Jumaat, 3 Julai 2009

Pentingnya pergantungan kita pada ALLAH..


Alhamdulillah setelah 2 bulan smart circle ditangguhkan disebabkan imtihan(peperiksaan)akhirnya pada petang ini smart circle(usrah) akan bermula.Usrah sebenarnya dapat mengisi hati-hati yang sentiasa rindu untuk berukhwah dan mendekatkan diri pada Allah.Bagi saya usrah dapat menenangkan fikiran,setelah seminggu sibuk dengan urusan kuliah,dan apabila mengikuti usrah,kita dapat bertukar-tukar fikiran,dan dapat menambah ilmu terhadap Islam sebagai persiapan kita untuk menjadi umat Islam yang dapat berjuang kerana Islam.Alhamdulillah apabila dapat melanjutkan pelajaran di Mesir ini amat saya hargai,alhamdulilah terdapat pelbagai program pengajian agama yang dapat kita ikuti...insyaallah saya mengajak diri dan dan juga sahabat-sahabat agar mengambil segala kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita untuk kita mendalami ilmu agama.Kutiplah segala mutiara-mutiara di bumi Anbiya' ini dengan sebaiknya,jangan kita melepaskan peluang ini...insyaallah jika kita meluangkan masa kita ini untuk mendalami ilmu Allah ini,insyaallah Allah akan membantu kita dalam apa jua urusan kita.Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,apa yang penting dalam kehidupan kita sebagai seorang islam ialah,pentingnya pergantungan kita kepada Allah,yakin dengan Allah...sebagai contoh kita hendak menghadapi peperiksaan,setelah berusaha,pergantungan kita pada Allah amatlah penting kerana Allah yang menentukan segalanya...ingatlah walaupun kita telah berusaha,tetapi jika tanpa izin Allah,kita mungkin akan cemerlang...insyaallah jika kita niatkan bahawa apa yang kita belajar adalah semata-mata kerana Allah,untuk membangunkan Islam,membantu masyrakat Islam,insyaallah Allah akan menbantu kita..niat kita perlu diperbetulkan,kerana Allah menilai perbuatan kita melalu niat terlebih dahulu..pernah diceritakan kepada saya,seorang pelajar yang sangat sibuk dengan kerja-kerja islam,berdakwah dan sebagainya,seluruh masanya adalah untuk islam,sehingga masa untuk membuat persediaan untuk peperiksaan tidak mencukupi,tetapi pergantungannya terhadap Allah amat tinggi...alhamdulillah pelajar ini memperolehi mumtaz dalam peperiksaan...itulah pentingnya kita mencurahkan tenaga kita untuk Islam dan meluangkan masa kita untuk Islam,insyaallah Allah akan menggantikan apa yang kita luangkan untuk islam dengan kejayaan..apa yang penting pergantungan kita terhadap Allah,jangan kita berputus asa dengan RAHMAT ALLAH,yakin dengan ALLAH,perbaiki hubungan kita dengan Allah,semoga kita sama-sama menjadi hamba-NYA yang sentiasa mendekatkkan diri pada-NYA..Insyaallah sahabat-sahabat,kita tajdid(perbaharui)niat bersama-sama,tidak lain hanyalah kepada Allah semata-mata.Semoga Allah menuntun kita kearah kecemerlangan dalam bidang kita masing-masing,insyaallah,semoga dengan kecemerlangan itu kita dapat bersama-sama membangunkan Islam dengan bidang kita masing-masing.....ingatlah YAKINLAH DENGAN ALLAH...DEKATILAH ALLAH,SEMOGA ALLAH MELINDUNGI KITA DAN SENTIASA BERSAMA KITA....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan