Jumaat, 26 Jun 2009


Bacalah,cintailah Al -quran,Firma Allah dalam surah Al-A'RAF,'"Dan sesungguhnya kami turunkan Al-quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman,sedangkan bagi orang yang zalim Al-quran itu hanya akan menambah rugi...di dalam surah yunus ayat 57 Allah berfirman yang berbunyi"Wahai manusia!sungguh telah datang kepada mu pelajaran (Al-quran)dari tuhanmu,penyembuh baggi penyakit yang ada dalam dada,dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.semoga kita sama-sama diberi oleh Allah kelapangan dan rasa cinta untuk membaca Al quran...mari kita pakat-pakat baca quran dan fahami maknanya dan mengamalkan ajarannya....insyaallah kita amalkan pembacaan quran ini,ibarat jika tidak membacanya sehari,ibarat tidak membaca selama seribu tahun....fahami dan hayatilah.....insyaallah kita pasti akan menjumpai cinta sejati kita.....dan kita akan beroleh ketenangan yang tidak dapat dicari dan ditandingi.....SALAM MEMBACA,SMG KITA SENTIASA DISINARI NUR AL-QURAN...

peristiwa

Saat baru pulang dari membeli barang di Salam sadnawi,saya terlihat saya peristiwa yang saya rasa saya amat sedih sekali.Saya melihat seorang lelaki tua yang ingin naik tremco tetapi tidak dibenarkan naik......saya dan kawan saya pergi mendekati pak cik tersebut.Apa yang buat saya sedih sangat ialah lelaki itu mengingatkan saya kepada kedua-dua arwah datuk saya,keduanya pada waktu itu sangatlah panas,kesian pak cik tu,kenapa depa tak bagi pak cik tu naik tremco...pak cik tersebut meluahkan perasaan dengan kami..tapi apa yang paling terkesan ialah dia ada menyebutkan hadis yang merupakan ucapan daripada Rasulullah iaitu"AKU TINGGALKAN KAMU DUA PERKARA IAITU AL QURAN DAN AS-SUNNAH,KAMU TIDAK AKAN SESAT SELAGI MANA KAMU BERPEGANG KEPADA KEDUANYA"Benarlah sahabat-sahabat,jika kita berpegang teguh dengan keduanya,pasti kita tidak akan sesat..pak cik mengatakan kita mengaku sebagai umat Nabi Muhammad tetapi kita tidak mencontohi akhlak baginda...sahabat-sahabat,saya menyeru dan mengajak kepada diri saya terutamanya dan juga sahabat-sahabat agar kita sama-sama mengagungkan Rasulullah,lihatlah dan selamilah kisah-kisah perjuangan baginda dalam memastikan kita pada hari ini disinari dengan cahaya islam.Dimanakah akhlak-akhlak islam dalam diri kita?adakah kita selalu berselawat kepada baginda,dimanakah Nabi di dalam hati kita?Sahabat-sahabat yang saya kasihi,marilah sama-sama kita berpegang teguh dengan ajaran Al-quran dan sunnah...saya teringat dengan saya mesej yang dikirimkan oleh rakan saya sewaktu NUZUL QURAN pada tahun lepas,antaranya bacalah dan fahamilah aku(quran)sebelum aku akan dijemput Allah(iaitu apabila tibanya saat Allah mengangkat ayat-ayat quran dari mushaf sekarang),saya teringat kata-kata seorang ustaz yang mengatakan hamlatul quran (pembawa quran)adalah di kalangan manusia yang menjaga hukum-hukum quran dan mengamalkan quran...saya masih teringatkan pak cik tersebut,dia amat baik,sempat meninggalkan pesanan dan nasihat kepada saya....seperti pesan seorang datuk kepada cucunya....saya kehilangan datuk buat pertama kali sewaktu saya berada di tingkatan 2 dan sewaktu saya berada di mesir ini....sewaktu saya masih bersekolah rendah datuk saya lah selalu mengingatkan saya tentang solat,dan sebagainya....pemergian mereka mengingatkan saya bahawa saya perlu tabah dan kuat dalam menempuhi hidup.Semoga Allah merahmati mereka yang sentiasa cinta akan rumah Allah(masjid),mereka mengingatkan saya bahawa hidup ini adalah untuk memperhambakan diri pada Allah,mereka mengingatkan saya bahawa Al- Quran dan masjid perlu bertahta di dalam hati setiap insan yang beriman kepada llah dan Rasul....YA ALLAH PELIHARALAH DATUK-DATUK KU DAN PAK CIK TUA TADI,BERILAH RAHMAT DAN KASIH SAYANGMU,DISAAT KASIH SAYANG MANUSIA TIDAK BERGUNA LAGI,KERANA CINTA DAN RAHMATMU TIDAK TERBANDING.......BENARLAH DUNIA INI IBARAT SYURGA BAGI ORG KAFIR DAN NERAKA BAGI ORG ISLAM DAN AKHIRAT ADALAH SYURGA BAGI ORG ISLAM DAN NERAKA BAGI ORG KAFIR....AMPUNILAH DAN REDHAILAH MERAKA.......

Isnin, 22 Jun 2009

Erti syukur


Apa tanda kita bersyukur dengan nikmat Allah?Adakah sekadar kita mengucapkan ucapan ALHAMDULILLAH?Saya teringat sewaktu saya berada di sekolah rendah,ketika menuntut di sekolah agama,kami dikehendaki untuk menghafal setiap dari sifat-sifat mahmudah seperti sabar,zikrulmaut dan termasuk juga erti syukur.Erti syukur ialah menggunakan segala nikmat Allah untuk mentaatinya.Sahabat-sahabat sekalian,syukur membawa pengertian yang amat luas.Syukur juga boleh ditakrifkan sebagai menggunakan kesempatan yang diberikan dengan sebaiknya.Sebagai contoh,dalam konteks sebagai seorang pelajar,alhamdulillah kita telah diberikan dengan pelbagai kemudahan wang saku,perbelanjaan bulanan oleh ibu-bapa kita,seharusnya kita menggunakan kemudahan atau nikmat yang ada untuk kita belajar bersungguh-sungguh kerana Allah.Perlu dan wajib kita sebagai seorang umat islam untuk kita belajar kerana Allah,kerana mungkin terdapat segelintir dari kita yang belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus,duit yang banyak ,rumah yang besar dan sebagainya.Tidak salah untuk kita mengimpikan impian seperti itu,tetapi jika kita lebih mengutamakan Allah,semuanya pasti akan menyusul...kerana apa??kerana kita harus ingat semua rezeki adalah kurniaan dari Allah.Allah akan memberi kurniaannya kepada hamba-Nya yang taat pada perintah-Nya.Apabila saya berada di mesir ini,saya merasakan betapa beruntungnya kita,wahai sahabat yang dirahmati Allah,marilah sama-sama kita menggunakan segala nikmat Allah untuk kita sama-sama mentaati Allah.Saban hari saya melihat ada dikalangan saudara seislam kita terpaksa meminta sedekah kerana kemiskinan,kanak-kanak yang comel,mengingatkan saya kepada adik-adik saya,mereka berpakaian tidak seperti kanak-kanak di Malaysia...kadang-kadang kanak-kanak tersebut masih kecil,lebih kecil dari adik saya yang bongsu,apa yang dapat saya pelajari dari kanak-kanak tersebut ialah sifat berdikari yang sangat tinggi....buat adik-adik kakak,belajarlah erti syukur,betapa Allah mengurniakan kita dengan nikmat dan rezeki yang mencurah-curah....sanggupkah kita mmemalingkan diri dari Allah??sedangkan betapa banyak nikmat yang diberikan.Lihatlah pada tubuh badan kita,betapa Allah amat menyanyangi kita,pernahkah Allah meminta bayaran untuk buah pinggang kita yang saban waktu menapis segala darah kita dan membuang segala bahan yang merbahaya...hati kita ditugaskan untuk proses ditoxifikasi darah kita daripada GIT(gastrointestinal tract),kerana mungkin makanan yang kita makan mengandungi toksin dan perlu untuk dibuang,dan mungkin juga kandungan glucose dalam darah kita tinggi,maka hati kita akan menukarkan kepada glycogen dan glycogen tersebut akan disimpan di dalam hati kita sehingga,apabila tubuh kita memerlukan glucose,jadi glycogen akan ditukarkan kepada glucose..hal ini berlaku sewaktu kita sedang berpuasa..Maha suci ALLAH..yang telah menetapkan segalanya..walaupun kita berpuasa tetapi paras glucose di dalam badan kita tetap normal..ini adalah disebabkan proses yang saya katakan tadi.Sahabat-sahabat kalau kita hendak membahaskan segala nikmat yang diberikan oleh Allah,saya rasa tidak terhitung....kita lihat sahaja pada tubuh kita,nikmat yang diberikan terlaku banyak,itu belum kita mahu membandingkan dengan bumi dan alam semesta....saya menyeru dan mengingatkan diri saya dan juga sahabat-sahabat agar kita mensyukuri nikmat Allah.Jika kita merasakan kita diuji dengan kemiskinan ataupun kita berasa kekurangan..ingatlah ramai lagi saudara-saudara seislam kita yang diuji oleh Allah dengan kemiskinan dan kekurangan,tetapi mereka tidak semakin jauh dengan Allah,mereka beranggapan mungkin jika Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah,pasti akan membawa mereka lebih jauh dari Allah...sifat sentiasa bersyukur dan redha dengan pemberian Allah perlu dan wajib kita tanamkan di dalam diri kita...kerana ketandusan atau ketiadaan sifat ini adalh punca utama manusia tidak berpuas hati dengan nikmat Allah,lantas menggunakan cara yang terpesong dari Islam untuk mendapat kekayaan..Ingatlah sahabat-sahabat,kekayaan yang utama dan kekal ialah kekayaan ilmu,iman dan taqwa..kerana harta pasti akan berkurangan...Allah tidak melihat kepada kekayaan kita tetapi Allah melihat kepada iman dan taqwa kita.BERSYUKURLAH SELALU DAN JANGAN RAGU,NESCAYA ALLAH PASTI AKAN MERAHMATI KITA...MARILAH KITA MENGINFAKKAN SEBAHAGIAN DARIPADA NIKMAT DAN REZEKI YANG DIBERI OLEH ALLAH KEPADA SAUDARA SEISLAM YANG KURANG BERNASIB BAIK...

Ahad, 21 Jun 2009

SELAMAT HARI BAPA




Selamat hari bapa,kakak ucapkan kepada bapak,smg sentiasa diredhai dan dirahmati Allah.Terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa yang dicurahkan semenjak kakak kecil hingga sekarang.Maafkanlah segala kesalahan kakak,doakan kakak berjaya dunia dan akhirat.Semoga sentiasa dibawah kasih sayang dan perlindungan ALLAH.semoga murah rezeki dan dipanjangkan umur dalam ketaatan dan ketaqwaan...

Selasa, 16 Jun 2009

Dunia hari ini....

Telah semakin dekat dengan manusia perhitungan amal mereka,sedang mereka dalam keadaan lalai(dengan dunia),berpaling (dari akhirat),Surah Al-Anbiya'(AYAT 1).Jika kita amati kalam Allah ini,sesungguhnya telah dekat dengan kita semua hari perhitungan,tetapi amatlah rugi jika sebagai seorang hamba Allah jika kita berada dalam keadaan yang lalai dan semakin jauh dengan Allah.Kita dapat lihat sekarang manusia berlumba-lumba dalam hal keduniaan,tidak dinafikan bahawa hal dunia juga penting,teringat saya pada kata-kata hikmah bahawa "letaklah atau peganglah dunia pada tanganmu bukan pada hatimu,ini kerana jika perlu maka kau genggamlah,dan jika tidak perlu maka lepaskanlah ia...jika kita meletakkan dunia pada hati maka amat susahlah untuk melepaskan...sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian,cuba kita berfikir sejenak,apa yang dapat kita perhatikan pada zaman kini,cuba sahabat-sahabat memerhatikan keadaan sekeliling,jika kita pergi ke kompleks membeli belah,pasaraya besar,atau tempat-tempat awam.Manakah yang lebih ramai(wanita yang menutup aurat,dengan memakai tudung labuh,jubah,baju kurung atau memakai purdah)atau wanita yang tidak menutup aurat,atau menutup aurat yang tidak sempurna seperti memakai tudung tetapi berbaju dan berseluar ketat..?pastinya kita akan dapati wanita yang tidak menutup aurat yang lebih mendominasi keadaan dan tempat...ini adalah benar..jika kita menutup aurat seperti yang dianjurkan oleh islam kita akan dianggap pelik dan ketinggalan zaman.Pada dunia hari ini,islam hanyalah pada majlis-majlis rasmi,pada hari pernikahan,dan sebagainya....islam hanya pada nama.Kita akan dapati betapa ramai umat islam yang tidak menutup aurat seperti yang digariskan oleh islam,mengamalkan pergaulan bebas,mengamalkan rasuah,memakan harta anak yatim dan juga rakyat,mengamalkan undang-undang barat dan sebagainya..jika ada segelintir umat islam yang mahu berjuang dalam memartabatkan islam,mereka akan digelar pengganas,membuang masa,dan sebagainya.Benarlah hadis Rasulullah yang ,mafhumnya"Islam itu datang dalam keadaan dagang(asing)dan kembali dalam keadaan dagang(asing),maka beruntunglah sesiapa yang dalam keadaan dagang(asing) itu.Wahai sahabat jangan berasa malu danmerendah diri jika dirimu dalam keadaan asing,kerana kita tahu Allah sentiasa bersama-sama dengan hamba-Nya yang sentiasa berjuang demi islam...saya juga mempunyai pengalaman untuk dikongsi bersama,sewaktu mengikuti perkhemahan di peringkat negeri sewaktu zaman persekolahan dahulu,saya pernah ditanya oleh seseorang bahawa tidak panaskah dengan memakai tudung labuh dan t-shirt yang berlengan panjang...cuba kita fikirkan bersama....sewaktu di matrik dahulu saya dan kawan-kawan saya digelar ustazah hanya disebabkan kami memakai tudung labuh..saya menjadi hairan,adakah memakai tudung labuh hanya untuk ustazah???memakai pakaian yang menutup aurat adalah wajib bagi kaum muslimah,bukan hanya golongan yang menuntut ilmu agama...inilah mentaliti masyarakat hari ini...seharusnya sebagai seorang muslimah seharusnya berusaha untuk menjaga dan memelihara dirinya dari pandangan lelaki ajnabi...teringat saya kisah yang hangat diperkatakan sewaktu saya berada di tingkatan 5,kisah seorang pelajar veterinar yang memegang khinzir dan bergambar dengannya.Maka dengan perbuatan pelajar tadi,maka ramailah manusia-manusia yang lantang mengatakan bahawa perbuatannya itu menghina islam dan sebagainya..saya juga menjadi hairan..Mengapakah sudah betapa ramai umat islam yang berpeluk-pelukan dengan berlainan jantina,berzina,bersalaman dengan bukan mahram,berciuman,bergambar dan sebagainya,tidak pulak sampai mengemparkan satu Malaysia...saya rasa perbuatan ini adalah lebih menghina islam..jika kita hendak membandingkan dengan memegang khinzir atau bergambar dengan khinzir tadi,saya rasa perbuatan tadi adalah lebih hina.Teringat saya pada satu sabda Rasulullah,baginda lebih rela dicucuh dengan besi panas daripada bersentuhan dengan wanita yang bukan mahram..Memang benarlah bahawa umat islam zaman kini,sudah tidak lagi tahu untuk membezakan yang mana yang haq dan yang mana yang batil,sifat al furqan iaitu dapat membezakan yang mana haq dan batil.Dalam ayat al-quran Allah menyebut jika seseorang itu bertaqwa maka Allah akan mengurniakan kepadanya dapat membezakan perkara yang haq dan yang batil..Wahai sahabat-sahabat dalam surah Al-A'RAF ,Allah ada menyebut"sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi fikiran jahat(berbuat dosa)dari syaitan,mereka pun segera ingat kepada Allah,maka ketika itu juga meraka melihat(kesalahan-kesalahannya).Dunia akhir zaman ini menyaksikan keruntuhan nilai-nilai islam,umat islam hari ini amat menyanjungi barat,mereka berpendapat bahawa dengan mengamalkan islam mereka tidak akan maju,sudah lupakah kita bahawa suatu ketika dahulu di era kegemilangan islam,islam amat maju dalam bidang perubatan,kejuruteraan,dan sebagainya disamping cemerlang dalam agama..apakah yang kita hendak jawab di hadapan Allah,betapa umat islam zaman dahulu sanggup berkorban harta,dan nyawa demi untuk menyebarkan islam dan alhamdulillah di atas perjuangan dan pengorbanan mereka kita disinari nur islam...tetapi kita pada zaman ini dengan mudah melupakan mereka ,malah mengagungkan tokoh-tokoh barat dan budayanya dan kita meruntuhkan dan memusnahkan islam yang dibina dengan peluh,air mata dan darah pejuang islam..jika mereka melihat keadaan kita sekarang pastinya mereka akan sedih.Apa yang saya perhati beberapa mentaliti masyarakat yang perlu diubah...masalah couple yang semakin berleluasa,jika kita lihat budaya couple ini adalah biasa dan dianggap perkara yang perlu dibuat sewaktu remaja dan sebelum perkahwinan,tetapi jika seseorang itu mahu menjaga dirinya dengan bernikah awal,mereka akan dianggap tidak sabar-sabar..ketahuilah mahukah kita membina masjid di sebalik timbunan kemaksiatan...sewajibnya budaya ini harus dihapuskan..betapa ramai anak luar nikah yang dilahirkan,semua ini bermula dengan masalah couple ini..wahai sahabat-sahabat yang saya kasihi kerana Allah...marilah kita bersama menjadi umat islam yang mengamalkan islam secara syumul..marilah kita berubah mulai saat ini..kerana maut itu tidak mengenal sesiapa..kadang-kadang buah kelapa yang baru berputik sudah jatu ke tanah,manakala ada juga buah kelapa yang sudah tua tidak jatuh-jatuh ketanah...saya juga menasihati diri saya khususnya dan juga kepada sahabat-sahabat,kita adalah harapan islam,kitalah generasi yang akan memimpin islam,kita niatkan dan kita serahkan jiwa dan tenaga kita untuk islam....insyaallah jika niatkan utk islam,semuanya akan terarah...salam perubahan..

Jumaat, 12 Jun 2009

PESANAN BUAT DIRI DAN SAHABAT-SAHABAT


Imtihan semakin menghampiri..alangkah bahagianya pelajar perubatan tahun 3 dan 1 bagi group A dan B serta pelajar Al azhar..kerana imtihan mereka sudah hampir habis dan ada juga yang sudah habis..pada waktu ini,masa haruslah diisi dengan aktiviti mengulang kaji g-pelajaran.Kadang-kadang terasa penat dan berasa stress sepanjang mengulang kaji.Alhamdulillah,teringat pesan-pesan ibu dan ayah..bahawa menuntut ilmu memerlukan pengorbanan dan kesabaran.Saya sabar dan berkorban untuk islam,kerana saya menceburi bidang perubatan dan saya mahu menjadi gynaecologist..dalam memperolehi cita-cita itu,pelbagai mehnah dan dugaan harus saya hadapi.Saya teringat kata-kata seorang doktor,beliau adalah seorang pakar bedah neuron.Beliau berkata untuk menjadi seorang doktor yang pakar memerlukan masa dan perjalan..kerana kita memerlukan latihan dan ilmu yang banyak,beliau menambah lagi"enjoy the journey"..insyaallah nasihat itu akan menjadikan saya seorang yang tidak mudah berputus asa.Sahabat-sahabat,marilah sama-sama kita menjadi seorang hamba-NYA yang sentiasa melakukan sesuatu perkara kerana Allah..kita niatkan bahawa tujuan kita untuk menuntut ilmu ini adalah untuk islam,marilah kita bersama-sama membantu agama Allah,nescaya Allah akan membantu kita.Kita tetapkan niat sebagai contoh tujuan kita menjadi doktor ini adalah untuk berdakwah,kerana betapa ramai pesakit di hospital yang ingin kembali kepada Allah..kalau boleh kita menukarkan hospital itu sebagai sebuah tempat penyucian hati dan rohani.Insyaallah sahabat-sahabat jika niat kita adalah kerana Allah,insyaallah Allah akan membantu kita,yang penting kita yakin dengan Allah.Dekatkan diri dengan Allah,perbanyakkan mengingati Allah..ketahuilah Allah bersama-sama dengan hamba-NYA yang sentiasa mengharapkan keredhaannya.Teringat saya kepada sahabat saya suraya tahniah dapat further study dkt usm,insyaallah nanti kita kerja kat hospital yang sama,insyaallah,amin.Sya mmg rindu sangat dgn su..kita sama-sama menuntut ilmu kerana Allah dan Islam.Surayalah membangkit semangat saya,dia adalah sahabat saya yang sering memberi kata-kata semangat kepada saya.Buat sahabat-sahabat,saya ingin menyeru kepada diri saya khususnya dan juga kepada sahabat-sahabat,supaya kita sama-sama istiqamah dalam jalan juang ini kerana Allah,smg kita ditetapkan keimanan hingga akhir hayat kita,peliharalah Allah,nescaya Allah akan memelihara kita,sama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah,kerana dalam Surah Al maidah ayat 35,Allah berfirman"wahai org2 beriman,bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)utk mendekatkan diri kepada -NYA, dan berjihadlah(berjuanglah)di jalan-NYA,agar kamu beruntung...insyaallah semoga kita sama-sama mencari wasilah untuk mendekatkan diri kepadanya...tidak kira apa pun caranya utk para sahabat-sahabat,asalkan yang menepati syarak,marilah sama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah...buat sahabat,ingatlah kita berkerja untuk islam,pelajaran dgn gerak kerja islam adalah seiring,marilah kita menjadi muslim yg kuat,kerana org islam yg kuat lebih dicintai oleh Allah...salam perjuangan..WAALLAHU A'LAM..

Khamis, 4 Jun 2009

memakmurkan masjid


Alhamdulillah dapat juga menulis pada hari ini,insyaallah saya akan membincangkan mengenai masjid..jika kita lihat masjid kini kesepian menanti golongan muda untuk memakmurkannya.Hanya golongan tua sahaja yang memakmurkan masjid.Jika masjid mampu untuk bersuara,saya rasa pasti masjid akan menangis dan merayu kepada kita sebagai umat islam untuk memakmurkan masjid...di sini saya sertakan kelebihan orang yang memakmurkan masjid..mari kita baca dan renungkan...
ARTIKEL PILIHAN
Kelebihan Masjid dan Orang-orang Yang Mengunjunginya
Setelah jelas diketahui bahawa masjid mempunyai kedudukan yang istimewa dan terpenting di dalam Islam kerana peranannya yang luas terhadap syiar dan penyebaran ajaran-ajaran Islam , maka sudah pastilah bahawa masjid-masjid itu adalah rumah yang mulia dan suci yang mesti dipelihara dan dihormati dengan sebaik-baiknya.
Lantaran itu orang yang selalu mendampingi masjid dan beribadat di dalamnya disifatkan oleh Allah sebagai orang yang beriman sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran ;
Ertinya ;
Hanya satu yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, serta mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut ( kepada sesiapapun ) selain kepada Allah. Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.
Ayat Al-Quran ini dikuatkan lagi dengan hadis-hadis daripada Rasulullah di antaranya, sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam
Ertinya :
masjid itu rumah ( tempat ibadat ) bagi tiap-tiap orang yang beriman. Dalam hadis yang lain
Rasulullah ada bersabda ;
Ertinya ;
"Apabila kamu melihat akan lelaki yang melazimkan ( membiasakan ) diri ke masjid maka saksikanlah baginya dengan iman".
Dari Usman Radiallahu Anhu katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda Ertinya:
"Sesiapa yang membina sebuah masjid dengan hati yang ikhlas kerana Allah taala nescaya Allah akan membina sebuah rumah di syurga."
Ertinya ;
Dari Abu Musa Al Ashari Radiallahu Anhu katanya ,Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :"Orang yang lebih besar pahalanya dalam mengerjakan sembahyang ( masjid ) ialah yang lebih jauh serta yang lebih jauh lagi perjalanan ( dari tempatnya ke masjid ).
Di sini saya ingin menyeru kepada golongan syabab khusunya..golongan muslimin,agar sama-sama memakmurkan masjid,saya teringat kata-kata pensyarah saya semaktu di kolej matrikulasi perak,beliau berkata hanya orang yang khusyuk dan beriman dengan sepenuhnya yang akan memakmurkan masjid..bila saya teliti benarlah kata-kata itu,kerana apabila jiwa seseorang itu amat cinta akan masjid,keinginan untuk pergi ke masjid akan membuak-buak,seperti tidak akan sabar-sabar untuk menanti waktu solat,ibarat jika tidak pergi kemasjid pada satu waktu ataupun sehari ibarat tidak pergi seribu tahun...saya amat kagum melihat golongan yang memakmurkan masjid..lihat saja kesungguhan golongan tua yang begitu amat mencintai masjid..sanggup pergi ke masjid walaupun hujan lebat melanda,panas terik dan sebagainya..smg Allah meredhai mereka..dalam konteks mereka yang ingin berjuang ataupun berdakwah..masjid sepatutnya dijadikan sebagai tempat pertama dalam perjuangan..wahai golongan muda,marilah kita mengimarahkan masjid...ingatlah Allah akan menaungi hambanya yang hatinya pada masjid..ingatlah masjid itu amat merindui golongan yang memakmurkan masjid..marilah sama-sama kita mencintainya..marilah kita bina kesatuan sebagai umat islam..kerana islam memerlukan umatnya untuk bersatu padu demi mengembalikan kegemilangan islam..ingatlah faktor utama mengapa islam kini di pandang rendah adalah tiada kesatuan dalam kalangan umatnya..marilah kita membina kesatuan dengan bersama-sama memakmurkan masjid...salam perjuangan...MEMBANGUN BERSAMA ISLAM...

Rabu, 3 Jun 2009

kenangan di KOLEJ MATRIKULASI PERAK


Di sinilah ku bertemu sahabat-sahabat yang sama-sama berkasih sayang kerana Allah...di sinilah segalanya bermula,di masjid maghfirahlah seribu kenangan tersimpan...biarlah masjid itu sahaja yg menjadi saksi halawatul ukhwah yang terbina...indahnya kolejku itu...alangkah indahnya lagi,jika seluruh bumi kolej matrikulasi perak berbiahkan (biah solehah)....Di sini lah detik-detik perpisahanku bersama sahabat2...mata ini tidak pernah menangis dgn tersedu-sedan seperti perpisahan bersama sahabat2ku...kenangan berriadah,memberi makan ikan pada setiap petang amat ku rindu...YA ALLAH SINARILAH NUR ISLAM YG SYUMUL PADA BUMI MALAYSIA DAN DUNIA ISLAM YG LAIN...KERANA KU AMAT MERINDUINYA...(BIAH SOLEHAH)....

sahabat-sahabat seperjuangan semasa di matriks







Alhamdulillah setelah pulang dari kuliah,saya terus membuka lap top dan terus membuka emel,alangkah gembiranya saya,sahabat saya menghantar emel dan menghantar gambar2 mereka...Ya Allah rindunya diriku pada mereka..saya begitu seronok melihat wajah2 riang mereka,alangkah seronoknya jika dpt bersama mereka...kenangan bersama mereka tidak akan saya lupa sampai bila2...pada saat ini,saya amat merindui mereka,merekalah adik-beradik saya...kini apabila berada di mesir,saya amat merindui utk menghadiri usrah dan solat di masjid...setiap hari kami akan bersama2..walaupun dlm suasana peperiksaan,tetapi usrah dan pengisian tidak pernah terhenti....kini apabila berada di mesir,memandangkan waktu peperiksaan(fatrah imtihan)usrah dan segala pengajian di berhentikan seketika....Ya Allah...betapa hati ini ternanti -nanti bilalah ada pengisian...saat ini mengingatkan saya pada sahabat2 di matriks...angan-angan sering terlintas di benak fikiran,sekiranya diri ini dpt mengunjungi rumah Allah setiap hari.....buat sahabat2 muslimat dan muslimin di matriks dahulu..smg kasih sayang Allah sentiasa menyinari dan melimpahi ruang hidup kalian..buat kalian terimalah lagu inimalam siang berlalugerhana kesayuantiada berkesudahandetik masa berlalu tiada berhentioh syahdunyersejenak ku terkenang hakikat perjuanganpenuh onak dan cabaranbersama teman2 harungi kehidupanoh indahnyeberat rasanya didlam jiwautk melangkah meningglkan semuakasih dan cinta yg terbinaiakan selamanyer ooh..selamat berjuang sahabatkusemoga Allah berkatimukenangan indah bersamamutakkn ku biar ia berlaluberjuanglah hingga keakhirnyadan ingatlah semua ikrar kitahati ini sayu mengenangkansengsara didalam perjuanganjiwa ku merana dan merontamengharapkan kedamaian dan juga ketenangantetapi ku akur pada hakikatsuka dan duka dalam perjuanganperlu ketabahan dan kekuatanketeguhan hati berlandaskan iman.Buat sahabat-sahabat,ketahuilah diri ini amat menyayangi diri kalian,smg kita menjadi wanita solehah dan peneguh jihad mujahid islam...smg kita sentiasa teguh dalam perjuangan menegakkan islam..perjuangan memerlukan kesabaran dan pengorbanan..bersabarlah..ingatlah Allah bersama kita...LA TAHZAN WALA TAKHOF..INNALLAHA MAANA..Buat sahabat2 muslimat,doakan ana di sini..kenangan bersama antunna tak akan luput..teringat gurauan suraya,"nanti sya balik nanti,sambut baby sahabat muslimat kita"..insyaallah su,doakan sya kat sini,doakan sya jadi gynaecologist islam...insyaallah amin..smg kita sama2 kita doa smg kita menjadi pejuang dan pendukung agama islam,smg kita jadi golongan profesional yg islamik insyaallah...ingat belajar itu utama,tapi kerja islam bukan nombor 2..ianya seiring...kitalah pewaris kepada perjuangan generasi hari ini...MEMBANGUN BERSAMA ISLAM...Insyallah..daulah islam akan menyinari malaysia...insyaallah amin...