Sabtu, 24 Julai 2010

Alhamdulillah selesai sudah program daurah kitab musim panas anjuran unit pembangunan insan Perubatan Cawangan Zagazig.Alhamdulillah banyak manfaatnya yang insyaallah kita semua akan peroleh.Tajuk yang dibawa ialah mengenai "Apa erti kebangkitan islam pada zaman moden"Kitab ini asalnya dalam bahasa arab tetapi telah dibincangkan dan diulas oleh Ustaz Mohd Azrul Ismail.Saya berpendapat kitab ini patut dibaca oleh semua remaja dan semua umat Islam.Kitab yang menerangkan bagaimana kebangkitan Islam setelah kejatuhan Khilafah Islamiah di Turki pada 3 Ogos 1924.

Khilafah Islamiah adalah satu gagasan yang menghimpunkan seluruh negara-negara Islam di bawah satu pemerintahan.Khilafah Islamiah ini adalah penyelamat bagi umat Islam di seluruh dunia.Di bawah agenda pihak barat dan musuh dalaman sendiri iaitu Mustafa Kamal atartuk Laknatullahialaih,khilafah Islamiah yang merupakan zaman kegemilangan umat Islam dahulunya hancur dan sehingga kini hasil daripada kejatuhan Khilafah Islamiah ini umat Islam dihina,ditindas,dibunuh sesuka hati,wanita dirogol dan sebagainya yang kita dapat lihat kekejaman dan kemelaratan umat Islam di seluruh dunia.

Hasil daripada agenda barat yang ingin memecah belahkan umat Islam,mereka memecahkan atau mewujudkan pecahan-pecahan negara seperti Mesir,Syiria,Jordan,Lubnan dan sebagainya sebagai langkah mewujudkan sikap asobiah dalam kalangan umat Islam.Hasil daripada ini,negara masing-masing mementingkan periuk nasi mereka sendiri.Contoh yang kita dapat lihat ialah bagaimana Mesir tidak membuka pintu laluan yang menghubungkan antara Mesir dengan Palestin bagi membolehkan penyaluran bahan makanan.Betapa mereka sanggup bersekongkol dengan agenda pihak barat demi menjaga periuk nasi mereka sendiri.

Sahabat-sahabat,betapa pentingnya kita sebagai syabab dan fatayat Islam ataupun pemuda dan pemudi Islam sedar akan peri pentingnya kita untuk mengembalikan khilafah Islamiah ini demi kesejahteraan umat Islam dan demi memastikan hukum Allah itu dapat dilaksanakan.Kita harus bangkit dan mengubah cara fikiran kita kearah Islam.Berani dalam mempertahankan dan berubah,jangan asyik berfikir mengenai hiburan dan cinta hingga lupa matlamat utama kita sebagai remaja Islam iaitu menegakkan Islam di muka bumi Allah ini.Masyarakat kini perlu diislahkan(dibaiki),tanggungjawab untuk mengislah masyarakat harus dipegang oleh remaja Islam.

Rabu, 21 Julai 2010

bangkitlah wahai syabab dan fatayat Islam.

Hari untuk pulang ke Malaysia semakin hampir,hampir saya tidak sedar bahawa saya akan pulang ke Malaysia untuk bertemu keluarga.Kesibukan waktu menyebabkan saya tidak sedar akan hari itu.Alhamdulillah,Allah masih memberi saya tugasan untuk Islam.Saya pernah berdoa sewaktu saya di tahun satu supaya saya menjadi insan yg sibuk,alhamdulillah Allah telah beri.Tetapi sesibuk saya hanyalah sedikit berbanding dengan sibuknya pejuang agama Allah yang lain seperti Rasulullullah,para sahabat,aktivitis Islam yang lain.Bahkan sahabat-sahabat seperjuangan saya yang lain juga bahkan lebih sibuk.

Alhamdulillah,sahabat-sahabat sibukkanlah diri kita dengan Allah dan juga Islam sebelum perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat menyibukkan diri kita hinggalah kita menjadi hambaNYa yang rugi.Mudahan kita semua tidak tergolong dalam kalangan insan yang begitu.Semoga kita menjadi insan yang sentiasa melakukan sesuatu perkara kerana Allah.Apabila dia bergurau,makan,menziarahi sahabat dan lain-lain lagi semuanya adalah kerana Allah.Cuba sahabat-sahabat fikir antara kehidupan yang meletakkan Allah sebagai matlamat utamanya dan berusaha mengamalkan Islam secara syumul jauh berbeza dengan kehidupan seorang muslim yang hanya mengamalkan Islam secara biasa.Kita penat kerana kita bekerja untuk Islam,fikiran kita hanyalah untuk Islam,bagaimana caranya menyelesaikan masalah umat yang kini jauh terpesong dari Al-Quran.Berbanding dengan kehidupan seorang muslim yang biasa,penatnya mungkin kerana letih bekerja,bershopping dan sebagainya.Cuba fikirkan bersama.

Saya amat kagum dengan kehebatan tokoh dakwah alaf ini iaitu Imam Hassan Al Banna yang hidupnya diwakafkan untuk sebuah perjuangan di jalan Allah.Beliau hanya tidur di dalam keretapi.Cuba bayangkan,hanya mereka yang berada dalam jalan juang ini yang bisa memahami pengorbanan ini.Hidupnya adalah semata-mata kerana Allah.Islam kini hanya tinggal pada nama,sesiapa yang ingin menegakkan Islam dianggap pengganas dan musuh negara yang wajib diperangi.Pihak pemerintah kononnya melaungkan merekalah pembela agama,tetapi merekalah sebenarnya pembelot agama.Bertindak mengikut hawa nafsu sendiri.Isu judi,masalah hiburan yang berleluasa,zina dan sebagainya berleluasa.Rakyat kini menjadikan hiburan sebagai matlamat utama mereka.

Sahabat-sahabat,kita perlu sedar bahawa jangalah kita masih menjadi insan yang hanya mengikut telunjuk pemerintah yang jauh dari Islam,kita harus berubah demi Islam.Sedarlah masalah yang menimpa pemerintah kini sama sahaja seperti keadaan pada zaman Solahuddin Al Ayubi yang di mana pemerintah yang rakuskan dunia sanggup meminta pertolongan tentera salib untuk menghancurkan negara dan Islam.Sejarah sering diulang,sebab itulah Al Quran sesuai sehingga ke akhir zaman kerana perangai manusia itu sama sahaja mengikut zaman cuma orangnya yang berbeza.bersambung.....