Sabtu, 10 September 2011

Telatahmu yang kurindu..















Adam dan Azhani buah hati kakak yang teristimewa dalam hidup kakak...Adib dengan Asyraaf pun sama...(^_^)






Rindu rasanya dengan adik-adik,keletah mereka..."Assalamualaikum,kakak!kakak!"kata Adam."Waalaikumsalam,ya..adam sihat"jawab saya.."Kakak rindu la dengan adam,adam rindu tak dengan kakak?balas ku lagi."Rindu je"jawabnya lagi..."Kakak!,kakak!,bapak kata nak sembelih ayam raya ni"ceritanya lagi...semangat betul dia bercerita,setiap kali menelefonya setiap kali itulah dia bercerita mengenai haiwan-haiwan peliharaanya tu...Adam,adam...dari dulu sampai sekarang,haiwan la sentiasa di hatinya.Lain adik,lain perangai dan kesukaannya..ani pula,berkongsi minat dengan ku,pantang saja nampak kerongsang,"ani,ani,jom tengok keronsang tu"
...pinta ku.."kakak ni nak beli la tu,pantang nampak keronsang"jawabnya.."eleh,nanti ani nak juga kan"balasku....dua beradik begitu asyik berkongsi minat yang sama...rindunya nak buat aktiviti bersama-sama dengan mereka..

Apabila berfikir sejenak,betapa indahnya jika hidup sentiasa dalam dunia kanak-kanak,tak perlu memikirkan masalah,dalam diari hidup mereka,bermain dan bermain...teringat saya satu video menceritakan mengenai kehidupan kanak-kanak Palestin,walaupun dalam suasana sedih dan tertekan,mereka tetap bermain.Tetapi hakikatnya,kehidupan kita di dunia ini bukanlah hanya berada di dunia kanak-kanak sahaja.Sama ada kita mahu atau tidak,kita pastinya akan beralih ke dunia dewasa,yang memerlukan kita berfikir dan bekerja untuk Islam..

Jika tujuan hidup kita hanya untuk bermain dan berseronok-seronok,maka tidak ada bezanya kita dengan kanak-kanak,bahkan kita sepatutnya perlu malu dengan kanak-kanak Palestin,walaupun masih kecil namun mereka berani berdepan dengan askar Israel dengan hanya bersenjatakan batu jika hendak dibandingkan dengan kehebatab senjata yang dimiliki oleh askar Israel,namun semangat jihad mereka,sesekali tidak akan padam..."Saya tidak akan sesekali mengizinkan Israel mengambil tanah Palestin walaupun hanya sebutir pasir"kata seorang kanak-kanak Palestin dalam wawancara di dalam salah satu video mengenai kanak-kanak Palestin,Subhanallah...hebatnya mereka,kita bagaimana?



Hani yang comel..(^_^)..dah pandai duduk,nanti bila sekali lagi jumpa mesti dah pandai berjalan


Seronoknya dapat sama-sama melihat kebesaran Allah...bila lagi peluang kita macam ni...Khusyuk adam tengok ikan-ikan yang comel (^_^)

1 ulasan:

  1. Kakak! Kakak! bile nak kawin? hihi....
    gurau je. ^_^

    A'a, bila cerita tentang adik2, tersentuh hati dibuatnya... keletah mereka mengingatkan kita tentang jasa ibu bapa yang sabar membesarkan kita dari kecik smpai besar. malah adik2 jugalah penghibur kita dan penyeri kehidupan keluarga tatkala kita semakin mengejar dewasa ni.

    insyaallah smg kita menjadi contoh yg baik kepada adik2.

    to syafiyah, thanx for being my 'great' adik too ^_^

    tahniah dah jadi kakak n adik yg baik yg sentiaSa mengingatkan diri dan ahli usrati nya kepada Allah :j

    luv,
    -k.mus.

    BalasPadam