Isnin, 22 Jun 2009

Erti syukur


Apa tanda kita bersyukur dengan nikmat Allah?Adakah sekadar kita mengucapkan ucapan ALHAMDULILLAH?Saya teringat sewaktu saya berada di sekolah rendah,ketika menuntut di sekolah agama,kami dikehendaki untuk menghafal setiap dari sifat-sifat mahmudah seperti sabar,zikrulmaut dan termasuk juga erti syukur.Erti syukur ialah menggunakan segala nikmat Allah untuk mentaatinya.Sahabat-sahabat sekalian,syukur membawa pengertian yang amat luas.Syukur juga boleh ditakrifkan sebagai menggunakan kesempatan yang diberikan dengan sebaiknya.Sebagai contoh,dalam konteks sebagai seorang pelajar,alhamdulillah kita telah diberikan dengan pelbagai kemudahan wang saku,perbelanjaan bulanan oleh ibu-bapa kita,seharusnya kita menggunakan kemudahan atau nikmat yang ada untuk kita belajar bersungguh-sungguh kerana Allah.Perlu dan wajib kita sebagai seorang umat islam untuk kita belajar kerana Allah,kerana mungkin terdapat segelintir dari kita yang belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus,duit yang banyak ,rumah yang besar dan sebagainya.Tidak salah untuk kita mengimpikan impian seperti itu,tetapi jika kita lebih mengutamakan Allah,semuanya pasti akan menyusul...kerana apa??kerana kita harus ingat semua rezeki adalah kurniaan dari Allah.Allah akan memberi kurniaannya kepada hamba-Nya yang taat pada perintah-Nya.Apabila saya berada di mesir ini,saya merasakan betapa beruntungnya kita,wahai sahabat yang dirahmati Allah,marilah sama-sama kita menggunakan segala nikmat Allah untuk kita sama-sama mentaati Allah.Saban hari saya melihat ada dikalangan saudara seislam kita terpaksa meminta sedekah kerana kemiskinan,kanak-kanak yang comel,mengingatkan saya kepada adik-adik saya,mereka berpakaian tidak seperti kanak-kanak di Malaysia...kadang-kadang kanak-kanak tersebut masih kecil,lebih kecil dari adik saya yang bongsu,apa yang dapat saya pelajari dari kanak-kanak tersebut ialah sifat berdikari yang sangat tinggi....buat adik-adik kakak,belajarlah erti syukur,betapa Allah mengurniakan kita dengan nikmat dan rezeki yang mencurah-curah....sanggupkah kita mmemalingkan diri dari Allah??sedangkan betapa banyak nikmat yang diberikan.Lihatlah pada tubuh badan kita,betapa Allah amat menyanyangi kita,pernahkah Allah meminta bayaran untuk buah pinggang kita yang saban waktu menapis segala darah kita dan membuang segala bahan yang merbahaya...hati kita ditugaskan untuk proses ditoxifikasi darah kita daripada GIT(gastrointestinal tract),kerana mungkin makanan yang kita makan mengandungi toksin dan perlu untuk dibuang,dan mungkin juga kandungan glucose dalam darah kita tinggi,maka hati kita akan menukarkan kepada glycogen dan glycogen tersebut akan disimpan di dalam hati kita sehingga,apabila tubuh kita memerlukan glucose,jadi glycogen akan ditukarkan kepada glucose..hal ini berlaku sewaktu kita sedang berpuasa..Maha suci ALLAH..yang telah menetapkan segalanya..walaupun kita berpuasa tetapi paras glucose di dalam badan kita tetap normal..ini adalah disebabkan proses yang saya katakan tadi.Sahabat-sahabat kalau kita hendak membahaskan segala nikmat yang diberikan oleh Allah,saya rasa tidak terhitung....kita lihat sahaja pada tubuh kita,nikmat yang diberikan terlaku banyak,itu belum kita mahu membandingkan dengan bumi dan alam semesta....saya menyeru dan mengingatkan diri saya dan juga sahabat-sahabat agar kita mensyukuri nikmat Allah.Jika kita merasakan kita diuji dengan kemiskinan ataupun kita berasa kekurangan..ingatlah ramai lagi saudara-saudara seislam kita yang diuji oleh Allah dengan kemiskinan dan kekurangan,tetapi mereka tidak semakin jauh dengan Allah,mereka beranggapan mungkin jika Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah,pasti akan membawa mereka lebih jauh dari Allah...sifat sentiasa bersyukur dan redha dengan pemberian Allah perlu dan wajib kita tanamkan di dalam diri kita...kerana ketandusan atau ketiadaan sifat ini adalh punca utama manusia tidak berpuas hati dengan nikmat Allah,lantas menggunakan cara yang terpesong dari Islam untuk mendapat kekayaan..Ingatlah sahabat-sahabat,kekayaan yang utama dan kekal ialah kekayaan ilmu,iman dan taqwa..kerana harta pasti akan berkurangan...Allah tidak melihat kepada kekayaan kita tetapi Allah melihat kepada iman dan taqwa kita.BERSYUKURLAH SELALU DAN JANGAN RAGU,NESCAYA ALLAH PASTI AKAN MERAHMATI KITA...MARILAH KITA MENGINFAKKAN SEBAHAGIAN DARIPADA NIKMAT DAN REZEKI YANG DIBERI OLEH ALLAH KEPADA SAUDARA SEISLAM YANG KURANG BERNASIB BAIK...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan