Sabtu, 24 Julai 2010

Alhamdulillah selesai sudah program daurah kitab musim panas anjuran unit pembangunan insan Perubatan Cawangan Zagazig.Alhamdulillah banyak manfaatnya yang insyaallah kita semua akan peroleh.Tajuk yang dibawa ialah mengenai "Apa erti kebangkitan islam pada zaman moden"Kitab ini asalnya dalam bahasa arab tetapi telah dibincangkan dan diulas oleh Ustaz Mohd Azrul Ismail.Saya berpendapat kitab ini patut dibaca oleh semua remaja dan semua umat Islam.Kitab yang menerangkan bagaimana kebangkitan Islam setelah kejatuhan Khilafah Islamiah di Turki pada 3 Ogos 1924.

Khilafah Islamiah adalah satu gagasan yang menghimpunkan seluruh negara-negara Islam di bawah satu pemerintahan.Khilafah Islamiah ini adalah penyelamat bagi umat Islam di seluruh dunia.Di bawah agenda pihak barat dan musuh dalaman sendiri iaitu Mustafa Kamal atartuk Laknatullahialaih,khilafah Islamiah yang merupakan zaman kegemilangan umat Islam dahulunya hancur dan sehingga kini hasil daripada kejatuhan Khilafah Islamiah ini umat Islam dihina,ditindas,dibunuh sesuka hati,wanita dirogol dan sebagainya yang kita dapat lihat kekejaman dan kemelaratan umat Islam di seluruh dunia.

Hasil daripada agenda barat yang ingin memecah belahkan umat Islam,mereka memecahkan atau mewujudkan pecahan-pecahan negara seperti Mesir,Syiria,Jordan,Lubnan dan sebagainya sebagai langkah mewujudkan sikap asobiah dalam kalangan umat Islam.Hasil daripada ini,negara masing-masing mementingkan periuk nasi mereka sendiri.Contoh yang kita dapat lihat ialah bagaimana Mesir tidak membuka pintu laluan yang menghubungkan antara Mesir dengan Palestin bagi membolehkan penyaluran bahan makanan.Betapa mereka sanggup bersekongkol dengan agenda pihak barat demi menjaga periuk nasi mereka sendiri.

Sahabat-sahabat,betapa pentingnya kita sebagai syabab dan fatayat Islam ataupun pemuda dan pemudi Islam sedar akan peri pentingnya kita untuk mengembalikan khilafah Islamiah ini demi kesejahteraan umat Islam dan demi memastikan hukum Allah itu dapat dilaksanakan.Kita harus bangkit dan mengubah cara fikiran kita kearah Islam.Berani dalam mempertahankan dan berubah,jangan asyik berfikir mengenai hiburan dan cinta hingga lupa matlamat utama kita sebagai remaja Islam iaitu menegakkan Islam di muka bumi Allah ini.Masyarakat kini perlu diislahkan(dibaiki),tanggungjawab untuk mengislah masyarakat harus dipegang oleh remaja Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan