Khamis, 4 Jun 2009

memakmurkan masjid


Alhamdulillah dapat juga menulis pada hari ini,insyaallah saya akan membincangkan mengenai masjid..jika kita lihat masjid kini kesepian menanti golongan muda untuk memakmurkannya.Hanya golongan tua sahaja yang memakmurkan masjid.Jika masjid mampu untuk bersuara,saya rasa pasti masjid akan menangis dan merayu kepada kita sebagai umat islam untuk memakmurkan masjid...di sini saya sertakan kelebihan orang yang memakmurkan masjid..mari kita baca dan renungkan...
ARTIKEL PILIHAN
Kelebihan Masjid dan Orang-orang Yang Mengunjunginya
Setelah jelas diketahui bahawa masjid mempunyai kedudukan yang istimewa dan terpenting di dalam Islam kerana peranannya yang luas terhadap syiar dan penyebaran ajaran-ajaran Islam , maka sudah pastilah bahawa masjid-masjid itu adalah rumah yang mulia dan suci yang mesti dipelihara dan dihormati dengan sebaik-baiknya.
Lantaran itu orang yang selalu mendampingi masjid dan beribadat di dalamnya disifatkan oleh Allah sebagai orang yang beriman sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran ;
Ertinya ;
Hanya satu yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, serta mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut ( kepada sesiapapun ) selain kepada Allah. Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.
Ayat Al-Quran ini dikuatkan lagi dengan hadis-hadis daripada Rasulullah di antaranya, sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam
Ertinya :
masjid itu rumah ( tempat ibadat ) bagi tiap-tiap orang yang beriman. Dalam hadis yang lain
Rasulullah ada bersabda ;
Ertinya ;
"Apabila kamu melihat akan lelaki yang melazimkan ( membiasakan ) diri ke masjid maka saksikanlah baginya dengan iman".
Dari Usman Radiallahu Anhu katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda Ertinya:
"Sesiapa yang membina sebuah masjid dengan hati yang ikhlas kerana Allah taala nescaya Allah akan membina sebuah rumah di syurga."
Ertinya ;
Dari Abu Musa Al Ashari Radiallahu Anhu katanya ,Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :"Orang yang lebih besar pahalanya dalam mengerjakan sembahyang ( masjid ) ialah yang lebih jauh serta yang lebih jauh lagi perjalanan ( dari tempatnya ke masjid ).
Di sini saya ingin menyeru kepada golongan syabab khusunya..golongan muslimin,agar sama-sama memakmurkan masjid,saya teringat kata-kata pensyarah saya semaktu di kolej matrikulasi perak,beliau berkata hanya orang yang khusyuk dan beriman dengan sepenuhnya yang akan memakmurkan masjid..bila saya teliti benarlah kata-kata itu,kerana apabila jiwa seseorang itu amat cinta akan masjid,keinginan untuk pergi ke masjid akan membuak-buak,seperti tidak akan sabar-sabar untuk menanti waktu solat,ibarat jika tidak pergi kemasjid pada satu waktu ataupun sehari ibarat tidak pergi seribu tahun...saya amat kagum melihat golongan yang memakmurkan masjid..lihat saja kesungguhan golongan tua yang begitu amat mencintai masjid..sanggup pergi ke masjid walaupun hujan lebat melanda,panas terik dan sebagainya..smg Allah meredhai mereka..dalam konteks mereka yang ingin berjuang ataupun berdakwah..masjid sepatutnya dijadikan sebagai tempat pertama dalam perjuangan..wahai golongan muda,marilah kita mengimarahkan masjid...ingatlah Allah akan menaungi hambanya yang hatinya pada masjid..ingatlah masjid itu amat merindui golongan yang memakmurkan masjid..marilah sama-sama kita mencintainya..marilah kita bina kesatuan sebagai umat islam..kerana islam memerlukan umatnya untuk bersatu padu demi mengembalikan kegemilangan islam..ingatlah faktor utama mengapa islam kini di pandang rendah adalah tiada kesatuan dalam kalangan umatnya..marilah kita membina kesatuan dengan bersama-sama memakmurkan masjid...salam perjuangan...MEMBANGUN BERSAMA ISLAM...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan