Khamis, 1 September 2011

Buah hatiku buat selamanya...


Sudah berbulan-bulan rasanya blog saya tidak diupdate..niat dihati mahu saya dipadam blog ini,setiap kali menelefon dan chat dengan mak,setiap kali itulah mak akan meminta untuk dibuat post yang baru.."kakak buatla blog,mak rindu nak baca tulisan kakak.,hari-hari mak buka blog kakak."..kata mak."mak baca ke blog kakak,rasa macam tak da apa-apa je kat blog kakak,kakak rasa macam nak padam je blog kakak tu."...sudah berulang kali mak menyuruh saya membuat post,baru hari ini berkesempatan membuat post...maafkan kakak mak,Subhanallah,seorang ibu pastinya tidak jemu-jemu melihat perkembangan anaknya tidak kira melalui penulisan,facebook,gambar ataupun apa sahaja berkaitan anaknya..

Kadang-kadang,saya terfikir macam mana ye perasaan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya,saya tak terbayang..seorang ibu sanggup bergadai nyawa untuk anak-anaknya,setiap pagi dan petang senang cerita setiap kali waktu solat pastinya mereka akan melakukan solat hajat dan berdoa untuk kebaikan anak-anaknya di dunia dan akhirat.."mak sentiasa doakan kakak dan adik-adik,setiap kali solat mak akan buat solat hajat untuk anak-anak mak"...subhanallah..muhasabah untuk diri saya dan semua...adakah kasih sayang kita kepada kedua ibu bapa kita memungkin kita untuk melakukan solat hajat setiap kali selepas menunaikan solat bagi mendoakan mereka,setelah terlalu banyak pengorbanan yang mereka curahkan kepada kita..saya ingin menjadi seperti emak saya,yang hidupnya,pagi,tengahari,petang,malam dan tengah malam sentiasa berdoa untuk kebaikan anak-anaknya..Ya Allah adakah aku layak dan mampu menjadi seorang ibu seperti ibuku..mungkin setelah diriku bergelar ibu,baru ku tahu sedalam mana perasaan seorang ibu terhadap anak-anaknya.."mak,sayangkan adik..mak tak sayangkan kakak"ujarku sewaktu umurku masih kecil."mak sayang semua anak-anak mak,perasaan sayang mak ni semuanya sama pada semua anak-anak mak"balas mak..macam mana ye perasaan tu,diriku sukar untuk memahami...insyaallah satu hari nanti pastinya aku akan memahami nanti..

"mak,kakak kalau ada masalah..mesti kakak menangis,kakak tak semangat,kakak asyik nak menangis je."ujarku..."kakak janganla macam tu,cuba tengok mak ni,kalau ada masalah senyum je,masalah tu memang akan sentiasa ada" balas emak...ya memang benar mak sentiasa senyum walau diuji dengan pelbagai masalah...sebab itulah jika diriku dilanda masalah pastinya aku sangat merindui kalam-kalam nasihatnya...Pernah satu hari ketika di Masjidil Haram,usai menunaikan solat tarawih..ketika itu aku ingin mengambil air zam-zam untuk diminum setelah penat menunaikan solat...ditakdirkan Allah,beg ku telah dicuri..Ya Allah,terasa gelap rasa duniaku...duit yang dianggarkan lebih seribu lebih(termasuk duit dolar,riyal dan mesir),Al-Quran biasa,Al-Quran terjemahan,ma'thurat,handphone,tasbih dan barangan yg lain yang menjadi kesayanganku hilang dengan sekelip mata..Pada waktu itu Allah sahaja yang tahu perasaanku,bagaimana seseorang boleh mencuri di dalam Masjidil Haram,di hadapan Kaabah,dan di bulan Ramadhan..

Tatkala memandang orang membaca Al Quran pastinya air mata akan bercucuran kerana teringatkan buah hatiku iaitu Al Quran kesayanganku..apa yang membuatku sedih kerana duit yang hilang itu adalah perbelanjaanku untuk membayar wang sewa rumah dan untuk menampung perbelanjaanku sepanjang di Makkah,Madinah dan juga di Mesir..aku tak mahu meminta duit dari ibu dan ayahku...bisikan hati kecilku..sampai hati pencuri tu curi beg aku,dah la diriku jauh dari mak ayah,nanti mak dgn bpk(panggilan untuk bapaku)..kena bagi duit lagi,kesian diorang,sanggup dia mencuri di rumah Allah ni..rasanya adalah dalam 2 hari aku menangis..masyaallah,jangan ditiru aksi ini..diriku terlalu sedih kerana mengingatkan betapa susahnya orang tuaku mencari duit kemudian hilang dengan sekelip mata sahaja..

Sehinggalah satu hari,ku menyuruh mak menelefon handset kawanku setelah ku memberi pesanan ringkas,meminta mak menelefonku..."Assalamualaikm kakak,kakak sihat?best tak kat sana?"tanya mak.."isk,isk...ku menahan tangis,ku tidak mampu berkata-kata kerana kesedihan yang melampau setelah mendengar suara emakku."kakak kenapa nangis?"tanya mak."beg kakak hilang."balas ku...aku terus menangis,entah kenapa perasaan sedih itu tak mampu ku bendung walaupu ku tahu ujian yang Allah beri ini tak setanding dengan ujian yang timpa keatas umat Islam di Palestin,ujian bagi mereka lebih 1000x lebih berat dariku.Dibunuh,dimusnahkan rumahnya,diusir keluar dari tanah air mereka sendiri dan sebagainya,sedang aku baru diuji dengan kehilangan beg menangis tak kesudahan...Astaghfirullah al'azim..betapa tipisnya imanku Ya Allah..

"Dah kakak jangan nangis lagi,tak pe niat sedekah je apa yang hilang tu,tak pe la kalau barang hilang,"pujuk mak..subhanallah,mak menyuruhku untuk niat sedekah barang yang ku hilang,terasa berat rasanya bagiku...mulianya hatimu mak...Ya Allah aku ingin memiliki hati yang semulia itu...sabar dan redha dengan ketentuanmu..namun aku tetap menangis.."kakak jangan menangis,semua orang sayangkan kakak"pujuk mak lagi...tiba giliran ayahku bercakap dengan ku,mendengar sahaja suaranya bertambah sebak rasa di dada.."dah,dah,kakak jangan nangis,tak pe la,nanti bapak bagi duit lagi"..Subhanallah,Alhamdulillah Ya Allah,Engkau kurniakan ku ibu bapa yang soleh dan solehah...usai menelefon mereka,rasa ringan rasa di dada,seolah-olah aku sudah melupakan kenangan pahit itu...hari-hari yang ku rasakan sungguh tenang untukku meneruskan misi mencari REDHANYA di bumi Haramain..

Walaupun diriku ingin menginjak usia 21 tahun,tapi apabila bersama ibu bapaku perangaiku tidak ubah seperti kanak-kanak...manja dan mengada-ngada,maafkan kakak mak dgn bapak..mungkin faktor 5 tahun ku menjadi anak tunggal,kemudian baru adikku asyraaf dilahirkan,menjadikan diriku seperti itu..diriku yang sangat sensitif,cukup pantang apabila seseorang bercakap kasar,ataupun meninggikan suara dihadapanku lebih-lebih lagi lelaki..mungkin kerana ayahku tidak berbuat begitu kepadaku...beliau orang lembut tapi tegas..rindunya padanya..terima kasih bapak....didikannya sangat terkesan sehingga kini.Kami adik-beradik diwajibkan memakai tudung dan baju kurung sejak kecil lagi jika hendak keluar berjalan-jalan...pernah adikku ani,pada waktu itu berumur 4@5 tahun,ayahku menyuruhkan memakai baju kurung jika mahu mengikutnya untuk berjalan-jalan.."bapak kata pakai baju kurung,"..arah ayahku.."tak nak,kite nak pakai baju t-shirt"..balas adikku.,"tak boleh ikut,selagi tak pakai baju kurung,tak boleh ikut bapak" balas ayahku..adikku puas menangis tak mahu memakai baju kurung.."nangislah sampai bila pun,selagi tak pakai baju kurung,bapak tak nak bawa"ujar ayahku..akhirnya adikku akur..kini alhamdulillah,adikku telah berumur 8 tahun,setiap kali keluar rumah pastinya dia tahu tudung yang labuh dan baju kurung adalah pakaiannya..benarlah didiklah anak biarlah sejak mereka kecil lagi supaya mereka terbiasa apabila mereka sudah besar,jika sudah besar mahu disuruh menutup aurat,solat dan mengaji dan sebagainya pastinya sukar..didikan anak itu bermula sejak kita memilih pasangan hidup kita..Islam telah mengajar kepada kita bahawa memilih pasangan yang beragama agar kita beruntung..justeru saya mengajak diri saya dan juga sahabat dan sahabiah di luar sana,agar kita sentiasa memperbaiki diri,kemudian memilih pasangan yang beragama dan seterusnya berusaha membina generasi yang mengikut acuan Al-Quran dan Sunnah kerana pastinya walaupun mungkin tidak dapat melihat kemenangan Islam tetapi anak cucu kita,hasil didikan kitalah yang menyumbang kearah kemenangan Islam.Pastinya,pahala dan amal jariah yang berterusan buat kita.

"Mak,tak mampu nak didik anak-anak mak sebab anak anak mak semuanya jauh,mak tak nampak anak-anak mak,mak berdoa Allah yang mendidik anak-anak mak"kata emak pada suatu malam tatkala di dalam perjalanan pulang dari Shah Alam..sungguh terkesan kata-kata itu.Aku cuba merungkai persoalan bagaimana caranya Allah yang mendidik kita...bila mana hati kita sentiasa terarah kearah kebaikan,mahukan kepada Islam,dipelihara melakukan dosa,ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah,sentiasa cintakan majlis ilmu itu bermaksud Allah menyayangi kita,Allah mahu pelihara kita,mahu mengolongkan kita dalam kalangan hambaNYA yang bertaqwa,di saat di luar sana betapa ramainya umat Islam jauh dari jalan yang sebenar,jauh dari landasan Islam,bersyukurlah Allah memelihara kita...bersyukurlah,mungkin kerana doa ibu kita Allah memilih kita menjadi hamba yang bertaqwa...Terima kasih mak,kerana doamu,alhamdulillah Allah menempatkan kakak dalam kalangan orang yang soleh dan solehah,Allah sentiasa mengarahkan hati ini kearah kebaikan..jika bukan doamu,mungkin kakak tidak tergolong dlm golongan yang dididik Allah....Alhamdulillah...mudah-mudahan setiap kebaikan yang dilakukan oleh kita akan menjadi saham buat mereka,setiap kali kaki kita melangkah untuk melakukan gerak kerja Islam setiap kali itulah pahala terus mengalir kerana dengan susah payah,wang,tenaga,masa dan nyawa mereka kita mampu menjadi seperti hari ini...Bersyukurlah...terima kasih buat mak dan bapak atas segalanya..moga Redha Allah sentiasa bersama kalian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan