Jumaat, 26 Jun 2009

peristiwa

Saat baru pulang dari membeli barang di Salam sadnawi,saya terlihat saya peristiwa yang saya rasa saya amat sedih sekali.Saya melihat seorang lelaki tua yang ingin naik tremco tetapi tidak dibenarkan naik......saya dan kawan saya pergi mendekati pak cik tersebut.Apa yang buat saya sedih sangat ialah lelaki itu mengingatkan saya kepada kedua-dua arwah datuk saya,keduanya pada waktu itu sangatlah panas,kesian pak cik tu,kenapa depa tak bagi pak cik tu naik tremco...pak cik tersebut meluahkan perasaan dengan kami..tapi apa yang paling terkesan ialah dia ada menyebutkan hadis yang merupakan ucapan daripada Rasulullah iaitu"AKU TINGGALKAN KAMU DUA PERKARA IAITU AL QURAN DAN AS-SUNNAH,KAMU TIDAK AKAN SESAT SELAGI MANA KAMU BERPEGANG KEPADA KEDUANYA"Benarlah sahabat-sahabat,jika kita berpegang teguh dengan keduanya,pasti kita tidak akan sesat..pak cik mengatakan kita mengaku sebagai umat Nabi Muhammad tetapi kita tidak mencontohi akhlak baginda...sahabat-sahabat,saya menyeru dan mengajak kepada diri saya terutamanya dan juga sahabat-sahabat agar kita sama-sama mengagungkan Rasulullah,lihatlah dan selamilah kisah-kisah perjuangan baginda dalam memastikan kita pada hari ini disinari dengan cahaya islam.Dimanakah akhlak-akhlak islam dalam diri kita?adakah kita selalu berselawat kepada baginda,dimanakah Nabi di dalam hati kita?Sahabat-sahabat yang saya kasihi,marilah sama-sama kita berpegang teguh dengan ajaran Al-quran dan sunnah...saya teringat dengan saya mesej yang dikirimkan oleh rakan saya sewaktu NUZUL QURAN pada tahun lepas,antaranya bacalah dan fahamilah aku(quran)sebelum aku akan dijemput Allah(iaitu apabila tibanya saat Allah mengangkat ayat-ayat quran dari mushaf sekarang),saya teringat kata-kata seorang ustaz yang mengatakan hamlatul quran (pembawa quran)adalah di kalangan manusia yang menjaga hukum-hukum quran dan mengamalkan quran...saya masih teringatkan pak cik tersebut,dia amat baik,sempat meninggalkan pesanan dan nasihat kepada saya....seperti pesan seorang datuk kepada cucunya....saya kehilangan datuk buat pertama kali sewaktu saya berada di tingkatan 2 dan sewaktu saya berada di mesir ini....sewaktu saya masih bersekolah rendah datuk saya lah selalu mengingatkan saya tentang solat,dan sebagainya....pemergian mereka mengingatkan saya bahawa saya perlu tabah dan kuat dalam menempuhi hidup.Semoga Allah merahmati mereka yang sentiasa cinta akan rumah Allah(masjid),mereka mengingatkan saya bahawa hidup ini adalah untuk memperhambakan diri pada Allah,mereka mengingatkan saya bahawa Al- Quran dan masjid perlu bertahta di dalam hati setiap insan yang beriman kepada llah dan Rasul....YA ALLAH PELIHARALAH DATUK-DATUK KU DAN PAK CIK TUA TADI,BERILAH RAHMAT DAN KASIH SAYANGMU,DISAAT KASIH SAYANG MANUSIA TIDAK BERGUNA LAGI,KERANA CINTA DAN RAHMATMU TIDAK TERBANDING.......BENARLAH DUNIA INI IBARAT SYURGA BAGI ORG KAFIR DAN NERAKA BAGI ORG ISLAM DAN AKHIRAT ADALAH SYURGA BAGI ORG ISLAM DAN NERAKA BAGI ORG KAFIR....AMPUNILAH DAN REDHAILAH MERAKA.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan