Selasa, 16 Jun 2009

Dunia hari ini....

Telah semakin dekat dengan manusia perhitungan amal mereka,sedang mereka dalam keadaan lalai(dengan dunia),berpaling (dari akhirat),Surah Al-Anbiya'(AYAT 1).Jika kita amati kalam Allah ini,sesungguhnya telah dekat dengan kita semua hari perhitungan,tetapi amatlah rugi jika sebagai seorang hamba Allah jika kita berada dalam keadaan yang lalai dan semakin jauh dengan Allah.Kita dapat lihat sekarang manusia berlumba-lumba dalam hal keduniaan,tidak dinafikan bahawa hal dunia juga penting,teringat saya pada kata-kata hikmah bahawa "letaklah atau peganglah dunia pada tanganmu bukan pada hatimu,ini kerana jika perlu maka kau genggamlah,dan jika tidak perlu maka lepaskanlah ia...jika kita meletakkan dunia pada hati maka amat susahlah untuk melepaskan...sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian,cuba kita berfikir sejenak,apa yang dapat kita perhatikan pada zaman kini,cuba sahabat-sahabat memerhatikan keadaan sekeliling,jika kita pergi ke kompleks membeli belah,pasaraya besar,atau tempat-tempat awam.Manakah yang lebih ramai(wanita yang menutup aurat,dengan memakai tudung labuh,jubah,baju kurung atau memakai purdah)atau wanita yang tidak menutup aurat,atau menutup aurat yang tidak sempurna seperti memakai tudung tetapi berbaju dan berseluar ketat..?pastinya kita akan dapati wanita yang tidak menutup aurat yang lebih mendominasi keadaan dan tempat...ini adalah benar..jika kita menutup aurat seperti yang dianjurkan oleh islam kita akan dianggap pelik dan ketinggalan zaman.Pada dunia hari ini,islam hanyalah pada majlis-majlis rasmi,pada hari pernikahan,dan sebagainya....islam hanya pada nama.Kita akan dapati betapa ramai umat islam yang tidak menutup aurat seperti yang digariskan oleh islam,mengamalkan pergaulan bebas,mengamalkan rasuah,memakan harta anak yatim dan juga rakyat,mengamalkan undang-undang barat dan sebagainya..jika ada segelintir umat islam yang mahu berjuang dalam memartabatkan islam,mereka akan digelar pengganas,membuang masa,dan sebagainya.Benarlah hadis Rasulullah yang ,mafhumnya"Islam itu datang dalam keadaan dagang(asing)dan kembali dalam keadaan dagang(asing),maka beruntunglah sesiapa yang dalam keadaan dagang(asing) itu.Wahai sahabat jangan berasa malu danmerendah diri jika dirimu dalam keadaan asing,kerana kita tahu Allah sentiasa bersama-sama dengan hamba-Nya yang sentiasa berjuang demi islam...saya juga mempunyai pengalaman untuk dikongsi bersama,sewaktu mengikuti perkhemahan di peringkat negeri sewaktu zaman persekolahan dahulu,saya pernah ditanya oleh seseorang bahawa tidak panaskah dengan memakai tudung labuh dan t-shirt yang berlengan panjang...cuba kita fikirkan bersama....sewaktu di matrik dahulu saya dan kawan-kawan saya digelar ustazah hanya disebabkan kami memakai tudung labuh..saya menjadi hairan,adakah memakai tudung labuh hanya untuk ustazah???memakai pakaian yang menutup aurat adalah wajib bagi kaum muslimah,bukan hanya golongan yang menuntut ilmu agama...inilah mentaliti masyarakat hari ini...seharusnya sebagai seorang muslimah seharusnya berusaha untuk menjaga dan memelihara dirinya dari pandangan lelaki ajnabi...teringat saya kisah yang hangat diperkatakan sewaktu saya berada di tingkatan 5,kisah seorang pelajar veterinar yang memegang khinzir dan bergambar dengannya.Maka dengan perbuatan pelajar tadi,maka ramailah manusia-manusia yang lantang mengatakan bahawa perbuatannya itu menghina islam dan sebagainya..saya juga menjadi hairan..Mengapakah sudah betapa ramai umat islam yang berpeluk-pelukan dengan berlainan jantina,berzina,bersalaman dengan bukan mahram,berciuman,bergambar dan sebagainya,tidak pulak sampai mengemparkan satu Malaysia...saya rasa perbuatan ini adalah lebih menghina islam..jika kita hendak membandingkan dengan memegang khinzir atau bergambar dengan khinzir tadi,saya rasa perbuatan tadi adalah lebih hina.Teringat saya pada satu sabda Rasulullah,baginda lebih rela dicucuh dengan besi panas daripada bersentuhan dengan wanita yang bukan mahram..Memang benarlah bahawa umat islam zaman kini,sudah tidak lagi tahu untuk membezakan yang mana yang haq dan yang mana yang batil,sifat al furqan iaitu dapat membezakan yang mana haq dan batil.Dalam ayat al-quran Allah menyebut jika seseorang itu bertaqwa maka Allah akan mengurniakan kepadanya dapat membezakan perkara yang haq dan yang batil..Wahai sahabat-sahabat dalam surah Al-A'RAF ,Allah ada menyebut"sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi fikiran jahat(berbuat dosa)dari syaitan,mereka pun segera ingat kepada Allah,maka ketika itu juga meraka melihat(kesalahan-kesalahannya).Dunia akhir zaman ini menyaksikan keruntuhan nilai-nilai islam,umat islam hari ini amat menyanjungi barat,mereka berpendapat bahawa dengan mengamalkan islam mereka tidak akan maju,sudah lupakah kita bahawa suatu ketika dahulu di era kegemilangan islam,islam amat maju dalam bidang perubatan,kejuruteraan,dan sebagainya disamping cemerlang dalam agama..apakah yang kita hendak jawab di hadapan Allah,betapa umat islam zaman dahulu sanggup berkorban harta,dan nyawa demi untuk menyebarkan islam dan alhamdulillah di atas perjuangan dan pengorbanan mereka kita disinari nur islam...tetapi kita pada zaman ini dengan mudah melupakan mereka ,malah mengagungkan tokoh-tokoh barat dan budayanya dan kita meruntuhkan dan memusnahkan islam yang dibina dengan peluh,air mata dan darah pejuang islam..jika mereka melihat keadaan kita sekarang pastinya mereka akan sedih.Apa yang saya perhati beberapa mentaliti masyarakat yang perlu diubah...masalah couple yang semakin berleluasa,jika kita lihat budaya couple ini adalah biasa dan dianggap perkara yang perlu dibuat sewaktu remaja dan sebelum perkahwinan,tetapi jika seseorang itu mahu menjaga dirinya dengan bernikah awal,mereka akan dianggap tidak sabar-sabar..ketahuilah mahukah kita membina masjid di sebalik timbunan kemaksiatan...sewajibnya budaya ini harus dihapuskan..betapa ramai anak luar nikah yang dilahirkan,semua ini bermula dengan masalah couple ini..wahai sahabat-sahabat yang saya kasihi kerana Allah...marilah kita bersama menjadi umat islam yang mengamalkan islam secara syumul..marilah kita berubah mulai saat ini..kerana maut itu tidak mengenal sesiapa..kadang-kadang buah kelapa yang baru berputik sudah jatu ke tanah,manakala ada juga buah kelapa yang sudah tua tidak jatuh-jatuh ketanah...saya juga menasihati diri saya khususnya dan juga kepada sahabat-sahabat,kita adalah harapan islam,kitalah generasi yang akan memimpin islam,kita niatkan dan kita serahkan jiwa dan tenaga kita untuk islam....insyaallah jika niatkan utk islam,semuanya akan terarah...salam perubahan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan