Isnin, 12 Disember 2011

Tips-tips kecantikan buat muslimah yang tersayang


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum buat rakan pembaca yang dirahmati dan dikasihi Allah...Alhamdulillah setelah lama tidak saya tidak menulis...insyaallah saya ingin kongsikan sedikit perkongsian mengenai tip-tips kecantikan..Alhamdulillah itulah ucapan yang harus kita lazimi setiap hari dan saat kerana Allah telah mengurniakan kesempurnaan dan kecantikan rupa dan tubuh badan kita untuk terus beribadah mengingati Allah...Alhamdulillah kita telah dilahirkan sebagai seorang manusia yang sempurna,Alhamdulillah..sebagai muslimah kecantikan juga kita harus dititik beratkan..bukanlah bermaksud jika kecantikan terbayang di fikiran kita harus memakai pakaian yang menarik dan mendedahkan aurat,memakai mekap yang berlebihan..kecantikan kita hanyalah untuk insan tersayang yang insyaallah suami ataupun bakal suami kita nanti bagi sesiapa yang masih belum berkahwin..


Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk tampil cantik dan kemas,bahkan ianya dituntut oleh Islam..insyaallah saya akan kongsikan buat pembaca muslimah yang sayangi kerana Allah...mengenai kecantikan dan kesihatan wajah dan tubuh badan

1.Pastikan sentiasa mencuci muka anda selepas bangun dari tidur,selepas keluar dari rumah dan sebelum masuk tidur.

2.Pakailah pelembab yang sesuai untuk wajah kesayangan anda yang telah dianugerahkan oleh Allah sebelum keluar dari rumah ataupun ketika di dalam rumah.

3.Pastikan anda memakai pelembab malam sebelum tidur,sebelum itu cuci muka terlebih dahulu dan mengambil wudhuk sebelum tidur kerana tidur di dalam berwudhuk akan dilindungi Malaikat.

4.Anda boleh juga mencuba menyapu minyak zaitun (Extra virgin oil) yang asli,yang boleh digunakan di dalam masakan,jangan risau minyak zaitun tidak akan menyebabkan tumbuhnya jerawat bahkan akan mengecilkan jerawat.Minyak zaitun akan melembutkan kulit wajah kita dan dapat menghilangkan parut-parut jerawat jika kita gunakan secara istiqamah.Subhanallah,hebatkan..sebab itu Allah bersumpah dengan nama buah zaitun dalam Surah At tin..banyak kelebihannya yang Allah sediakan untuk kita.

5.Sentiasalah mengambil wudhuk dan dalam keadaan berwudhuk,pastikan sebelum keluar kemana-mana anda mengambil wudhuk..tahukah anda bahawa dengan berwudhuk kita dapat menghilang segala bakteria yang terdapat di wajah dan tubuh badan kita yang akan menyebabkan jerawat tumbuh.Subhanallah..sebab itu artis maryln moore akan sentiasa mencuci mukany,sebab itu kulitnya cantik..jika kita sebagai muslimah wudhuk adalah yang terbaik.

6.Sebelum tidur anda digalakkan untuk menyapu madu ataupun minyak zaitun di bibir anda.Minyak zaitun dapat meningkatkan pengaliran darah di bibir kita,manakala madu dapat memberikan kelembapan yang maksimum bagi bibir kita.

7.Biasakan sebelum dan selepas bangun tidur kita mengambil madu,habatus sauda dan minyak zaitun untuk kesihatan dan kecantikan tubuh badan kita..

8.Sentialah membiasakan menyapu losyen di anggota badan sebelum tidur dan sebelum keluar dari rumah sapulah losyen di pergelangan tangan bagi melindungi daripada dihydrasi dan cahaya matahari.

Insyaallah,sayang-sayang sekalian..ukhti-ukhti di luar sana,selamat mencuba..insyaallah,akan saya kongsikan sekali lagi..kecantikan yang hakiki adalah apabila seorang muslimah itu menjadi muslimah yang solehah dan hanya mengharapkan keredhaan dan cinta Allah,kerana apa jualah Allah lah yang memberi dan mengurniakan kecantikan kepada kita.Apabila seorang muslimah itu menjadi muslimah yang solehah,insyaallah kecantikan yang asli dan sebenar akan terpancar di wajahnya...wajah yang penuh ketenangan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan