Rabu, 7 September 2011

Kisah pertunanganku...

Pada 19 September yang lalu, aku telah dikhitbahkan dengan seorang hamba Allah. Selama ini, aku tidak pernah mengharapkan insan itu.

Namun, hari ini dia telah menjadi tunangku. Seorang wanita yang sederhana mendapat lelaki yang sangat taat pada Tuhannya? Bukankah itu adalah satu bonus buatku?

Setiap hari, walaupun kami tidak pernah berkomunikasi sama ada berhubung melalui telefon bimbit, email ataupun berjumpa, namun dirinya tetap setia denganku.

Begitu juga dengan diriku. Tidak pernah sesekali untuk aku berubah hati mencintai orang lain selain dari dirinya. Masya-Allah.

Siapa dirinya?

Setiap hari, apabila mengingati dirinya, aku terus-menerus sentiasa ingatkan Allah. Apabila teringatkan dirinya, aku bersemangat untuk mengisi masa lapangku dengan beribadah kepada Allah tidak kira siang ataupun malam.

Apa yang ada padanya?

Semakin kuat untuk sahabat mengenalinya bukan?

Seperti yang saya katakan, dialah seorang hamba Allah yang sangat taat kepada-Nya. Kadangkala aku terasa takut dan gementar menunggu masa untuk kami dinikahkan.

Mungkinkah esok?

Mungkinkah bulan hadapan?

Ataupun mungkinkah tahun hadapan?

Masya-Allah, Allah sahaja yang mengetahui perasaan aku.

Masih mencari siapa gerangan tunanganku?

10 saat untuk kamu berfikir dan cuba teka...

Masa sudah tamat, tiada?

Dialah malaikat IZRAIL...

19 September 1992 yang lalu, aku dilahirkan dan langsung aku bertunang dengannya. Tanpa aku minta.

Dialah hamba Allah yang sangat taat kepada Allah, berzikir tidak henti-henti memuji Allah dan mematuhi segala arahan Allah.

Entah bila malaikat Izrail datang mengambil nyawaku, esok? Minggu hadapan? Bulan hadapan? Tahun hadapan?

Oleh sebab itu, aku sangat takut dan gementar akan kehadirannya.

Oleb sebab itu juga, apabila teringat akan bila tarikh keramat itu, aku sibukkan diri kepada Allah, membuat persiapan untuk hari yang mendatang.

"Ya Allah, aku mohon matikanlah aku dalam pengakhiran yang baik, dan jauhilah aku dari pengakhiran yang buruk."

Amin Ya Rabbal alamin..

Sumber :I luv Islam.com

2 ulasan:

  1. tengok tajuk ni membuatkan akak hampir2 menjerit :j aa.."biar betul syafiyah ni..."..hehe...

    seb baik baca sampai habis.

    terima kasih. syafiyah selalu ingatkan kami tentang kematian, dan tentang pertemuan kita dengan Allah. syurgaNya, nerakaNya, perkara2 ghaib yang seringkali dan kebanyakkannya sering dilupakan kita...

    smg kita menjadi glgn yg tidak lalai dr tujuan dihidupkan. Amin.insyaallah

    BalasPadam
  2. kak mus,maaf deh baru balas,tak da idea nak balas hehe...tu la,tak kan saya nak tulis.mmg kita telah dihitbahkan sejak dulu lagi...(^-^)..terima kasih byk2 utk akak sbb byk juga bagi nasihat dan perkongsian utk saya...sama2 kita menuju redha Allah..

    BalasPadam