Ahad, 22 November 2009

bingkisan untuk mu sahabat.....

S
Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk menghirup udara dan masih sihat untuk meneruskan kehidupan saya sebagai hambaNya di muka bumi ini.Alhamdulillah insyaallah pada hari jumaat ini,seluruh umat Islam akan menyambut Aidiladha.Saat yang ditunggu bagi saya,tidak sabar rasanya hendak menyambut hari raya korban.Terkenangkan kisah pengorbanan antara Nabi Allah Ibrahim dan anaknya iaitu Ismail.Kerana ketaqwaan dan keimanan yang mendalam terhadap Allah,Nabi Ibrahim sanggup melaksanakan perintah yang diperintahkan oleh Allah iaitu menyembelih anaknya.Jika kitalah,sanggupkah seorang bapa menyembelih anak sendiri,anak yang ditatang bagai minyak yang penuh.Tetapi bagi Nabi Ibrahim walaupun perintah itu amat berat,tetapi disebabkan keimanan yang mendalam terhadap Allah,baginda sanggup melaksanakan perintah Allah.Bagi Nabi Ismail pula,disebabkan keimanan dan ketaqwaan yang mendalam,baginda sanggup disembelih dengan penuh kerelaan.Jika kita sebagai anak,sanggupkah kita merelakan diri kita untuk disembelih.Kalau saya pasti saya akan melarikan diri,dipenuhi dengan rasa takut dan sebagainya.Ini menunjukkan iman kita ini tidak setebal keimanan mereka.Ya Allah ampuni hambamu ini,keimananku yang masih lemah dan nipis.Sahabat-sahabat,iman dan ketaqwaan kita terhadap Allah sering turun dan naik,inilah manusia.Iman kita seperti malaikat yang sentiasa tetap,dan tidak juga seperti nabi yang sentiasa meningkat.Kadang-kadang kita berasa malas dan culas untuk melakukan ibadah,hati kita sentiasa berpaut terhadap cinta dunia.Kenikmatan dan kesenangan yang diberi oleh Allah sering kita salah guna untuk lebih jauh dari Allah.Allah mengurniakan kita tubuh badan yang sihat,tetapi kita berasa malas untuk menunaikan solat,untuk pergi solat berjemaah di masjid,menuntut ilmu atau menghadiri kelas-kelas pengajian agama dan sebagainya.Rasulullah pernah menyebut bahawa dua nikmat yang sering dilalaikan oleh manusia ialah nikmat kesihatan dan waktu lapang.Sahabat-sahabat,ketika kita masih sihat kita selalu lupa akan Allah,kita jarang berdoa dan melakukan ibadah.Tapi apabila kita sakit,barulah kita mula berdoa terhadap Allah meminta supaya diberi kesembuhan,tetapi apabila Allah memberi kesembuhan terhadap kita,kita lupa semula terhadap Allah,kita kembali melakukan dosa dan semakin jauh dariNYA.Sahabat-sahabat,sayangnya Allah terhadap kita amat mendalam.Pernahkan Allah memberhentikan nafas kita semasa kita sedang melakukan dosa terhadapNYA,pernahkan Allah memberhentikan jantung kita semasa kita melupakanNYA.Tidak sama sekali sahabat-sahabat.Allah tidak melakukan sebegitu walaupun kita sebagai hambaNYA sering melakukan dosa terhadapNYA.Inikah balasan kita terhadapNYA,sedangkan nikmat yang diberikan olehNYA tidak terhitung rasanya.Kalau kita hendak mengira banyaknya nikmat yang diberikan nescaya tidak terhitung kita akan nikmatnya.Cuba sahabat-sahabat fikir,jika seseorang berbuat jahat terhadap kita,pasti kita mempunyai perasaan marah dan kebiasaannya kita tidak akan mempedulikannya,Tetapi Allah tidak begitu,walaupun kita banyak melakukan dosa tetapi Allah tetap melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya,lalu Allah memberi kita sakit,ini tidaklah lain untuk mengkifarahkan(menghapuskan) dosa kita.Inilah yang perlu kita fahamkan bahawa setiap penyakit yang Allah beri kepada kita adalah tanda Allah sayang kepada kita,dosa kita akan dihapuskan dan jika kita bersabar dan redha kita akan ditinggikan martabat kita.Sahabat-sahabat,kehidupan ini hanya sekali,masa muda hanya sekali.Bukan masa hidup dan muda hanya sekali dan kita menghabiskan waktu itu dengan bersuka ria.Itu adalah salah sama sekali.Waktu muda inilah kita harus menyiapkan dengan ilmu,amal ibadah,pengalaman dan sebagainya.Kerana jika kita sudah tua baru hendak menuntut ilmu,beramal ibadah dan sebagainya mungkin akan terhalang sedikit kerana faktor kesihatan dan kesibukan dan sebagainya.Buat sahabat-sahabat yang dipilih oleh Allah untuk menggalas tanggungjawab dalam amar maaruf dan nahi munkar beruntunglah kalian,kerana masa kalian tidak disia-siakan.Janganlah berasa penat dan futur,kerana di saat sahabat-sahabat lain sibuk berhibur,bershopping dan sebagainya,kita disini disibukkan memikirkan bagaimana hendak membawa rakan-rakan lain kembali kepada Allah.Sahabat-sahabat,jangan berasa futur,sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.BEREHAT HANYA DI SYURGA....bersusah -susah dahulu di dunia,dan berehatlah sepuas-puasnya di syurga...Salam Aidiladha dari bumi penuh barakah....kullu sanah wa antum bikhair...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan