Rabu, 27 Mei 2009

cerita hari ini.....




Assalamualaikm....awal pagi tadi(26 haribulan 5 2009),saya menghantar adik-adik ahli bait saya di lapangan terbang.Alhamdulillah mereka telah mendapat biasiswa mara....tahniah adik-adikku sayang...tapi yang sedihnya mereka terpaksa pulang ke malaysia untuk membuat persediaan untuk melanjutkan pelajaran di universiti Alexendria,mesir.Setelah lebih kurang lima bulan bersama,kami ibarat satu keluarga....kini rumah kami hanya tinggal 4 0rang...sunyi rasanya...tapi mungkin itu adalah yang terbaik yang telah ditentukan oleh Allah buat mereka...itu cuma selingan.....tapi akak doakn sarah,mimi,farah dan suha agar sentiasa berada di bawah rahmat dan kasih sayang Allah,jaga diri,jaga iman,jaga peribadi....smg kamu semua berjaya.Jangan lupa lawat akak kat zagzig ni.....insyaallah...pada kali ini saya ingin menceritakan sedikit mengenai dunia kanak-kanak....apabila saya ym dengan emak saya,adik-adik saya mesti tulis..."kakak,ani rindu dengan kakak"...adib pun begitu...kenangan bersama mereka sangatlah indah..kami suka main bersama-sama..kadang saya apabila berada di rumah berubah menjadi kanak-kanak...kadang-kadang saya terfikir bahawa seronoknya berada di dalam dunia kanak-kanak ini..tanpa perlu memikirkan taklifan,dosa,masalah dan sebagainya.Apabila berada di mesir ini melihat kanak-kanak di sini mengingatkan saya pada adik-adik saya yang tersayang..Asyraaf,Adib,Adam,dan Azhani..keletah mereka sangat menghiburkan hati...setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan suci tanpa dosa,maka ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada ingin menjadi yahudi atau nasrani.Apabila berada di mesir ini,hati saya sayu melihat kanak-kanak yang berpakaian compang-camping,rambut kusut dan tidak terurus...hati saya tertanya-tanya,di manakah ibu bapa mereka...ada kala ada di antara mereka masih kecil,tapi berjalan seorang diri...meminta sedekah..saya teringat kanak-kanak di Malaysia,boleh dikatakan majoritinya lebih bernasib baik daripada kanak-kanak di mesir ini..melihat mereka mengingatkan saya bahawa betapa beruntungnya saya dan adik-adik saya,betapa nikmat yang diberikan kepada kami amatlah banyak.Saya teringat bagaimanalah kanak-kanak di palestin..adakah mereka dapat makan dengan secukupnya..mereka terpaksa hidup dan membesar di dalam suasana yang tidak aman.Cuba kita fikirkan...jika kita di sini senang bersenang lenang tanpa ada sesuatu yang kita hendak sumbangkan kepada islam...sedangkan kanak-kanak dan remaja-remaja di sana sangat berani dan sanggup mati syahid demi islam.Jika kita di sini masih berada di dalam dunia cinta,tanpa mengenal batasan dan Allah yang amat mencintai kita...lihatlah kanak-kanak dan remaja palestin,walaupun mereka masih muda belia,tapi kecintaan mereka terhadap Islam dan Allah amatlah tinggi,kerana mereka tahu cinta kepada Allah adalah hakiki dan mereka tahu balasan yang akan kekal selamanya iaitu jannah.Jika kita disini mengaku mencintai palestin,dan mengutuk yahudi..tapi kita masih membeli barangan yahudi..ingatlah kita adalah bersaudara..palestin adalah milik umat islam dan menjadi tanggungjawab kita semua dan bukanlah hanya terletak pada mereka sahaja..kita adalah bersaudara...di sini pentingnya kita bersyukur terhadap Allah di atas nikmat dan anugerahnya terhadap kita...sahabat-sahabat apabila kita melihat keadaan sekeliling kita lihatlah dengan mata hati...rasailah penderitaan mereka...doakanlah untuk saudara-saudara seislam kita...alhamdulillah saya ditakdirkan oleh Allah untuk berada di bumi mesir ini..walaupun saya baru beberapa bulan sahaja di sini ,tapi saya dapat rasai seolah olah seperti berada di tanah air saya sendiri..banyak peristiwa yang amat bernilai dalam hidup saya yang saya dapat rasai di sini.Mesir mengajar saya agar lebih mensyukuri mikmat Allah,mendekatkan saya terhadap masyakarat dan yang paling saya hargai ialah nilai ukhwah...sahabat-sahabat,sebagai seorang islam kita tidak dapat terlepas dengan tanggungjawab kita terhadap islam,cuba kita fikirkan dan renungi sejenak,apakah sumbangan kita terhadap islam..sepanjang usia muda kita adakah telah kita penuhi dengan perkara yang membawa kepada keredhaan Allah..sahabat-sahabat di matriks dahulu ada memberi tahu saya bahawa belajar dan menuntut ilmu itu adalah utama tetapi kerja islam bukan nombor dua.Bagaimanakah kita hendak memastikan bahawa akademik dan islam adalah seiring?Dalam melaksanakan kerja-kerja islam,pelajaran jangan kita lupakan,jangan kita jadikan diri kita sebagai fitnah kepada gerakan islam...jangan kita biarkan sesetengah mereka mengatakan orang yang buat kerja-kerja islam ini,terkebelakang ataupun tidak hebat dalam akademik...dahulu semasa di kolej matrikulasi perak,saya mempunyai sahabat-sahabat yang sering membantu saya,saling mengingatkan dan merekalah sahabat masjid saya..sampai kehari ini kenangan bersama mereka tidak akan saya lupakan...buat sahabat-sahabat di mesir dan juga malaysia teruskan perjuangan kalian demi memartabatkan islam,jika hati berasa lemah,ingatlah Allah bersama-sama kita,yakinlah dengan Allah,ingatlah kemenangan akan berpihak kepada Islam juga.ingatlah belajar adalah pertama dan utama tapi kerja-kerja islam bukan nombor dua...bersama membangun bersama islam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan