Ahad, 24 Mei 2009

WANITA PELIHARALAH DIRIMU.....




Assalamualaikm,insyaallah pada kali ini,saya ingin menyentuh sedikit mengenai hal-hal kewanitaan iaitu mengenai bab aurat dan ikhtilat..insyaallah.Sebelum tu,saya ini bukanlah yang terbaik untuk membincangkan mengenai hal-hal ini,tetapi insyaallah kita sama-sama memperbaiki diri kita insyaallah..selalu kita dengar perumpaan seorang wanita solehah,saya pernah terbaca wanita solehah ini ibarat mawar berduri,ibarat mutiara.Saya suka memberi perumpaan yang wanita solehah ini ibarat mutiara ditengah dasar lautan...Islam datang mengangkat martabat wanita,tetapi akhirnya seperti yang kita lihat wanita islam sendiri menjatuhkan martabat mereka.Allah Taala telah berfirman dalam surah ALahzab ayat 59 yang bermaksud "Wahai Nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu,anak -anak perempuanmu dan isteri-isteri org mukmin ,"Hendaklah mereka menutup jilbabnya ke seluruh tubuh badan mereka agar mereka lebih mudah di kenali,sehingga mereka tidak akan diganggu.Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang.Wahai sahabat-sahabat muslimat yang saya amat sayangi,berbalik kepada firman Allah Taala tadi,jelas membuktikan bahawa Allah amat menyayangi kita.Di sini saya ingin membuat satu perumpaan mengenai mutiara dan wanita solehah.Wanita solehah ibarat mutiara yang cantik.Mutiara ini berada di dasar lautan.Mutiara ini tersimpan rapi di dalam tiram yang keras.Sesiapa yang mahukan mutiara ini haruslah meyelam ke dasar lautan,(Yang sememangnya memerlukan kesabaran dan daya tahan yang kuat).Wahai sahabat-sahabat muslimah yang disayangi,begitulah misalannya bagi wanita solehah.Seoarang wanita solehah itu amat menjaga auratnya kerana Allah,mereka menjaga aurat mereka adalah kerana Allah dan demi untuk menjaga maruah dan peribadi mereka.Mereka tutupi tubuh mereka dari pandangan lelaki ajnabi,aurat mereka dijaga untuk suami mereka.Tutur kata mereka penuh hikmah dan saling mengingatkan kepada Allah.Hidup dan mati hanya diserahkan untuk sebuah perjuangan kerana Islam.Wahai sahabat muslimat,hanya lelaki yang taat dan patuh kepada Allah sahaja mampu memiliki hatinya,kerana wanita itu hanya mahukan lelaki yang sering mengingatkan dirinya kepada Allah bukanlah makin menjadikannya dirinya semakin jauh dari Allah.Mereka mahukan lelaki yang sering mengajarkan mereka ilmu dan nasihat.Meraka ingin menjadi pembantu dalam perjuangan menegakkan agama Allah dan bukannya pembantu dalam hal-hal kedunian semata-mata.Sahabat muslimat,bagaimana hendak menjadi wanita solehah?pertamanya kita haruslah mencontohi keperibadian


ummahatul mukminin yang amat mulia dan hebat dalam perjuangannya di sebalik perjuanagan Rasulullah.Pertahankanlah pakaian muslimahmu seperti yang digariskan di dalam Al quran.Jadilah umat islam yang teguh seperti yang di sebut Rasulullah,bahawa umatku di akhir zaman nanti ada segolongan yang memegang islam itu ibarat memegang bara api.Sabda Rasulullah lagi."Islam itu datang dalam keadaan dagang(asing) dan kembali juga dalam keadaan dagang,maka beruntunglah mereka yang asing itu.Jika kita pada hari ini dianggap asing sekiranya kita berpakaian islam maka beruntunglah kita.Tutuplah auratmu keseluruh tubuhmu kecuali muka dan tapak tangan.Jangalah memakai pakain yang ketat sehingga menampakkan segala keaiban kita sebagai seorang muslimah,ustazah pernah berpesan,aurat seorang muslimah itu adalah hak eksklusif bagi mahramnya...dan bukannya milik umum.Tutuplah aurat kerana Allah,nescaya Allah akan menjaga dan memelihara kita...pernahkan kita melihat seorang wanita yang sangat menjaga aurat dan keperibadiannya diganggu oleh lelaki...kalau ada tetapi ini amatlah jarang kerana lelaki amat menghormati wanita yang menjaga aurat dan keperibadiannya...janganlah kita membiarkan maruah diri kita rendah disebabkan kita tidak menutut aurat seperti yang digariskan oleh islam.Marilah kita sama-sama berubah kerana Allah,kerana tiada nikmat yang paling manis selain nikmat merasai halawatul iman...jika dulu kita tidak memakai tudung ,saat ini kita harus memakai tudung dan tudung itu haruslah(wajib)menutup dada dan tidak menampakkan bahagian yang tidak seharusnya diperlihatkan.Menutup aurat bukanlah dengan hanya menutup rambut,tetapi haruslah memakai pakain yang longgar,labuh,dan tidak menarik perhatian lelaki,tidak menampakkan susuk tubuh.Di sini saya ingin menegur,kadang-kadang kita terlupa untuk menutup kaki kita,maksud saya dengan memakai stokin...insyaallah marilah kita sama-sama berubah dan beramal kerana-NYA.Kerana kita mungkin tidak tahu bilakah kita akan mati,mahukah kita diambil nyawa oleh Allah dalam keadaan tidak menutup aurat yang tidak sempurna sedangkan menutup aurat itu adalah wajib.Kadang-kadang saya ada terdengar ada segelintir muslimat yang mengatakan "nantilah pakai tudung,sekarang ni tak ada hidayah lagi la"Wahai sahabat muslimat hidayah itu haruslah dicari bukannya datang sendiri.Cuba kita fikirkan ada sebuah rumah yang sentiasa disinari dengan cahaya matahari,tetapi tuan rumah tersebut tidak membuka tingkap,tentulah rumah tersebut gelap,sekiranya tuan rumah tersebut membuka tingkap tingkap sudah tentu rumah tersebut akan disinari cahaya matahari,begitulah diri kita,hidayah Allah itu telah lama menyinari kita,tetapi kita sahaja tidak membuka pintu hati kita untuk menerimanya...akhir kata,hidayah itu perlu dicari bukannya hanya berdiam diri...apa jadinya sekiranya Allah telah menarik nyawa kita sebelum hidayah itu menyinari hidup kita....???Salam sayang buat sahabat muslimah,diri ini menyayangimu kerana Allah,peliharalah dirimu kerana dirimu begitu berharga...ingatlah wanita yang solehah untuk lelaki yang soleh...jaga diri,jaga peribadi dan peliharalah iman dalam diri...jadilah mawar berduri....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan