu menjaga dengan baik mata dan hidungnya, agar dia tidak sampai melihat hal tidak baik pada dirimu; dan jangan sampai mencium bau tidak enak dari dirimu. Oleh karena itu, engkau harus selalu wangi.
Kelima dan keenam, jagalah baik-baik waktu tidurnya dan waktu makannya. Bila perutnya benar-benar sudah merasa lapar, ia mudah tersinggung. Dan bila tidurnya terganggu, ia akan mudah marah.
Ketujuh dan kedelapan, hendaklah engkau jaga hartanya, perhatikan pelayan dan keluarganya. Seseorang dikatakan tidak menjaga hartanya dengan baik bila tidak pandai mengatur pembelanjaannya, dinamakan tidak memperhatikan pelayan dan keluarganya bila tidak pandai mengurusnya.
Kesembilan dan kesepuluh, janganlah engkau derhaka kepada perintahnya dan membuka rahsianya. Kalau engkau menyalahi perintahnya, hatinya akan menjadi panas. Dan kalau engkau buka rahsianya, engkau membuatnya tidak percaya kepadamu dan tidak merasa aman darimu. Janganlah kamu sekali-kali bergembira ria di kala dia sedang murung, dan jangan kamu murung di kala dia sedang bergembira ria..” [3]
Malah wanita yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya boleh memasuki syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki. Cukup dengan empat syarat: menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, taat kepada suami,dan menjaga kehormatannya. Rasulullah bersabda,
“Bila seorang wanita solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka akan memasuki syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki.” [4]
Wahai wanita! Jadilah kamu isteri yang solehah.Jika kamu taat, indahlah hidup kamu dan bahagialah juga kamu di dunia dan akhirat…

cerita hari ini.....




Assalamualaikm....awal pagi tadi(26 haribulan 5 2009),saya menghantar adik-adik ahli bait saya di lapangan terbang.Alhamdulillah mereka telah mendapat biasiswa mara....tahniah adik-adikku sayang...tapi yang sedihnya mereka terpaksa pulang ke malaysia untuk membuat persediaan untuk melanjutkan pelajaran di universiti Alexendria,mesir.Setelah lebih kurang lima bulan bersama,kami ibarat satu keluarga....kini rumah kami hanya tinggal 4 0rang...sunyi rasanya...tapi mungkin itu adalah yang terbaik yang telah ditentukan oleh Allah buat mereka...itu cuma selingan.....tapi akak doakn sarah,mimi,farah dan suha agar sentiasa berada di bawah rahmat dan kasih sayang Allah,jaga diri,jaga iman,jaga peribadi....smg kamu semua berjaya.Jangan lupa lawat akak kat zagzig ni.....insyaallah...pada kali ini saya ingin menceritakan sedikit mengenai dunia kanak-kanak....apabila saya ym dengan emak saya,adik-adik saya mesti tulis..."kakak,ani rindu dengan kakak"...adib pun begitu...kenangan bersama mereka sangatlah indah..kami suka main bersama-sama..kadang saya apabila berada di rumah berubah menjadi kanak-kanak...kadang-kadang saya terfikir bahawa seronoknya berada di dalam dunia kanak-kanak ini..tanpa perlu memikirkan taklifan,dosa,masalah dan sebagainya.Apabila berada di mesir ini melihat kanak-kanak di sini mengingatkan saya pada adik-adik saya yang tersayang..Asyraaf,Adib,Adam,dan Azhani..keletah mereka sangat menghiburkan hati...setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan suci tanpa dosa,maka ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada ingin menjadi yahudi atau nasrani.Apabila berada di mesir ini,hati saya sayu melihat kanak-kanak yang berpakaian compang-camping,rambut kusut dan tidak terurus...hati saya tertanya-tanya,di manakah ibu bapa mereka...ada kala ada di antara mereka masih kecil,tapi berjalan seorang diri...meminta sedekah..saya teringat kanak-kanak di Malaysia,boleh dikatakan majoritinya lebih bernasib baik daripada kanak-kanak di mesir ini..melihat mereka mengingatkan saya bahawa betapa beruntungnya saya dan adik-adik saya,betapa nikmat yang diberikan kepada kami amatlah banyak.Saya teringat bagaimanalah kanak-kanak di palestin..adakah mereka dapat makan dengan secukupnya..mereka terpaksa hidup dan membesar di dalam suasana yang tidak aman.Cuba kita fikirkan...jika kita di sini senang bersenang lenang tanpa ada sesuatu yang kita hendak sumbangkan kepada islam...sedangkan kanak-kanak dan remaja-remaja di sana sangat berani dan sanggup mati syahid demi islam.Jika kita di sini masih berada di dalam dunia cinta,tanpa mengenal batasan dan Allah yang amat mencintai kita...lihatlah kanak-kanak dan remaja palestin,walaupun mereka masih muda belia,tapi kecintaan mereka terhadap Islam dan Allah amatlah tinggi,kerana mereka tahu cinta kepada Allah adalah hakiki dan mereka tahu balasan yang akan kekal selamanya iaitu jannah.Jika kita disini mengaku mencintai palestin,dan mengutuk yahudi..tapi kita masih membeli barangan yahudi..ingatlah kita adalah bersaudara..palestin adalah milik umat islam dan menjadi tanggungjawab kita semua dan bukanlah hanya terletak pada mereka sahaja..kita adalah bersaudara...di sini pentingnya kita bersyukur terhadap Allah di atas nikmat dan anugerahnya terhadap kita...sahabat-sahabat apabila kita melihat keadaan sekeliling kita lihatlah dengan mata hati...rasailah penderitaan mereka...doakanlah untuk saudara-saudara seislam kita...alhamdulillah saya ditakdirkan oleh Allah untuk berada di bumi mesir ini..walaupun saya baru beberapa bulan sahaja di sini ,tapi saya dapat rasai seolah olah seperti berada di tanah air saya sendiri..banyak peristiwa yang amat bernilai dalam hidup saya yang saya dapat rasai di sini.Mesir mengajar saya agar lebih mensyukuri mikmat Allah,mendekatkan saya terhadap masyakarat dan yang paling saya hargai ialah nilai ukhwah...sahabat-sahabat,sebagai seorang islam kita tidak dapat terlepas dengan tanggungjawab kita terhadap islam,cuba kita fikirkan dan renungi sejenak,apakah sumbangan kita terhadap islam..sepanjang usia muda kita adakah telah kita penuhi dengan perkara yang membawa kepada keredhaan Allah..sahabat-sahabat di matriks dahulu ada memberi tahu saya bahawa belajar dan menuntut ilmu itu adalah utama tetapi kerja islam bukan nombor dua.Bagaimanakah kita hendak memastikan bahawa akademik dan islam adalah seiring?Dalam melaksanakan kerja-kerja islam,pelajaran jangan kita lupakan,jangan kita jadikan diri kita sebagai fitnah kepada gerakan islam...jangan kita biarkan sesetengah mereka mengatakan orang yang buat kerja-kerja islam ini,terkebelakang ataupun tidak hebat dalam akademik...dahulu semasa di kolej matrikulasi perak,saya mempunyai sahabat-sahabat yang sering membantu saya,saling mengingatkan dan merekalah sahabat masjid saya..sampai kehari ini kenangan bersama mereka tidak akan saya lupakan...buat sahabat-sahabat di mesir dan juga malaysia teruskan perjuangan kalian demi memartabatkan islam,jika hati berasa lemah,ingatlah Allah bersama-sama kita,yakinlah dengan Allah,ingatlah kemenangan akan berpihak kepada Islam juga.ingatlah belajar adalah pertama dan utama tapi kerja-kerja islam bukan nombor dua...bersama membangun bersama islam...

Ahad, 24 Mei 2009

KELEBIHAN WANITA


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

WANITA PELIHARALAH DIRIMU.....




Assalamualaikm,insyaallah pada kali ini,saya ingin menyentuh sedikit mengenai hal-hal kewanitaan iaitu mengenai bab aurat dan ikhtilat..insyaallah.Sebelum tu,saya ini bukanlah yang terbaik untuk membincangkan mengenai hal-hal ini,tetapi insyaallah kita sama-sama memperbaiki diri kita insyaallah..selalu kita dengar perumpaan seorang wanita solehah,saya pernah terbaca wanita solehah ini ibarat mawar berduri,ibarat mutiara.Saya suka memberi perumpaan yang wanita solehah ini ibarat mutiara ditengah dasar lautan...Islam datang mengangkat martabat wanita,tetapi akhirnya seperti yang kita lihat wanita islam sendiri menjatuhkan martabat mereka.Allah Taala telah berfirman dalam surah ALahzab ayat 59 yang bermaksud "Wahai Nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu,anak -anak perempuanmu dan isteri-isteri org mukmin ,"Hendaklah mereka menutup jilbabnya ke seluruh tubuh badan mereka agar mereka lebih mudah di kenali,sehingga mereka tidak akan diganggu.Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang.Wahai sahabat-sahabat muslimat yang saya amat sayangi,berbalik kepada firman Allah Taala tadi,jelas membuktikan bahawa Allah amat menyayangi kita.Di sini saya ingin membuat satu perumpaan mengenai mutiara dan wanita solehah.Wanita solehah ibarat mutiara yang cantik.Mutiara ini berada di dasar lautan.Mutiara ini tersimpan rapi di dalam tiram yang keras.Sesiapa yang mahukan mutiara ini haruslah meyelam ke dasar lautan,(Yang sememangnya memerlukan kesabaran dan daya tahan yang kuat).Wahai sahabat-sahabat muslimah yang disayangi,begitulah misalannya bagi wanita solehah.Seoarang wanita solehah itu amat menjaga auratnya kerana Allah,mereka menjaga aurat mereka adalah kerana Allah dan demi untuk menjaga maruah dan peribadi mereka.Mereka tutupi tubuh mereka dari pandangan lelaki ajnabi,aurat mereka dijaga untuk suami mereka.Tutur kata mereka penuh hikmah dan saling mengingatkan kepada Allah.Hidup dan mati hanya diserahkan untuk sebuah perjuangan kerana Islam.Wahai sahabat muslimat,hanya lelaki yang taat dan patuh kepada Allah sahaja mampu memiliki hatinya,kerana wanita itu hanya mahukan lelaki yang sering mengingatkan dirinya kepada Allah bukanlah makin menjadikannya dirinya semakin jauh dari Allah.Mereka mahukan lelaki yang sering mengajarkan mereka ilmu dan nasihat.Meraka ingin menjadi pembantu dalam perjuangan menegakkan agama Allah dan bukannya pembantu dalam hal-hal kedunian semata-mata.Sahabat muslimat,bagaimana hendak menjadi wanita solehah?pertamanya kita haruslah mencontohi keperibadian


ummahatul mukminin yang amat mulia dan hebat dalam perjuangannya di sebalik perjuanagan Rasulullah.Pertahankanlah pakaian muslimahmu seperti yang digariskan di dalam Al quran.Jadilah umat islam yang teguh seperti yang di sebut Rasulullah,bahawa umatku di akhir zaman nanti ada segolongan yang memegang islam itu ibarat memegang bara api.Sabda Rasulullah lagi."Islam itu datang dalam keadaan dagang(asing) dan kembali juga dalam keadaan dagang,maka beruntunglah mereka yang asing itu.Jika kita pada hari ini dianggap asing sekiranya kita berpakaian islam maka beruntunglah kita.Tutuplah auratmu keseluruh tubuhmu kecuali muka dan tapak tangan.Jangalah memakai pakain yang ketat sehingga menampakkan segala keaiban kita sebagai seorang muslimah,ustazah pernah berpesan,aurat seorang muslimah itu adalah hak eksklusif bagi mahramnya...dan bukannya milik umum.Tutuplah aurat kerana Allah,nescaya Allah akan menjaga dan memelihara kita...pernahkan kita melihat seorang wanita yang sangat menjaga aurat dan keperibadiannya diganggu oleh lelaki...kalau ada tetapi ini amatlah jarang kerana lelaki amat menghormati wanita yang menjaga aurat dan keperibadiannya...janganlah kita membiarkan maruah diri kita rendah disebabkan kita tidak menutut aurat seperti yang digariskan oleh islam.Marilah kita sama-sama berubah kerana Allah,kerana tiada nikmat yang paling manis selain nikmat merasai halawatul iman...jika dulu kita tidak memakai tudung ,saat ini kita harus memakai tudung dan tudung itu haruslah(wajib)menutup dada dan tidak menampakkan bahagian yang tidak seharusnya diperlihatkan.Menutup aurat bukanlah dengan hanya menutup rambut,tetapi haruslah memakai pakain yang longgar,labuh,dan tidak menarik perhatian lelaki,tidak menampakkan susuk tubuh.Di sini saya ingin menegur,kadang-kadang kita terlupa untuk menutup kaki kita,maksud saya dengan memakai stokin...insyaallah marilah kita sama-sama berubah dan beramal kerana-NYA.Kerana kita mungkin tidak tahu bilakah kita akan mati,mahukah kita diambil nyawa oleh Allah dalam keadaan tidak menutup aurat yang tidak sempurna sedangkan menutup aurat itu adalah wajib.Kadang-kadang saya ada terdengar ada segelintir muslimat yang mengatakan "nantilah pakai tudung,sekarang ni tak ada hidayah lagi la"Wahai sahabat muslimat hidayah itu haruslah dicari bukannya datang sendiri.Cuba kita fikirkan ada sebuah rumah yang sentiasa disinari dengan cahaya matahari,tetapi tuan rumah tersebut tidak membuka tingkap,tentulah rumah tersebut gelap,sekiranya tuan rumah tersebut membuka tingkap tingkap sudah tentu rumah tersebut akan disinari cahaya matahari,begitulah diri kita,hidayah Allah itu telah lama menyinari kita,tetapi kita sahaja tidak membuka pintu hati kita untuk menerimanya...akhir kata,hidayah itu perlu dicari bukannya hanya berdiam diri...apa jadinya sekiranya Allah telah menarik nyawa kita sebelum hidayah itu menyinari hidup kita....???Salam sayang buat sahabat muslimah,diri ini menyayangimu kerana Allah,peliharalah dirimu kerana dirimu begitu berharga...ingatlah wanita yang solehah untuk lelaki yang soleh...jaga diri,jaga peribadi dan peliharalah iman dalam diri...jadilah mawar berduri....

CINTAILAH SEGALA PEMBERI NIKMAT





Alhamdulillah Allah telah memberi saya kesempatan untuk menulis,disebabkan kesibukan dengan urusan pelajaran yang kadang-kadang sampai memeningkan kepala...tapi tak apa itulah sebenarnya kemanisan dalam menuntut ilmu.Dalam menuntut ilmu ini pelbagai pengorbanan yang peelu kita tunaikan..kadang-kadang kita berasa penat,berasa tidak sabar,futur sebagainya tapi ingatlah setiap kesusahan yang kita rasai itu jika kita niatkan kerana allah,insyaallah Allah akan membalasnya dengan kemanisan iman(halawatul iman).Kadang-kadang saya rasa rindu sangat dengan keluarga terutama dengan mak(maklumlah anak perempuan sulung),rasa nak balik je... main dengan adik-adik(tambahan pula adik-adik masih kecil)..Tapi bila saya fikir sejenak bahawa ramai lagi yang belajar di mesir ni yang lama tidak pulang...(saya jadi sem angat semula),masih ramai lagi hamba-hambanya yang tabah dan sabar dalam menuntut ilmu..smg Allah memberi kesabaran kepada mereka....insyaallah pada kali ini saya ingin bercerita sedikit...mengenai kisah seorang lelaki yang mengutamakan kecintaanya kepada Allah...(maafla sekiranya saya menggunakan bahasa saya sendiri)....Pada zaman Rasulullah dahulu ada seorang lelaki(maaf saya tak ingat namanya),lelaki ni tak la handsome,dan tak la kacak dan lelaki ini juga seorang yang berkulit gelap...tapi sahabat-sahabat setiap manusia mempunyai fitrah untuk ingin di sayangi ataupun menyayangi..(lelaki ini teringin untuk berumah tangga)...tetapi setiap kali lelaki ini hendak meminang gadis,unfortunately,semua gadis tidak mahu berkahwin ataupun tidak mahu menerima pinangan lelaki tadi....tetapi lelaki ini sangat yakin dengan firman Allah,yang menyebutkan Allah mencipta semua yang ada di muka bumi ini saling berpasangan....lelaki ini amat yakin yang dia pun ada pasangannya...(contoh yang baik,tidak berputus asa ,dan yakin pada Allah)..lalu lelaki ini berjumpa dgn Rasulullah untuk menyatakan isi hatinya..bahawa dia ingin berumah tangga tetapi,tidak ada seorang gadis yang ingin berkahwin dengannya...lelaki ini meminta Rasulullah untuk mencarikan teman buatnya...Rasulullah dengan hati yang terbuka telah bersetuju untuk mencarikan pasangan bagi lelaki ini..walaupun lelaki ini tidak kacak tetapi dia memiliki hati dan keperibadian yang sangat mulia dan sangat patuh pada agama..Alhamdulillah..rupa-rupanya masih ada gadis yang mahu untuk bernikah dengan lelaki ini...gadis ini amat cantik..dia tidak memandang luaran lelaki ini bahkan memandang akhlak lelaki ini...Lelaki ini amatlah gembira dan bersyukur kerana benarlah bahawa sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah..menjelang hari pernikahan lelaki ini...Rasulullah meminta lelaki ini untuk membeli persiapan pernikahan mereka...tetapi sedang lelaki ini membeli barangan persiapan pernikahannya..seorang utusan Rasulullah telah datang kepadanya dengan membawa perkhabaran ataupun seruan jihad.Maka lelaki ini berasa serba salah,adakah dia mahu membiarkan sahaja urusan jihad itu kerana dia mahu bernikah ataupun menyahut seruan jihad...kalau kita la sahabat2,dalam keadaan ini mcm mana ye?mungkin ramai di antara kalangan kita yang memilih umtuk berkahwin...termasuklah saya agaknya...???.Disebabkan keimanan dan kecintaan lelaki ini pada Allah...maka dia segera menjual kembali segala barangan persiapan untuk pernikahannya dan membeli baju besi dan alatan peperangan...Alhamdulillah..lelaki ini telah menemui cintanya yang sejati iaitu cinta kepada Allah..dia telah dihadiahkan dengan bidadari yang jauh lebih cantik daripada wanita di dunia..inilah sahabat-sahabat nilai cinta seorang hamba kepada tuhannya iaitu Allah...sanggupkah kita menjadi seperti dia...sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,saya ingin menyeru kepada diri saya ini dan sahabat-sahabat sekalian untuk kita mengutamakan cinta kepada Allah...suka saya ingatkan kembali nilai kesihatan yang Allah beri kepada kita...jantung kita,paru-paru,buah pinggang dan semua organ-organ yang terdapat dalam badan kita,mampukan kita untuk membalasnya...kalau kita perhati dan berfikir sejenak betapa kasih dan cinta Allah pada kita sangatlah mendalam..betapa Allah telah menciptakan kita dengan pelbagai sistem dan organ yang sangat canggih dan tidak mampu kita saingi...marilah kita sama-sama mencintai Allah...pernahkah Allah meminta balasan kepada kita,setiap darah yang mengalir,udara yang disedut,buah pinggang yang menapis barang buangan dalam tubuh kita....Allah tidak pernah meminta,,tetapi yang Allah minta hanyalah ketaatan dan ketaqwaan kepadanya.....kadang-kadang kita hanya mengutamakan cinta sesama manusia dan lupa cinta kepada Allah...sekiranya kita mencintai seseorang belum pasti dia juga akan mencintai kita,tetapi sekiranya kita mencintai Allah ,sudah pasti Allah akan mencintai kita...fikir-fikirlah.....maaf sekiranya terdapat kesalahan....(membangun bersama islam)

Isnin, 18 Mei 2009

wanita solehah idaman mujahid


Wanita Solehah Idaman Mujahidwww.iLuvislam.comnurinaqistinaEditor: everjihad

"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”
Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”
Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)
Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.
”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)
Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatankepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,
" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”(An Nisaa’ : 1) " Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)
Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.
“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”
Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini..::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

selamat hari ibu emak


Alhamdulillah,ALLAH telah memberi saya kesempatan untuk bernafas pada saat ini,bila mengenangkan jasa dan pengorbanan seorang ibu yang saya panggil sebagai emak,amatlah tidak terkata...sungguh mulia pengorbanan seorang ibu,dari saat mengandung hinggalah kelahiran...apabila saya belajar mengenai embryology...saya dapat mengetahui bahawa beban yang dipikul oleh seorang ibu dalam proses kehamilan itu amatlah memenatkan..bayangkan placenta beratnya sudah menjangkau 500 gram(itu berat yang normal),amnioic fluid(1.5 liter),tambah dgn berat bayi yg dikandung itu,paling ringan pun mungkin 2 kilo lebih,ada yang sampai menjangkau sehingga 4 kilo lebih..subhanallah...inilah anugerah yang ALLAH beri pada hambanya yang bergelar ibu...seorang lelaki yang gagah pun tidak mampu utk menampung beban yang seberat itu...bayangkan seorang ibu membawa tanggungan itu kemana sahaja ia pergi...cuba kita teliti,jika kita disuruh mengikat batu bata di perut tanpa meninggalkannya pasti kita tidak akan sanggup...namun ibu tetap tabah demi anak yang tercinta.Apabila proses kelahiran,si ibu terpaksa bertarung nyawa utk melahirkan anak yang dikasihi.Subhanallah...emak,terima kasih kerana melahirkan kakak...jasa dan kesakitan emak dalam melahirkan kakak tu,tak mampu kakak balas..hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya..Seorang ibu,sanggup berjaga malam,tidak tidur demi untuk memastikan anak2nya tidak digigit nyamuk..bukan sahaja anaknya masih lagi bayi..tapi walaupun anaknya sudah besar seperti saya pun ibu tetap prihatin terhadap anak2nya...benarnya...seorang anak itu tidak mampu membari layanan seperti seorang ibu memberi layanan kepada kita,sehingga kita sendiri merasai pengalaman mengandung,melahirkan dan menyusui anak..Buat emak yang amat kakak kasihi dan sayangi...maafkanlah segala kesalahan kakak sejak kakak berada di dalam perut emak lagi sehingga kini dan utk selama-lamanya...kakak tahu banyak perbuatan kakak yang melukakan hati emak,maafkanlah..halalkanlah setiap titis susu yang diberikan,setiap waktu yang dikorbankan demi menjaga kakak dan adik2..kini kakak berada jauh dari emak,kakak amat rindu dgn mak,smg ALLAH sentiasa merahmati dan memelihara emak...dan melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya..doakan kami menjadi anak2 yang soleh dan solehah utk mak dan bapak....dan menjadi hamba ALLAH yang taat kepada perintahnya....walaupun susah dan penat,insyaallah kakak akan belajar rajin2 dan bersungguh2 utk menjadi anak yg solehah utk mak dan bapak...kakak sayang sgt dgn mak......selamat hari ibu mak(puan askinah bt hj mokhtar)

belajar perlu kesabaran dan ketabahan


Alhamdulillah,ALLAH masih memberi kesempatan kepada saya untuk hidup dan terus memburu atau mencari imu di bumi Mesir yang penuh keberkatan ini.Tapi di sebalik itu,perlu kesabaran dan ketabahan dalam mencari ilmu...terpaksa berpisah dengan keluarga,sahabat2..dan perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran di mesir..tambahan pula belajar perubatan...hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa penatnya belajar perubatan ini,perlu pengulangan dan kekuatan fizikal dan mental...walaupun untuk tahun tahun pertama ini hanya perlu belajar 4 matapelajaran sahaja iaitu anatomy,phisiology,histology dan biochemistry..tapi terlalu banyak maklumat yang perlu dihafal...tak pe....saya yakin,ALLAH tidak akan membebani nasib seseorang melainkan kesanggupannya...bila saya fikir apa tujuan saya sebenar untuk belajar perubatan...adakah untuk menjadi popular?...ingin kaya?...atau igin disanjing tinggi?...jawapannya adalah tidak....saya perlu belajar perubatan ini adalah kerana ingin mencari mardhtillah...(keredhaan ALLAH) dan demi islam yang tercinta...apa guna saya belajar tetapi hanya akan membawa saya jauh dari ALLAH....walaupun dapat menjadi seorang doktor,tapi apabila rahmat ALLAH jauh dari saya....saya akan menjadi manusia yang paling hina dan rugi...Emak selalu berpesan,"kakak,emak nak anak mak jadi doktor yang dapat bantu islam,membantu org yang susah,yang sentiasa merendah diri,taat perintah agama..mak nak kakak jadi dr yang solehah...".Bapak pula selalu menasihati"kakak nanti bila dah jadi dr,kalau ada org miskin,kakak bagi la rawatan percuma...jadi pendakwah sekali ...mcm dr halimah,dr lo'lo',dan dr yang pakai tudung labuh tu....walaupun mereka tu seorang dr tapi keterlibatan mereka dalam bidang dakwah dan politik tidak dapat disanggah..."Bapak juga selalu memberi semangat kepada saya,buktikan yang orang pakai tudung labuh pun boleh berjaya dalam bidang perubatan...insyaallah harapan tu tak akan saya lupakan...pesanan yg paling terkesan dalam diri saya ialah..."kakak,nanti kat mesir nanti,mak dgn bapak tak ada,kakak tak ada bapak dan emak utk bergantung,tapi kakak ada ALLAH,ALLAH ada selalu bersama kakak....kalau kakak rapat dgn ALLAH,insyaallah ALLAH akan sentiasa bersama kakak dan melindungi kakak".Dalam keadaan musim panas ini,saya kadang-kadang berasa penat dan futur...dgn suhu yang sangat panas,lalat yang banyak,nyamuk yg berbisa(habis tangan dan kaki diwarnai bintik2 merah hasil pertarungan sel darah putih saya dan antigen yang dibawa oleh nyamuk.Apabila suhu yang sangat panas,saya kadang tak tahan sangat,tapi bila saya lihat ammu yang sapu sampah tu,saya dapat satu kekuatan,saya hanya rasa panas sikit sahaja,ammu tu dahla sudah lanjut usianya tapi dia sanggup berpanasan demi mencari sesuap rezeki,kadang-kadang apabila melihat ammu tu,saya sedih sangat,saya nak tolong tapi tak boleh,yang hanya saya boleh buat hanyalah dgn doa.Benarlah dunia ini ibarat neraka bagi org mukmin dan syurga bagi org kafir,manakala akhirat adalah syurga bagi org mukmin dan neraka bagi org kafir...Allah menjadikan bumi ini sebagai medan ujian bagi hamba-hambanya utk mengetahui siapakah di antara hamba-hambanya yg taat kpd perintahnya..hidup di mesir ini mengajar saya utk lebih mensyukuri nikmat ALLAH,apatah lagi apabila saya belajar ilmu perubatan ini,sungguh banyak nikmat ALLAH yang tidak mampu kita kufuri...lihatlah jantung kita,bagaimana sistem badan kita berfungsi..bagaimana sistem imunisasi badan kita,bagaimana ALLAH menjadikan manusia itu sebagai salah satu ciptaannya yang sangat canggih..subhanallah,ALLAHUAKBAR...belajarlah utk mendekati-NYA.Tuntulah ilmu apa sahaja ilmu perubatan atau ilmu agama atau sebagainya,yang penting ilmu itu membawa kita ke arah utk mendekati ALLAH.Sebagai pelajar yg mempelajari perubatan,saya ingin mengajak sahabat2 perubatan khususnya utk menjadikan ilmu yang kita belajar ini sebagai satu cabang ilmu yang membawa kita mengenali kekuasaan ALLAH.Begitu banyak sbg contoh anomalies of the placenta,RBCs dan pelbagai lagi ciptaan yang luar biasa itu adalah utk membuktikan kekuasaan ALLAH yang mampu melakukan apa2 sahaja...seperti yang kita tahu,sekiranya,berlaku kehilangan atau tersalah base dlm proses replication of DNA sahaja,akan menyebabkan mutation atau akan menyebabkan penyakit,subhanallah,begitu teliti ciptaan ALLAH itu....ini memberi pengajaran bahawa dalam kehidupan kita walaupun kita melakukan sekecil2 maksiat tetap akan dibalas oleh ALLAH,dan apabila kita melakukan walaupun sekecil2 kebaikan akan tetap dibalas oleh ALLAH...sebenarnya terlalu banyak misalan dalam penciptaan ALLAH yang sama dalam kehidupan kita di dunia ini....oleh itu sahabat2 marilah sama2 kita belajar kerana ALLAH,walaupun pahit di awalnya pasti akan membuahkan kemanisan di akhirnya.Bak kata pepatah,kejayaan semanis madu memerlukan pengorbanan sepahit hempedu...lihatlah bagaimana ALLAH memujuk Rasulullah..jikalau jalan juang atau kebaikan itu mudah maka akan ramailah manusia yang akan mengikutmu....wahai sahabat2 jalan juang(dlm menuntut imu atau dakwah atau sebagainya)bukanlah jalan yang bersih,mudah,dan jalan yang dibentangkan dengan karpet merah,tetapi jalan ini merupakan jalan yang sentiasa penuh dgn duri,ranjau,nanah yang akan menimpa hasil dari tusukan duri...jalan ini penuh dgn mehnah dan tribulasinya...maka hendaklah kita bersabar walaupun dasarnya amatlah payah...namun pada akhirnya syurga ALLAH menanti buat kita....kita belajar utk membangunkan islam dan memperjuangkan ..kitalah pelapis golongan pejuang hari ini,persiapakan diri dengan ilmu....yakin dgn ALLAH...salam perjuangan...(MEMBANGUN BERSAMA ISLAM)....