Selasa, 20 September 2011

Izinkan hanya kau yang bertakhta di hati


Di pelataran dinginnya malam, ku terdampar sendiri.

Saat ini, tika ini, hati seakan terdera dengan amukan hawa nafsu dan perasaan yang mengetuk-ngetuk tangkai hati. Tidak semena-mena, titisan jernih jatuh, setitis demi setitis. Hati sebak.

Dibiarkan air jernih itu mengalir hangat. Berlawan dengan emosi, ternyata seringkali diriku menjadi kalah. Nurani membentak, jiwa ini tidak tenang. Kenapa? Kenapa begini? Kenapa sekarang jadi begini?

Dulu hati itu dapat merasai sebuah ketenangan. Namun kini ketenangan itu seakan-akan diragut. Diragut oleh siapa? Apakah ia hilang ditarik oleh Tuhan? Atau kerana dosa-dosa yang dilakukan? Soalan-soalan itu bertubi-tubi menyoal, namun hati sememangnya tidak mampu menjawab. Terdiam sepi. Adakah hati itu telah mati?

Memang tidak ku nafikan, dia sangat menyayangi diri ini. Tetapi berkali-kali ku ingatkan pada diri, kasih sayang itu tidak abadi!

'Berpada-padalah dalam menyayangi, jika tidak kelak dikau akan menangisi!'

Entah dari mana suara itu datang dan berbisik pesanan, kemudian hilang.

Namun kini, ku pula yang terkena panahan kasihnya itu. Semakin ku lari, semakin dia mendekati. Benarlah. Menjaga sekeping hati amat sukar sekali. Perlu sangat cermat dan berhati-hati. Ku mengeluh, melepaskan sebuah keluhan perasaan yang berat, yang semakin memberati rasa hati.

Jiwa ini tidak lagi suci, terasa ia tersangat kotor.

"Ya Ilahi, di manakah Engkau selama ini yang bertakhta di hati? Kenapa ia sekarang telah terganti dengan makhlukMu? Kenapa diri terlalu tega menggantikan tempat teragung itu dengan insan dan makhlukMu yang hina?"

Hati bermonolog lagi sendirian. Tidak! Ia punya peneman. Sang Tuhan yang sentiasa sentiasa ada mendengar setiap keluhan.

"Astaghfirullahalazim.... Ighfirli Robbi... Ighfirli...."

Bibir memantulkan kalimah suci itu perlahan-lahan. Bibir diketap erat. Menahan tangkai emosi yang kian membuak-buak rasa pilu dan syahdu bila menyebutkan nama terindah itu, jiwa menjadi mudah terusik.

Berbicara dengan Sang Agung, air jernih itu terus menitis kemudian semakin mencurah-curah. Teresak-esak.

"Ya Rabbi, pegang hati ini, dakaplah ia seerat-eratnya, jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhlukMu, ku tidak sanggup menggantikan tempatMu dengan yang lain, tidak sanggup juga berkongsi rasa itu, ku cuma mahu kasih itu teragung untukMu, ku cuma mahu rindu itu terpatri untukMu, ku cuma mahu cinta itu hanya membunga untukMu Tuhan, jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan.

Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalanMu, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini tanpaMu disisi.

Tuhan, Izinkanlah! Cuma ingin Engkau yang bertakhta di hati ini "

Berkali-kali kalimah itu diungkapkan pilu dalam pelantaran sujudnya. Wajah diraup setelah tangan menadah. Hati terus berdoa dan berharap, semoga Dia menerima segala-galanya.

-Artikel iluvislam.com


Isnin, 19 September 2011

cintaku..


Sunyi benar petang itu,angin sepoi-sepoi bahasa mengusap lembut pipi Asma’Radhiah yang duduk keseorangan di taman Masjid Maghfirah, Kolej Matrikulasi Perak.Entah kenapa hatinya tidak tenang,asyik memikirkan pertanyaan uminya sebentar tadi melalui telefon.”Asma’ nak tak sambung belajar dalam bidang perubatan di Mesir.”kata uminya.”Apa umi,sambung study kat mesir?,biar betul..Asma’dah study dekat sini dah satu semester”balasnya.”Apa salahnya,cita-cita Asma’ nak jadi doktor kan,umi harap satu hari nanti Asma’ akan jadi doktor muslimah,walaupun doktor tapi doktor yang berakhlak dengan akhlak muslim,yang berdakwah kepada insan lain.”balas umi.”Umi doakan tiap-tiap hari,setiap waktu umi buat solat hajat untuk anak-anak umi,umi doakan Asma’ dapat jadi doktor suatu hari nanti,umi harap Asma’ dapat jadi doktor satu hari nanti.”kata umi.”Umi,insyaallah nanti Asma’ fikirkan lagi ye umi,niat di hati memang Asma’ nak sambung study dalam bidang perubatan lagi-lagi dekat Mesir,tempat yang menjadi idaman Asma’ sejak Asma’ tingkatan satu lagi.”balasnya.

Menjadi kebiasaan Asma’ dan sahabat-sahabat seusrah dengannya akan menghabiskan waktu malamnya dengan pergi ke Masjid,setiap petang mereka akan pergi ke masjid bersama-sama.Itulah cinta mereka,buah hati mereka.Jika tidak ke masjid pastinya hati mereka akan berasa sedih dan gundah.”Su,ana ada nak beritahu sesuatu dekat su.”luah Asma’.”Ya Asma’,enti nak cakap apa?ana sedia dengar”balas Suraya sahabat baik Asma’.”Su,ana tak tahu nak cakap macam mana,ana serba salah nak cakap dengan su”balas Asma’ sambil memandang wajah Suraya dengan rasa penuh rasa sedih.”Asma’ cakap je la,insyaallah su dengar”pinta Suraya.”Su,sebenarnya Asma’ nak sambung pelajaran Asma’ di Mesir”balas Asma’.Belum sempat Asma’ menghabiskan percakapannya,tiba-tiba.”Isk,isk,isk,”suara yang menahan tangis,wajah suraya yang manis itu bertukar menjadi merah menahan tangis,berderaian air mata membahasahi wajahnya yang mulus.”Asma’betul ke apa yang su dengar ni?”tanya Suraya.”Su,betul la apa yang su dengar,insyaallah bulan depan Asma’ akan sambung pelajaran Asma ‘ di Mesir”luah Asma’ sambil menahan sebak.Dua sahabat tadi berpelukan sambil menangisi perpisahan yang bakal mereka hadapi.

“Su,su ingat tak?dulu waktu kita duduk-duduk study kat masjid,tiba-tiba ada kapal terbang lalu,pastu su kata,kapal terbang tu lah yang akan bawa Asma’ pergi Mesir.”kata Asma’.”Subhanallah,betul la,rupa-rupanya Allah mendengar gurauan kita hari tu sebagai satu doa dan permintaan yang harus DIA tunaikan,Subhanallah,hebatnya perancangan Allah.”Asma’ tak sangka yang Asma’ akan dapat sambung study juga kat Mesir,Asma’ ingat tu hanya impian dan khayalan je”balas Asma’.”Insyaallah Asma’,Su doakan cita-cita Asma’ nak jadi Doktor pakar sakit puan tu tercapai,nanti bila Su nak bersalin nanti,boleh la Su jumpa Asma’.”ucap Suraya sambil tersenyum.”Insyaallah Su,mudahan tercapai cita-cita Asma’ tu.”Nanti bila la kita nak jumpa ye?entah-entah waktu tu kita dah berkeluarga”.kata Suraya lagi.Dua orang sahabat ini,pastinya akan menghabiskan masa bersama-sama,walaupun berlainan kelas dan kuliah bahkan berlainan asrama tetapi detik pertemuan di rumah Allah pada suatu malam mendekatkan mereka,bagi mereka masjidlah menjadi tempat mereka berukhwah dan berkasih sayang.Saat mereka berasa keseorangan kerana berasa tersisih,rumah Allah itulah pengubat derita mereka,penawar hati bagi mereka,susah dan senang mereka hadapi bersama.Subhanallah,indah dan manisnya saat berukhwah kerana Allah.Cukuplah Allah bagi mereka.”Ustazah nak pegi mana tu?” “Ustazah,tertinggal baki” itulah gelaran yang diberikan kepada Asma’.Kadang-kadang dirinya berasa tersisih dan merendah diri.Alhamdulillah,untung Suraya berada di sisi,semangat dan kata-kata nasihat sering diberikan tatkala hatinya dirundum hiba.

“Su,Asma’ dah nak pegi ni,maafkan salah silap Asma’ pada su,insyaallah panjang umur kita jumpa lagi ye,moga su berjaya dunia dan akhirat,Asma’ sayang su kerana Allah”ucap Asma’ dalam perbualannya yang terakhir sebelum berangkat pergi ke bumi Anbiya’.Perjalanan yang memakan masa berbelas jam,sungguh meletihkan.Ini kali pertama Asma’ bermusafir tanpa umi dan abi,sungguh panjang perjalanan.bisik hati Asma’.”Sahaja aku pergi ke Mesir untuk menuntut ilmu kerana Allah”bisik hatinya lagi.Setelah 12 jam perjalanan akhirnya tibalah Asma’ di bumi yang bakal merubah diri dan kehidupannya.”Subhanallah,aku dah sampai rupanya,Alhamdulillah Ya Allah umurku masih panjang untuk menjejakkan kaki ke bumi Anbiya’ “bisik hati kecilnya lagi mengucap syukur.Perjalanannya tidak hanya berhenti di situ sahaja,perjalanan harus diteruskan ke Bumi Zagazig bumi yang bakal menyaksikan lahirnya Dr Asma’ Radhiah bt Abdullah Fateh.Dukturah muslimah insyaallah yang bakal menjadi pakar sakit puan seterusnya insyaallah bakal mengislah pesakit-pesakitnya.

“Adik nama sapa?”soal seorang kakak senior.”Nama saya Asma’ Radhiah,panggil saya Asma’”balas Asma di atas pertanyaan yang diajukan.”Nama akak apa?”soalnya pula.”Nama akak,kak Zainab Basyeerah,panggil kak Zainab je”.jawabnya.”Akak pula,sapa nama akak?”soal Asma’ pada kakak yang seorang lagi.”Nama akak,kak Ummu Salamah,panggil kak ummu je”balas kak ummu sambil mengukir senyuman yang manis,cukup manis menggambarkan peribadi wanita yang cukup solehah.”Akak tahun berapa?”soal Asma’ .”Alhamdulillah,akak sekarang tahun 3,adik kalau ada apa-apa masalah jangan sengan tanya ye,rumah akak dekat je dari sini,nanti datanglah rumah akak,akak masak yang spesial untuk Asma’.balas kak Zainab.”Insyaallah akak,insyaallah saya sampai juga nanti kat rumah akak.Pertemuan yang sangat indah dengan kakak-kakak,mereka sangat baik.Solehahnya mereka,sanggup menghulurkan bantuan untuk adik-adik,mengorbankan masa dan tenaga semata-mata untuk kebajikan adik-adik,satu hari nanti aku nak jadi macam diorang”bisik hati Asma’.

“This is longer bone”bunyinya seperti macam jawa pun ada...hehehe...bisik hati Asma’,Asma’ tersenyum sendiri apabila memikirkan bahasa inggeris yang dituturkan oleh doktor sebentar tadi.Bunyi arab dan inggeris.Campur-campur jadi inggerab.Tak pe la,inggerab –inggerab la,yang penting ilmunya,yang penting kita kena hormati guru kita walaupun kita hebat macam mana pun,guru wajib kita hormati.Guru yang bersusah payah memberikan ilmu kepada kita.Doa untuk mereka wajib kita tuturkan setiap kali setelah solat,agar ilmu yang kita perolehi diberkati Allah.Pembelajaran yang begitu menyeronokkan,walaupun terpaksa untuk berpanas-panas,berebut-rebut menaiki tremco..dengan aroma minyak wangi yang terhebat di dunia.

“Tak sabarnya nak hari jumaat”bisik hati kecil Asma’.Setiap hari jumaat pastinya hari yang paling ditunggu-tunggu oleh Asma’ dan sahabat-sahabat di seluruh Mesir.Penghulu segala hari,pada hari itu sunnah Rasulullah yang teragung pastinya akan berlangsung.Usrah atau nama lainnya Smart circle,ibaratnya hari jumaat itu adalah hari untuk mengisi minyak sebagai bekalan untuk sepanjang minggu yang akan datang.Kalam-kalam dari naqibah dan segala perkongsian yang begitu menenangkan hati dan jiwa,Subhanallah,tenangnya...tak terucap dan tak tergambar ketenangan itu.Benarlah,Rasulullah pernah bersabda.”Tidaklah orang yang berhimpun di dalam majlis ilmu kecuali Allah memberikan ketenangan dan rahmat bagi mereka”.”Adik-adik,insan yang terpilih oleh Allah untuk datang ke Bumi Mesir,ramai lagi yang nak datang sini tapi tak berpeluang,jadi gunakanlah sebaik-baik masa dan peluang yang diberikan Allah kepada adik-adik ni untuk belajar dan menuntut ilmu sebanyak mungkin baik ilmu agama ataupun perubatan dan juga berpesatuan,jangan sampai nanti bila kita dah balik Malaysia nanti,kita rasa menyesal tak gunakan waktu dengan sebaiknya.”Pesan kak khadijah.”Jangan sia-siakan masa yang adik ada,kalau boleh manfaatkan keberadaan adik-adik kat sini untuk mengenal Allah,berubah jadi yang lebih baik,tinggalkan kisah silam dan masa lalu adik-adik,insyaallah Allah akan bantu setiap hambaNYA yang ingin berubah menjadi yang lebih baik.”tambahnya lagi.”Kasih sayang Allah pada kita tak ternilai,lagi hebat daripada kasih sayang ibu bapa kita terhadap kita,pernah tak saat kita buat dosa dengan DIA,tiba-tiba jantung kita berhenti,tiba-tiba tak boleh bernafas?,kita buat banyak dosa ke,buat sikit ke,Allah tetap beri nafas pada kita,jantung kita boleh berdegup,tangan kita boleh bergerak walaupun kita banyak melakukan dosa,inilah kasih sayang Allah pada setiap hambaNYA tanpa mengharap balasan dan bayaran yang harus dibayar”soal dan jelas kak khadijah.”Tak pernah kan,jadi macam mana kita nak balas kasih Allah?”soalnya lagi.”Kita kena jadi hamba yang terbaik untuk Allah,buat apa yang Allah suruh,tinggal apa yang Allah larang.”jawab Aisyah,rakan seusrah Asma’.”Betul tu,inilah masa kita nak membalas kasih sayang Allah,jangan sampai waktu di kubur nanti kita menyesal tak kesudahan.”tambah kak Khadijah lagi.

To be continue...insyaallah

Sabtu, 10 September 2011

Telatahmu yang kurindu..















Adam dan Azhani buah hati kakak yang teristimewa dalam hidup kakak...Adib dengan Asyraaf pun sama...(^_^)






Rindu rasanya dengan adik-adik,keletah mereka..."Assalamualaikum,kakak!kakak!"kata Adam."Waalaikumsalam,ya..adam sihat"jawab saya.."Kakak rindu la dengan adam,adam rindu tak dengan kakak?balas ku lagi."Rindu je"jawabnya lagi..."Kakak!,kakak!,bapak kata nak sembelih ayam raya ni"ceritanya lagi...semangat betul dia bercerita,setiap kali menelefonya setiap kali itulah dia bercerita mengenai haiwan-haiwan peliharaanya tu...Adam,adam...dari dulu sampai sekarang,haiwan la sentiasa di hatinya.Lain adik,lain perangai dan kesukaannya..ani pula,berkongsi minat dengan ku,pantang saja nampak kerongsang,"ani,ani,jom tengok keronsang tu"
...pinta ku.."kakak ni nak beli la tu,pantang nampak keronsang"jawabnya.."eleh,nanti ani nak juga kan"balasku....dua beradik begitu asyik berkongsi minat yang sama...rindunya nak buat aktiviti bersama-sama dengan mereka..

Apabila berfikir sejenak,betapa indahnya jika hidup sentiasa dalam dunia kanak-kanak,tak perlu memikirkan masalah,dalam diari hidup mereka,bermain dan bermain...teringat saya satu video menceritakan mengenai kehidupan kanak-kanak Palestin,walaupun dalam suasana sedih dan tertekan,mereka tetap bermain.Tetapi hakikatnya,kehidupan kita di dunia ini bukanlah hanya berada di dunia kanak-kanak sahaja.Sama ada kita mahu atau tidak,kita pastinya akan beralih ke dunia dewasa,yang memerlukan kita berfikir dan bekerja untuk Islam..

Jika tujuan hidup kita hanya untuk bermain dan berseronok-seronok,maka tidak ada bezanya kita dengan kanak-kanak,bahkan kita sepatutnya perlu malu dengan kanak-kanak Palestin,walaupun masih kecil namun mereka berani berdepan dengan askar Israel dengan hanya bersenjatakan batu jika hendak dibandingkan dengan kehebatab senjata yang dimiliki oleh askar Israel,namun semangat jihad mereka,sesekali tidak akan padam..."Saya tidak akan sesekali mengizinkan Israel mengambil tanah Palestin walaupun hanya sebutir pasir"kata seorang kanak-kanak Palestin dalam wawancara di dalam salah satu video mengenai kanak-kanak Palestin,Subhanallah...hebatnya mereka,kita bagaimana?



Hani yang comel..(^_^)..dah pandai duduk,nanti bila sekali lagi jumpa mesti dah pandai berjalan


Seronoknya dapat sama-sama melihat kebesaran Allah...bila lagi peluang kita macam ni...Khusyuk adam tengok ikan-ikan yang comel (^_^)

Rabu, 7 September 2011

Terpelihara..




Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang..ya memang benar...wanita itu tidak akan memandang selain kepada perkara yang dibolehkan oleh Islam dan lelaki pun tidak akan berani memandangnya kerana keizzahan yang dimiliki oleh wanita tersebut..kalau pun memandangnya,pastinya memandangnya dengan penuh rasa hormat dan kagum.

"Bagusnya kakak tu,dah la lemah lembut,cantik,solehah,sejuk hati bila memandangnya"monologku pada suatu hari.Aku begitu mengaguminya..."rasa nak jadi macam dia juga"bisik hati kecilku...mesti beruntung mak ayah dia sebab ada anak solehah macam kakak tu,tambah-tambah bakal suami dia nanti" tambahku lagi...Kakak tu pakai niqob,terpeliharanya dia..kecantikannya hanya untuk suaminya nanti...pastinya dia memiliki hati yang sangat dekat dengan Allah..pastinya insan yang memiliki hati yang sangat dekat dengan Allah memilih untuk memakai pakaian Islam dan Taqwa..

Pastinya diriku berasa semangat untuk jadi yang lebih baik apabila melihat contoh wanita-wanita yang solehah..rasa seperti ingin mencontohi mereka dan ingin jadi seperti mereka...sedangkan aku..Ya Allah,aku ingin menjadi seperti mereka,hatinya sentiasa padamu,tapi hatiku ini sentiasa lalai..Jika diriku melihat mereka,menambahkan keimananku dan menambahkan semangatku...adakah apabila orang lain melihatku,semakin berkurang iman mereka...semakin jelek mereka melihatku...Astaghfirullah al a'zim...

Sungguh, aku sungguh mengagumi mereka yang telah menjadi solehah...rasa tenang rasa di jiwa..sungguh ku tidak dapat menggambarkan perasaan ini..sejak kecil lagi,apabila terlihat wanita yang memakai tudung labuh dan berjubah ditambah lagi jika wanita itu berniqab,pastinya pandangan mataku akan terhenti melihat mereka,entah kenapa walaupun masih kecil tapi ku rasakan suatu perasaan yang tenang dan bersemangat apabila melihat mereka..aku tidak mengerti...perasaan kagum itu sangat menyelubungi seluruh ruang hatiku...Subhanallah..pastinya yang paling aku kagum wanita yang berniqob..sungguh mereka sangat terpelihara...hanya orang-orang tertentu yang mampu melihat mereka...Subhanallah,indahnya...

Pastinya ada juga niat dihati untuk jadi terpelihara begitu...pastinya mudahan Allah permudahkan...kalaupun tidak dapat jadi seperti itu,sekurang-kurangnya kita mencintai untuk jadi seperti itu..."Kak mus,nak try niqob akak"pinta ku..."try la,syafiyah nak pakai ke?..sambil kak mus tersenyum melihat gelagatku yang mencuba niqobnya...."entahla,insyaallah satu hari jika Allah perkenankan,niat di hati itu memang ada,tapi tak tahu la...macam tak layak je.."balasku..Pastinya wanita yang berniqab memerlukan peribadi yang baik dan hubungan dengan Allah perlu dijaga,kerana pastinya mereka membawa syiar Islam,pakaian kita adalah cerminan kepada Islam..pastinya sesiapa yang mengakui dia adalah wanita Islam dan dia memakai pakaian ISLAM perlu menjaga dan berakhlak dengan akhlak Islam supaya Islam itu tidak disalah erti...

Kesolehahan (maaf jika salah)..Saidatina Khadijah,layanannya pada Rasulullah menyebabkan Rasulullah sering menyebabkan Baginda sentiasa menyebut-nyebut namanya..sehinggakan Saidatina Aisyah begitu cemburu hinggakan Saidatina Aisyah mempersoalkan mengapa Rasulullah sering menyebut-nyebut nama Khadijah sedangkan Baginda telah dikurniakan sesuatu yang lebih baik...,Rasullullah membalasnya,siapakah yang meneguhkanku dan sentiasa berada di sampingku saat semua orang mencemuhku dan daripadanya aku dikurniakan anak yang tidak pernah dikurniakan oleh isteri-isteri lain..Pastinya Saidatina Khadijah sangat solehah sehingga Rasulullah begitu mencintainya...malaikat jibril memberi salam dan perkhabaran syurga buatnya,melihatnya pasti menenangkan...kerana sebaik-baik isteri apabila melihatnya hati akan bertambah tenang..Subhanallah,role model yang kian luput dicontohi oleh muslimah hari ini...

Jadilah wanita yang terbaik,sentiasa memperbaiki diri sehingga orang melihat Islam pada diri kita...tenang dan sabar dalam menghadapi kehidupan...Subhanallah...cantiknya wanita solehah...mudah-mudahan,Allah memperkenankan doa kita untuk menjadi wanita solehah,doalah setiap kali waktu solat agar kita menjadi wanita solehah yang hati dan cintanya sentiasa tertaut pada Allah...Allahu Rabbi..Ighfir zunubi wa liwalidaiya...warham huma kama rabbayani soghira...Allahumma amin...

Kisah pertunanganku...

Pada 19 September yang lalu, aku telah dikhitbahkan dengan seorang hamba Allah. Selama ini, aku tidak pernah mengharapkan insan itu.

Namun, hari ini dia telah menjadi tunangku. Seorang wanita yang sederhana mendapat lelaki yang sangat taat pada Tuhannya? Bukankah itu adalah satu bonus buatku?

Setiap hari, walaupun kami tidak pernah berkomunikasi sama ada berhubung melalui telefon bimbit, email ataupun berjumpa, namun dirinya tetap setia denganku.

Begitu juga dengan diriku. Tidak pernah sesekali untuk aku berubah hati mencintai orang lain selain dari dirinya. Masya-Allah.

Siapa dirinya?

Setiap hari, apabila mengingati dirinya, aku terus-menerus sentiasa ingatkan Allah. Apabila teringatkan dirinya, aku bersemangat untuk mengisi masa lapangku dengan beribadah kepada Allah tidak kira siang ataupun malam.

Apa yang ada padanya?

Semakin kuat untuk sahabat mengenalinya bukan?

Seperti yang saya katakan, dialah seorang hamba Allah yang sangat taat kepada-Nya. Kadangkala aku terasa takut dan gementar menunggu masa untuk kami dinikahkan.

Mungkinkah esok?

Mungkinkah bulan hadapan?

Ataupun mungkinkah tahun hadapan?

Masya-Allah, Allah sahaja yang mengetahui perasaan aku.

Masih mencari siapa gerangan tunanganku?

10 saat untuk kamu berfikir dan cuba teka...

Masa sudah tamat, tiada?

Dialah malaikat IZRAIL...

19 September 1992 yang lalu, aku dilahirkan dan langsung aku bertunang dengannya. Tanpa aku minta.

Dialah hamba Allah yang sangat taat kepada Allah, berzikir tidak henti-henti memuji Allah dan mematuhi segala arahan Allah.

Entah bila malaikat Izrail datang mengambil nyawaku, esok? Minggu hadapan? Bulan hadapan? Tahun hadapan?

Oleh sebab itu, aku sangat takut dan gementar akan kehadirannya.

Oleb sebab itu juga, apabila teringat akan bila tarikh keramat itu, aku sibukkan diri kepada Allah, membuat persiapan untuk hari yang mendatang.

"Ya Allah, aku mohon matikanlah aku dalam pengakhiran yang baik, dan jauhilah aku dari pengakhiran yang buruk."

Amin Ya Rabbal alamin..

Sumber :I luv Islam.com

Adakah hendak berdakwah pun perlukan permit?

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (gambar)menyifatkan apa yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekarang adalah mengekalkan sistem penjajah untuk mengekang agama sendiri.

Sehubungan itu, beliau yang melahirkan simpati terhadap anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang didakwa Jais semalam berkata, "jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama."

Asri mengulas tindakan Jais yang mendakwa Khalid semalam dan akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Klang 24 November depan kerana memberikan tazkirah di sebuah surau tanpa tauliah dari Jais.

Sebelum ini, Asri juga adalah menjadi mangsa Jais apabila beliau dikepong oleh penguatkuasa Jais ketika sedang memberikan kuliah agama seumpama penjenayah.

Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam semalam dan dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini.

"..simpati apabila ada ahli Parlimen yang diambil tindakan oleh Jais kerana memberi tazkirah..sekalipun tiada bukti ada kesalahan dalam tazkirah tersebut.

"Begitulah susahnya berdakwah..sistem penjajah dipakai untuk mengekang agama sendiri..jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama," tulis Asri dalam Facebook.

Bagi beliau, tindakan Jais ini seumpama arahan Nabi s.a.w "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat" dimansuhkan.

Bagi Dr Asri, perkara ini berlaku kerana pihak yang tidak layak dan berilmu sewajarnya diberikan kuasa mkenjaga agama.

"Yang tidak layak menaungi agama diberikan kekebalan yang tidak diberikan kepada al-Khulafa al-Rasyidin sekalipun..apapun yang selamat HARD ROCK CAFE jua," tulis beliau.

sumber: Harakahdaily

Sabtu, 3 September 2011

Hari raya bersama Ikhwanul Muslimin


Alhamdulillah telah selesai majlis sambutan hari raya di Zagzig...alhamdulillah terasa seronok sangat,melihat persembahan dan sebagainya.Apa yang paling menarik adalah pantun jawa...dah lama tak dengar bahasa jawa,bahasa ibunda tercinta...wes sui orak ngomong jowo..kangen tenan...(^-^)...tapi rasanya lahjah jawa yang disebut oleh ustaz tadi kurang jawanya...tak pe la,terubat juga rasa rindu tatkala mendengar pantun jawa tadi...:P

Aidilfitri kali ini adalah kali kedua ku beraya di perantauan...beraya di perantauan tak sama rasa dan suasana seperti beraya di Malaysia bersama keluarga,beraya di sini seronoknya beraya bersama kawan-kawan,tanpa baju raya,masak sama-sama,kemas rumah sama-sama,semualah sama-sama,berjemaah semuanya...cuma yang tak bestnya tak ada mak,bapak dengan adik-adik yang tercinta...Alhamdulillah,walaupun berjauhan dengan keluarga namun kita masih diberi peluang untuk makan,nikmat keamanan dan sebagainya...umat Islam di Somalia berhari raya tanpa makanan,tanpa baju yang cantik,tanpa rumah yang kukuh dan indah...yang ada hanyalah baju yang koyak rabak,kemah pelarian yang usang hanya menunggu masa untuk rebah...umat Islam di Palestin pula,tatkala mendengar takbir raya,bunyi das tembakan,roket dan sebagainya mengatasi aluan takbir raya memuji Allah...tatkala kita bergembira di hari raya,mereka bersedih kerana rumah mereka dimusnah oleh jentolak,anak-anak mereka dibunuh dengan kejam....bagaimana pula umat Islam di Syria,setelah menunaikan solat Eidulfitri,mereka terus bersatu berdemonstrasi menyatakan ketidakpuasan hati mereka keatas kezaliman kerajaan mereka,yang membunuh rakyat tanpa belas kasihan...

Kita di Malaysia bagaimana?duduk di televisyen menonton rancangan-rancangan hari raya tanpa mempedulikan nasib umat Islam di negara-negara lain,sedangkan mereka adalah saudara seaqidah kita...Rasulullah mebandingkan umat Islam ini seperti satu jasad,apabila sakit satu anggota maka sakitlah seluruh jasadnya...ini terbukti dalam dunia perubatan,apabila kita mengalami sakit di bahagian organ lain kita akan merasainya di anggota yang lain sebagai contoh
jika seseorang pesakit itu mengalami masalah ischemic heart disease(jantung kekurangan bekalan darah)..maka pesakit akan mengalami kesakitan atau rasa berdenyut-denyut pada tangan sebelah kiri..ini dinamakan sebagai 'Referred Pain'..Subhannallah..Islam dan sains tidak dapat dinafikan cuma kita sahaja yang perlu mengkaji dan mempelajari...Ilmu yang bermanfaat itu apabila kita mempelajarinya membuatkan kita semakin dekat dengan Pencipta kita iaitu Allah.

Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara...tiada istilah kau Palestin,aku Malaysia kita semua adalah sama,kita adalah rakyat Palestin juga...kesusahan dan penderitaan mereka adalah penderitaan kita juga...Teringat kata-kata Dr Fadel Soliman,ajk Persatuan Ulama Antarabangsa,beliau mengatakan saya dan kamu semua adalah rakyat Palestin,sekiranya Palestin telah dibebaskan barulah saya menjadi rakyat Mesir dan kamu menjadi rakyat Malaysia semula.Jika kita berpendapat bahawa isu Palestin isu yang harus diselesaikan oleh rakyat Palestin sahaja,maka takziah diucapkan kepada anda kerana anda telah berjaya dipengaruhi oleh agenda yahudi dan barat..yang mana setelah jatuhnya khilafah Islamiah mereka memecahkan wilayah-wilayah yang dahulunya dibawah satu pemerintahan Khilafah Islamiah menjadi negara-negara kecil,Jordan,Syria,Mesir,Malaysia dan sebagainya.Akhirnya umat Islam menjadi berpecah belah dan lebih menjaga kepentingan negara masing-masing tanpa memikirkan masalah umat Islam di negara lain...

Aidilfitri tahun ini adalah teristimewa buat Ikhwanul Muslimin..sebuah gerakan Islam yang dibangunkan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna setelah jatuhnya khilafah Islamiah pada tahun 1924,gerakan ini bertujuan untuk menjadikan Islam yang tertinggi setelah mana umat Islam bercerai-berai,jauh terpesong dari manhaj yang sebenar..usai menunaikan solat Aidilfitri,tiba-tiba ku terdengar "Allahu Ghayatuna,Al-Quran dusturuna,Al Jihadu sabiluna,Ar-Rasulu qudwatuna..."rasanya macam pernah dengar"ku bermonolog...nyanyian yang penuh semangat.."ini nyanyian ataupun moto IM(Ikhwanul Muslimin)..alhamdulillah kini Ikhwanul Muslimin mampu melakukan apa sahaja,mampu untuk menonjolkan diri mereka yang sebenar...kalau dulu nak sebut Imam Hassan Al Banna pun kena hati-hati sampai kami semua pelajar di sini terpaksa sebut 'PAK HASSAN'..kerana pihak polis Mesir akan menangkap dengan penuh ketidak belas kasihan..(betul ke a yat ni? ^_^)...pernah di Universiti pelajar-pelajar ikhwanul muslimin ditangkap secara beramai-ramai oleh pihak polis..Ikhwanul Muslimin telah menyaksikan sejuk dulu lagi para aktivis dan pimpinan mereka di tangkap dan dimasukkan ke dalam penjara dan diseksa dengan seksaan yang yang sungguh kejam....penjara adalah rumah kedua buat pejuang Islam...namun penjaralah adalah medan tarbiyah mereka,disitulah mereka mengarang kitab,saya tertarik dengan tulisan Prof Dr Yusuf Al Qardawi dalam buku "Aku dan Ikhwanul Muslimin"beliau mengatakan,masa-masa mereka di penjara diisi dengan bacaan Al-Quran,zikir,usrah,pidato,diskusi kitab dan sebagainya.Mereka merasakan penjara adalah wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah..Subhanallah,kalau kitalah masuk penjara..agak-agaknya macam mana ye?..sehinggakan mereka berasa sedih jika terpaksa berpindah ke penjara lain kerana ukhwah yang terjalin begitu mantap

Pastinya jika As syahid Imam Hassan Al Banna masih hidup pastinya beliau akan tersenyum gembira kerana pokok yang beliau tanam dan bajai kini sudah mula menumbuhkan putik...Subhanallah,terasa syahdu melihat dan mendengar persembahan Ikhwanul Muslimin pada hari raya pertama di Stadium...laungan memuji Allah...sungguh hati ini berasa syahdu..Ya Allah,besar jasanya dan banyaknya sumbangan As-syahid Imam Hassan Al Banna kepada Islam sedangkan aku sebesar bacteria Streptococci pun belum tentu ada dan diterima Allah...

Mudah-mudahan Ikhwanul Muslimin sentiasa dalam pemeliharaan Allah....kemenangan Islam itu PASTI.

Khamis, 1 September 2011

Buah hatiku buat selamanya...


Sudah berbulan-bulan rasanya blog saya tidak diupdate..niat dihati mahu saya dipadam blog ini,setiap kali menelefon dan chat dengan mak,setiap kali itulah mak akan meminta untuk dibuat post yang baru.."kakak buatla blog,mak rindu nak baca tulisan kakak.,hari-hari mak buka blog kakak."..kata mak."mak baca ke blog kakak,rasa macam tak da apa-apa je kat blog kakak,kakak rasa macam nak padam je blog kakak tu."...sudah berulang kali mak menyuruh saya membuat post,baru hari ini berkesempatan membuat post...maafkan kakak mak,Subhanallah,seorang ibu pastinya tidak jemu-jemu melihat perkembangan anaknya tidak kira melalui penulisan,facebook,gambar ataupun apa sahaja berkaitan anaknya..

Kadang-kadang,saya terfikir macam mana ye perasaan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya,saya tak terbayang..seorang ibu sanggup bergadai nyawa untuk anak-anaknya,setiap pagi dan petang senang cerita setiap kali waktu solat pastinya mereka akan melakukan solat hajat dan berdoa untuk kebaikan anak-anaknya di dunia dan akhirat.."mak sentiasa doakan kakak dan adik-adik,setiap kali solat mak akan buat solat hajat untuk anak-anak mak"...subhanallah..muhasabah untuk diri saya dan semua...adakah kasih sayang kita kepada kedua ibu bapa kita memungkin kita untuk melakukan solat hajat setiap kali selepas menunaikan solat bagi mendoakan mereka,setelah terlalu banyak pengorbanan yang mereka curahkan kepada kita..saya ingin menjadi seperti emak saya,yang hidupnya,pagi,tengahari,petang,malam dan tengah malam sentiasa berdoa untuk kebaikan anak-anaknya..Ya Allah adakah aku layak dan mampu menjadi seorang ibu seperti ibuku..mungkin setelah diriku bergelar ibu,baru ku tahu sedalam mana perasaan seorang ibu terhadap anak-anaknya.."mak,sayangkan adik..mak tak sayangkan kakak"ujarku sewaktu umurku masih kecil."mak sayang semua anak-anak mak,perasaan sayang mak ni semuanya sama pada semua anak-anak mak"balas mak..macam mana ye perasaan tu,diriku sukar untuk memahami...insyaallah satu hari nanti pastinya aku akan memahami nanti..

"mak,kakak kalau ada masalah..mesti kakak menangis,kakak tak semangat,kakak asyik nak menangis je."ujarku..."kakak janganla macam tu,cuba tengok mak ni,kalau ada masalah senyum je,masalah tu memang akan sentiasa ada" balas emak...ya memang benar mak sentiasa senyum walau diuji dengan pelbagai masalah...sebab itulah jika diriku dilanda masalah pastinya aku sangat merindui kalam-kalam nasihatnya...Pernah satu hari ketika di Masjidil Haram,usai menunaikan solat tarawih..ketika itu aku ingin mengambil air zam-zam untuk diminum setelah penat menunaikan solat...ditakdirkan Allah,beg ku telah dicuri..Ya Allah,terasa gelap rasa duniaku...duit yang dianggarkan lebih seribu lebih(termasuk duit dolar,riyal dan mesir),Al-Quran biasa,Al-Quran terjemahan,ma'thurat,handphone,tasbih dan barangan yg lain yang menjadi kesayanganku hilang dengan sekelip mata..Pada waktu itu Allah sahaja yang tahu perasaanku,bagaimana seseorang boleh mencuri di dalam Masjidil Haram,di hadapan Kaabah,dan di bulan Ramadhan..

Tatkala memandang orang membaca Al Quran pastinya air mata akan bercucuran kerana teringatkan buah hatiku iaitu Al Quran kesayanganku..apa yang membuatku sedih kerana duit yang hilang itu adalah perbelanjaanku untuk membayar wang sewa rumah dan untuk menampung perbelanjaanku sepanjang di Makkah,Madinah dan juga di Mesir..aku tak mahu meminta duit dari ibu dan ayahku...bisikan hati kecilku..sampai hati pencuri tu curi beg aku,dah la diriku jauh dari mak ayah,nanti mak dgn bpk(panggilan untuk bapaku)..kena bagi duit lagi,kesian diorang,sanggup dia mencuri di rumah Allah ni..rasanya adalah dalam 2 hari aku menangis..masyaallah,jangan ditiru aksi ini..diriku terlalu sedih kerana mengingatkan betapa susahnya orang tuaku mencari duit kemudian hilang dengan sekelip mata sahaja..

Sehinggalah satu hari,ku menyuruh mak menelefon handset kawanku setelah ku memberi pesanan ringkas,meminta mak menelefonku..."Assalamualaikm kakak,kakak sihat?best tak kat sana?"tanya mak.."isk,isk...ku menahan tangis,ku tidak mampu berkata-kata kerana kesedihan yang melampau setelah mendengar suara emakku."kakak kenapa nangis?"tanya mak."beg kakak hilang."balas ku...aku terus menangis,entah kenapa perasaan sedih itu tak mampu ku bendung walaupu ku tahu ujian yang Allah beri ini tak setanding dengan ujian yang timpa keatas umat Islam di Palestin,ujian bagi mereka lebih 1000x lebih berat dariku.Dibunuh,dimusnahkan rumahnya,diusir keluar dari tanah air mereka sendiri dan sebagainya,sedang aku baru diuji dengan kehilangan beg menangis tak kesudahan...Astaghfirullah al'azim..betapa tipisnya imanku Ya Allah..

"Dah kakak jangan nangis lagi,tak pe niat sedekah je apa yang hilang tu,tak pe la kalau barang hilang,"pujuk mak..subhanallah,mak menyuruhku untuk niat sedekah barang yang ku hilang,terasa berat rasanya bagiku...mulianya hatimu mak...Ya Allah aku ingin memiliki hati yang semulia itu...sabar dan redha dengan ketentuanmu..namun aku tetap menangis.."kakak jangan menangis,semua orang sayangkan kakak"pujuk mak lagi...tiba giliran ayahku bercakap dengan ku,mendengar sahaja suaranya bertambah sebak rasa di dada.."dah,dah,kakak jangan nangis,tak pe la,nanti bapak bagi duit lagi"..Subhanallah,Alhamdulillah Ya Allah,Engkau kurniakan ku ibu bapa yang soleh dan solehah...usai menelefon mereka,rasa ringan rasa di dada,seolah-olah aku sudah melupakan kenangan pahit itu...hari-hari yang ku rasakan sungguh tenang untukku meneruskan misi mencari REDHANYA di bumi Haramain..

Walaupun diriku ingin menginjak usia 21 tahun,tapi apabila bersama ibu bapaku perangaiku tidak ubah seperti kanak-kanak...manja dan mengada-ngada,maafkan kakak mak dgn bapak..mungkin faktor 5 tahun ku menjadi anak tunggal,kemudian baru adikku asyraaf dilahirkan,menjadikan diriku seperti itu..diriku yang sangat sensitif,cukup pantang apabila seseorang bercakap kasar,ataupun meninggikan suara dihadapanku lebih-lebih lagi lelaki..mungkin kerana ayahku tidak berbuat begitu kepadaku...beliau orang lembut tapi tegas..rindunya padanya..terima kasih bapak....didikannya sangat terkesan sehingga kini.Kami adik-beradik diwajibkan memakai tudung dan baju kurung sejak kecil lagi jika hendak keluar berjalan-jalan...pernah adikku ani,pada waktu itu berumur 4@5 tahun,ayahku menyuruhkan memakai baju kurung jika mahu mengikutnya untuk berjalan-jalan.."bapak kata pakai baju kurung,"..arah ayahku.."tak nak,kite nak pakai baju t-shirt"..balas adikku.,"tak boleh ikut,selagi tak pakai baju kurung,tak boleh ikut bapak" balas ayahku..adikku puas menangis tak mahu memakai baju kurung.."nangislah sampai bila pun,selagi tak pakai baju kurung,bapak tak nak bawa"ujar ayahku..akhirnya adikku akur..kini alhamdulillah,adikku telah berumur 8 tahun,setiap kali keluar rumah pastinya dia tahu tudung yang labuh dan baju kurung adalah pakaiannya..benarlah didiklah anak biarlah sejak mereka kecil lagi supaya mereka terbiasa apabila mereka sudah besar,jika sudah besar mahu disuruh menutup aurat,solat dan mengaji dan sebagainya pastinya sukar..didikan anak itu bermula sejak kita memilih pasangan hidup kita..Islam telah mengajar kepada kita bahawa memilih pasangan yang beragama agar kita beruntung..justeru saya mengajak diri saya dan juga sahabat dan sahabiah di luar sana,agar kita sentiasa memperbaiki diri,kemudian memilih pasangan yang beragama dan seterusnya berusaha membina generasi yang mengikut acuan Al-Quran dan Sunnah kerana pastinya walaupun mungkin tidak dapat melihat kemenangan Islam tetapi anak cucu kita,hasil didikan kitalah yang menyumbang kearah kemenangan Islam.Pastinya,pahala dan amal jariah yang berterusan buat kita.

"Mak,tak mampu nak didik anak-anak mak sebab anak anak mak semuanya jauh,mak tak nampak anak-anak mak,mak berdoa Allah yang mendidik anak-anak mak"kata emak pada suatu malam tatkala di dalam perjalanan pulang dari Shah Alam..sungguh terkesan kata-kata itu.Aku cuba merungkai persoalan bagaimana caranya Allah yang mendidik kita...bila mana hati kita sentiasa terarah kearah kebaikan,mahukan kepada Islam,dipelihara melakukan dosa,ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah,sentiasa cintakan majlis ilmu itu bermaksud Allah menyayangi kita,Allah mahu pelihara kita,mahu mengolongkan kita dalam kalangan hambaNYA yang bertaqwa,di saat di luar sana betapa ramainya umat Islam jauh dari jalan yang sebenar,jauh dari landasan Islam,bersyukurlah Allah memelihara kita...bersyukurlah,mungkin kerana doa ibu kita Allah memilih kita menjadi hamba yang bertaqwa...Terima kasih mak,kerana doamu,alhamdulillah Allah menempatkan kakak dalam kalangan orang yang soleh dan solehah,Allah sentiasa mengarahkan hati ini kearah kebaikan..jika bukan doamu,mungkin kakak tidak tergolong dlm golongan yang dididik Allah....Alhamdulillah...mudah-mudahan setiap kebaikan yang dilakukan oleh kita akan menjadi saham buat mereka,setiap kali kaki kita melangkah untuk melakukan gerak kerja Islam setiap kali itulah pahala terus mengalir kerana dengan susah payah,wang,tenaga,masa dan nyawa mereka kita mampu menjadi seperti hari ini...Bersyukurlah...terima kasih buat mak dan bapak atas segalanya..moga Redha Allah sentiasa bersama kalian...