Rabu, 7 September 2011

Terpelihara..




Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang..ya memang benar...wanita itu tidak akan memandang selain kepada perkara yang dibolehkan oleh Islam dan lelaki pun tidak akan berani memandangnya kerana keizzahan yang dimiliki oleh wanita tersebut..kalau pun memandangnya,pastinya memandangnya dengan penuh rasa hormat dan kagum.

"Bagusnya kakak tu,dah la lemah lembut,cantik,solehah,sejuk hati bila memandangnya"monologku pada suatu hari.Aku begitu mengaguminya..."rasa nak jadi macam dia juga"bisik hati kecilku...mesti beruntung mak ayah dia sebab ada anak solehah macam kakak tu,tambah-tambah bakal suami dia nanti" tambahku lagi...Kakak tu pakai niqob,terpeliharanya dia..kecantikannya hanya untuk suaminya nanti...pastinya dia memiliki hati yang sangat dekat dengan Allah..pastinya insan yang memiliki hati yang sangat dekat dengan Allah memilih untuk memakai pakaian Islam dan Taqwa..

Pastinya diriku berasa semangat untuk jadi yang lebih baik apabila melihat contoh wanita-wanita yang solehah..rasa seperti ingin mencontohi mereka dan ingin jadi seperti mereka...sedangkan aku..Ya Allah,aku ingin menjadi seperti mereka,hatinya sentiasa padamu,tapi hatiku ini sentiasa lalai..Jika diriku melihat mereka,menambahkan keimananku dan menambahkan semangatku...adakah apabila orang lain melihatku,semakin berkurang iman mereka...semakin jelek mereka melihatku...Astaghfirullah al a'zim...

Sungguh, aku sungguh mengagumi mereka yang telah menjadi solehah...rasa tenang rasa di jiwa..sungguh ku tidak dapat menggambarkan perasaan ini..sejak kecil lagi,apabila terlihat wanita yang memakai tudung labuh dan berjubah ditambah lagi jika wanita itu berniqab,pastinya pandangan mataku akan terhenti melihat mereka,entah kenapa walaupun masih kecil tapi ku rasakan suatu perasaan yang tenang dan bersemangat apabila melihat mereka..aku tidak mengerti...perasaan kagum itu sangat menyelubungi seluruh ruang hatiku...Subhanallah..pastinya yang paling aku kagum wanita yang berniqob..sungguh mereka sangat terpelihara...hanya orang-orang tertentu yang mampu melihat mereka...Subhanallah,indahnya...

Pastinya ada juga niat dihati untuk jadi terpelihara begitu...pastinya mudahan Allah permudahkan...kalaupun tidak dapat jadi seperti itu,sekurang-kurangnya kita mencintai untuk jadi seperti itu..."Kak mus,nak try niqob akak"pinta ku..."try la,syafiyah nak pakai ke?..sambil kak mus tersenyum melihat gelagatku yang mencuba niqobnya...."entahla,insyaallah satu hari jika Allah perkenankan,niat di hati itu memang ada,tapi tak tahu la...macam tak layak je.."balasku..Pastinya wanita yang berniqab memerlukan peribadi yang baik dan hubungan dengan Allah perlu dijaga,kerana pastinya mereka membawa syiar Islam,pakaian kita adalah cerminan kepada Islam..pastinya sesiapa yang mengakui dia adalah wanita Islam dan dia memakai pakaian ISLAM perlu menjaga dan berakhlak dengan akhlak Islam supaya Islam itu tidak disalah erti...

Kesolehahan (maaf jika salah)..Saidatina Khadijah,layanannya pada Rasulullah menyebabkan Rasulullah sering menyebabkan Baginda sentiasa menyebut-nyebut namanya..sehinggakan Saidatina Aisyah begitu cemburu hinggakan Saidatina Aisyah mempersoalkan mengapa Rasulullah sering menyebut-nyebut nama Khadijah sedangkan Baginda telah dikurniakan sesuatu yang lebih baik...,Rasullullah membalasnya,siapakah yang meneguhkanku dan sentiasa berada di sampingku saat semua orang mencemuhku dan daripadanya aku dikurniakan anak yang tidak pernah dikurniakan oleh isteri-isteri lain..Pastinya Saidatina Khadijah sangat solehah sehingga Rasulullah begitu mencintainya...malaikat jibril memberi salam dan perkhabaran syurga buatnya,melihatnya pasti menenangkan...kerana sebaik-baik isteri apabila melihatnya hati akan bertambah tenang..Subhanallah,role model yang kian luput dicontohi oleh muslimah hari ini...

Jadilah wanita yang terbaik,sentiasa memperbaiki diri sehingga orang melihat Islam pada diri kita...tenang dan sabar dalam menghadapi kehidupan...Subhanallah...cantiknya wanita solehah...mudah-mudahan,Allah memperkenankan doa kita untuk menjadi wanita solehah,doalah setiap kali waktu solat agar kita menjadi wanita solehah yang hati dan cintanya sentiasa tertaut pada Allah...Allahu Rabbi..Ighfir zunubi wa liwalidaiya...warham huma kama rabbayani soghira...Allahumma amin...

2 ulasan:

  1. MasyaAllah..kakmus baru je selesai buat entry baru di blog, dan x sgka isinya sama lebih kurang dengan entri syafiyah kali ni.... ttg purdah jg:j krn kita Muslimah... tidak lari dr fitrah yg dikurniakan Allah. smuanya tetap berkisar pd perkara yg sama... alhamdulillah... trm kasih ats perkongsian. sgguh kita sgt beruntung dilahirkan sbg Muslimah. dan smg turut menjadi Mukminah mujahidah solehah yg didambakan Islam. Insyaallah sm2 kita berusaha ye! dn begitu jg dgn shbt2 muslimat kta yg lain. smg hidayahnya turut sama tertebar.

    InsyaAllah..tentang keinginan syafiyah untuk memakai purdah..akak doakan smg dipermudahkan.. niat yg baik pasti ada peluang menyusulnya..:j memakai purdah x semestinya menunggu kita sempurna, tpi insyaallah ianya yg akan lebih mengajar kita untuk menjadi yg lebih baik bila memakainya. apapun ia tetap terpulang kepada si pemakai. kerana hati manusia ni hny Allah yang mampu pegang. Berpurdah atau tidak, bukan itu persoalannya, yg penting Taqwa di dalam diri :j kerana pakaian TAQWA itulah sebaik2 pakaian kita...


    smg trus istiqamah dn mnjadi mujahidah solehah

    BalasPadam
  2. tringat masa kecik2 dulu..akak pun suka sgt tengok orang pakai tudung labuh dan jubah.. tapi xde peluang memakainya, kerana msa tu sempitnya pemikiran mengatakan kita bukan budak sekolah agama...

    alhamdulillah, akhirnya Allah bagi juga peluang rsa bertudung labuh bila tiba di Mesir..memang rasa nikmat sangat :j malah Allah hadiahkan pula dengan peluang berpurdah. segala puji bagi Allah yang mengetahui apa yg terbaik utk hamba2Nya.. insyaallah akak akan sebarkan kebahagiaan ni supaya org lain juga dapat merasainya...

    ramai yg kat luar sana sebenarnya nak merasa pakai tudung labuh2, tudung besar2, tapi mereka segan untuk mengatakannya. malah mungkin xde ruang untuk mereka mencuba dan xde sape yang sudi membantu melorongkan. justeru kita perlu membantu mereka :) mulakan dr diri, aslih nafsak, wad'u ghairak~ insyaallah

    BalasPadam