Ahad, 24 Mei 2009

CINTAILAH SEGALA PEMBERI NIKMAT





Alhamdulillah Allah telah memberi saya kesempatan untuk menulis,disebabkan kesibukan dengan urusan pelajaran yang kadang-kadang sampai memeningkan kepala...tapi tak apa itulah sebenarnya kemanisan dalam menuntut ilmu.Dalam menuntut ilmu ini pelbagai pengorbanan yang peelu kita tunaikan..kadang-kadang kita berasa penat,berasa tidak sabar,futur sebagainya tapi ingatlah setiap kesusahan yang kita rasai itu jika kita niatkan kerana allah,insyaallah Allah akan membalasnya dengan kemanisan iman(halawatul iman).Kadang-kadang saya rasa rindu sangat dengan keluarga terutama dengan mak(maklumlah anak perempuan sulung),rasa nak balik je... main dengan adik-adik(tambahan pula adik-adik masih kecil)..Tapi bila saya fikir sejenak bahawa ramai lagi yang belajar di mesir ni yang lama tidak pulang...(saya jadi sem angat semula),masih ramai lagi hamba-hambanya yang tabah dan sabar dalam menuntut ilmu..smg Allah memberi kesabaran kepada mereka....insyaallah pada kali ini saya ingin bercerita sedikit...mengenai kisah seorang lelaki yang mengutamakan kecintaanya kepada Allah...(maafla sekiranya saya menggunakan bahasa saya sendiri)....Pada zaman Rasulullah dahulu ada seorang lelaki(maaf saya tak ingat namanya),lelaki ni tak la handsome,dan tak la kacak dan lelaki ini juga seorang yang berkulit gelap...tapi sahabat-sahabat setiap manusia mempunyai fitrah untuk ingin di sayangi ataupun menyayangi..(lelaki ini teringin untuk berumah tangga)...tetapi setiap kali lelaki ini hendak meminang gadis,unfortunately,semua gadis tidak mahu berkahwin ataupun tidak mahu menerima pinangan lelaki tadi....tetapi lelaki ini sangat yakin dengan firman Allah,yang menyebutkan Allah mencipta semua yang ada di muka bumi ini saling berpasangan....lelaki ini amat yakin yang dia pun ada pasangannya...(contoh yang baik,tidak berputus asa ,dan yakin pada Allah)..lalu lelaki ini berjumpa dgn Rasulullah untuk menyatakan isi hatinya..bahawa dia ingin berumah tangga tetapi,tidak ada seorang gadis yang ingin berkahwin dengannya...lelaki ini meminta Rasulullah untuk mencarikan teman buatnya...Rasulullah dengan hati yang terbuka telah bersetuju untuk mencarikan pasangan bagi lelaki ini..walaupun lelaki ini tidak kacak tetapi dia memiliki hati dan keperibadian yang sangat mulia dan sangat patuh pada agama..Alhamdulillah..rupa-rupanya masih ada gadis yang mahu untuk bernikah dengan lelaki ini...gadis ini amat cantik..dia tidak memandang luaran lelaki ini bahkan memandang akhlak lelaki ini...Lelaki ini amatlah gembira dan bersyukur kerana benarlah bahawa sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah..menjelang hari pernikahan lelaki ini...Rasulullah meminta lelaki ini untuk membeli persiapan pernikahan mereka...tetapi sedang lelaki ini membeli barangan persiapan pernikahannya..seorang utusan Rasulullah telah datang kepadanya dengan membawa perkhabaran ataupun seruan jihad.Maka lelaki ini berasa serba salah,adakah dia mahu membiarkan sahaja urusan jihad itu kerana dia mahu bernikah ataupun menyahut seruan jihad...kalau kita la sahabat2,dalam keadaan ini mcm mana ye?mungkin ramai di antara kalangan kita yang memilih umtuk berkahwin...termasuklah saya agaknya...???.Disebabkan keimanan dan kecintaan lelaki ini pada Allah...maka dia segera menjual kembali segala barangan persiapan untuk pernikahannya dan membeli baju besi dan alatan peperangan...Alhamdulillah..lelaki ini telah menemui cintanya yang sejati iaitu cinta kepada Allah..dia telah dihadiahkan dengan bidadari yang jauh lebih cantik daripada wanita di dunia..inilah sahabat-sahabat nilai cinta seorang hamba kepada tuhannya iaitu Allah...sanggupkah kita menjadi seperti dia...sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,saya ingin menyeru kepada diri saya ini dan sahabat-sahabat sekalian untuk kita mengutamakan cinta kepada Allah...suka saya ingatkan kembali nilai kesihatan yang Allah beri kepada kita...jantung kita,paru-paru,buah pinggang dan semua organ-organ yang terdapat dalam badan kita,mampukan kita untuk membalasnya...kalau kita perhati dan berfikir sejenak betapa kasih dan cinta Allah pada kita sangatlah mendalam..betapa Allah telah menciptakan kita dengan pelbagai sistem dan organ yang sangat canggih dan tidak mampu kita saingi...marilah kita sama-sama mencintai Allah...pernahkah Allah meminta balasan kepada kita,setiap darah yang mengalir,udara yang disedut,buah pinggang yang menapis barang buangan dalam tubuh kita....Allah tidak pernah meminta,,tetapi yang Allah minta hanyalah ketaatan dan ketaqwaan kepadanya.....kadang-kadang kita hanya mengutamakan cinta sesama manusia dan lupa cinta kepada Allah...sekiranya kita mencintai seseorang belum pasti dia juga akan mencintai kita,tetapi sekiranya kita mencintai Allah ,sudah pasti Allah akan mencintai kita...fikir-fikirlah.....maaf sekiranya terdapat kesalahan....(membangun bersama islam)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan