Jumaat, 12 Jun 2009

PESANAN BUAT DIRI DAN SAHABAT-SAHABAT


Imtihan semakin menghampiri..alangkah bahagianya pelajar perubatan tahun 3 dan 1 bagi group A dan B serta pelajar Al azhar..kerana imtihan mereka sudah hampir habis dan ada juga yang sudah habis..pada waktu ini,masa haruslah diisi dengan aktiviti mengulang kaji g-pelajaran.Kadang-kadang terasa penat dan berasa stress sepanjang mengulang kaji.Alhamdulillah,teringat pesan-pesan ibu dan ayah..bahawa menuntut ilmu memerlukan pengorbanan dan kesabaran.Saya sabar dan berkorban untuk islam,kerana saya menceburi bidang perubatan dan saya mahu menjadi gynaecologist..dalam memperolehi cita-cita itu,pelbagai mehnah dan dugaan harus saya hadapi.Saya teringat kata-kata seorang doktor,beliau adalah seorang pakar bedah neuron.Beliau berkata untuk menjadi seorang doktor yang pakar memerlukan masa dan perjalan..kerana kita memerlukan latihan dan ilmu yang banyak,beliau menambah lagi"enjoy the journey"..insyaallah nasihat itu akan menjadikan saya seorang yang tidak mudah berputus asa.Sahabat-sahabat,marilah sama-sama kita menjadi seorang hamba-NYA yang sentiasa melakukan sesuatu perkara kerana Allah..kita niatkan bahawa tujuan kita untuk menuntut ilmu ini adalah untuk islam,marilah kita bersama-sama membantu agama Allah,nescaya Allah akan membantu kita.Kita tetapkan niat sebagai contoh tujuan kita menjadi doktor ini adalah untuk berdakwah,kerana betapa ramai pesakit di hospital yang ingin kembali kepada Allah..kalau boleh kita menukarkan hospital itu sebagai sebuah tempat penyucian hati dan rohani.Insyaallah sahabat-sahabat jika niat kita adalah kerana Allah,insyaallah Allah akan membantu kita,yang penting kita yakin dengan Allah.Dekatkan diri dengan Allah,perbanyakkan mengingati Allah..ketahuilah Allah bersama-sama dengan hamba-NYA yang sentiasa mengharapkan keredhaannya.Teringat saya kepada sahabat saya suraya tahniah dapat further study dkt usm,insyaallah nanti kita kerja kat hospital yang sama,insyaallah,amin.Sya mmg rindu sangat dgn su..kita sama-sama menuntut ilmu kerana Allah dan Islam.Surayalah membangkit semangat saya,dia adalah sahabat saya yang sering memberi kata-kata semangat kepada saya.Buat sahabat-sahabat,saya ingin menyeru kepada diri saya khususnya dan juga kepada sahabat-sahabat,supaya kita sama-sama istiqamah dalam jalan juang ini kerana Allah,smg kita ditetapkan keimanan hingga akhir hayat kita,peliharalah Allah,nescaya Allah akan memelihara kita,sama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah,kerana dalam Surah Al maidah ayat 35,Allah berfirman"wahai org2 beriman,bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)utk mendekatkan diri kepada -NYA, dan berjihadlah(berjuanglah)di jalan-NYA,agar kamu beruntung...insyaallah semoga kita sama-sama mencari wasilah untuk mendekatkan diri kepadanya...tidak kira apa pun caranya utk para sahabat-sahabat,asalkan yang menepati syarak,marilah sama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah...buat sahabat,ingatlah kita berkerja untuk islam,pelajaran dgn gerak kerja islam adalah seiring,marilah kita menjadi muslim yg kuat,kerana org islam yg kuat lebih dicintai oleh Allah...salam perjuangan..WAALLAHU A'LAM..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan